Rabu, Disember 21, 2016

STEP 1: FOR MARRIAGE


Step 1: For Marriage | Hi~ Assalamualaikum 

Tahun baru menjelang, Aien pun makin busy dengan perancangan yang besar dalam hidup Aien. Wow~ Aien.. Tahniah! 

*shyly smile* 

Okay. let's go to the topic. Aien nak cerita la benda basic when you planning to get married. haaa. 

Step One: Daftar Kursus Pra Perkahwinan

Alah~ benda ni setiap negeri ada. Cumanya berbeza nilai harga dan cara bagaimana setiap Jabatan Agama Islam setiap negeri masing-masing handle la kan? 

Macam last few month, ya ya last year, Aien praktikal ni JAIS Miri, banyak la jugaknya Aien belajar. Secara tak langsung bonus untuk Aien untuk setiap step pendaftaran ni. 

Back to story. 

First, bila nak daftar Kursus Pra Perkahwinan ni ada DUA langkah. Either you choose to walk in to mana-mana Jabatan Agama Islam or Majlis Agama Islam or Pejabat Kadi  la senang untuk semenanjung Malaysia, atau register online di laman sesawang Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. 

Macam hari tu, Aien ingat nak amek kat kolej memandangkan murah la jugak RM80 (harga Melaka) and dekat sebab masa tu Aien ada kat kolej. Alih-alih pulak, dorang MAIM tunda sampai bulan 1. Like what??? 

Mana Aien nak tunggu kat Melaka sampai bulan 1 semata-mata untuk kursus tu kan? Sedangkan di Miri, Aien boleh je dapat lagi murah. 

Tapi, Aien gigih dan gagah pergi la daftar online, nak amek kat Melaka jugak. Done daftar online, tak sempat nak pergi bayar sebab masalah transport. Macam-macam la dugaannya. Memang betul-betul tak suruh amek kat Melaka gamaknya. 

So,  terbang la sia-sia RM80 yang Aien dah bayar kat kolej tu. Tak dapat claim untuk MAIM, So, I'm done! 

Tunggu balik nanti la. En. Tunang pulak dah amek sendiri kat Johor. Sampai hati tak ngajak. :') Nak tak nak kena la ambil persendirian. Tak sweet betul la, kenang amek kursus ni sorang-sorang. Haha

And, bila dah daftar tu, PLEASE REMEMBER PAY ONE WEEK BEFORE THE DATE. haha benda ni yang Aien always terlupa. ish ish ish.. Bila dah sibuk, terlupa yang kita dah daftar, tapi belom bayar. parah! Maka, tunggu la pada hari kejadian yer.. Nasib boleh bayar di kaunter pendaftaran. Dan nasib mereka itu dah kenal tuan diri yang sangat pelupa ini. Kah! 

Aien sertakan harga Kursus Pra Perkahwinan seluruh Malaysia bagi tahun 2016. 
Sarawak - RM 50
Melaka - RM 80
Johor - RM 120
Selangor - RM 80
Perak - RM 100
N. Sembilan - RM 80
Kelantan - UNKNOWN 
Terengganu - RM 50
WP Labuan - RM 120
WP Kuala Lumpur - RM 120
Perlis - UNKNOWN
Kedah - RM 80
Sabah - RM 100
P. Pinang - RM 80


Haa~ macam biasa la. Harga pun pusing situ je. Untung dok Terengganu ngan Sarawak. haha dapat murah.. 

Seperti kebiasaan bila kita pergi kursus, mesti ada dress code yang kita kena ikut. Untuk kursus kahwin ni, of course dress code dia, berpakaian sopan, lelaki mesti pakai kopiah or songkok dan perempuan memakai pakaian menutup aurat dan memakai tudung. 

Sijil kursus pra perkahwinan ni ada setengah negeri macam johor, hanya boleh guna untuk satu perkahwinan je. Kalau tempat lain, boleh guna sepanjang hayat. kan? Iye ke? Rupanya tak. Walaupun boleh guna sepanjang hayat, amat digalakkan mereka yang nak berkahwin lagi mengikuti kursus kahwin kerana mana la tau segala serbi serba nafkah, tanggungjawab dah lupa kan? Niat tu kena betul. Nawaitu kerana Allah SWT. kan?

Till next step, Jaa Nee!


Selasa, Disember 20, 2016

11 days more~

howdy fellow~ 

Alhamdulillah, dah empat hari aien menetap di rumah sejak hari tu selamat mendarat di bumi sendiri. 

Apa buat sepanjang cuti ni? 

Biasa. Tolong umi saia, lepas tu... 

get ready for next year planning. In syaa Allah panjang umur, ada jodoh ada majlis. haha

fine. Aien tak ada idea nak story apa. Kisahnya cuma nak khabarkan telah menjejakkan kaki di rumah terchenta dan menghitung sisa 2016 dengan penuh debaran kerana 2017 bakal menjelang dengan pelbagai rancangan. 

In syaa Allah, kita merancang, dan sebaik-baik perancang adalah ALLAH SWT. 

Get ready dear myself to new world.. 

new experience. the new me.. hehe 

kbai. Aien serius tak ada idea. hehe

Rabu, Disember 07, 2016

El Nido Pilihan Bulan Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Haaa~ entry gempak kembali lepas beberapa lama hiatus kan? 

Mesti korang pelik kenapa tetiba Aien bukak cerita pasal El Nido ni? 



al-kisahnya, Traveloka ada buat contest 'You Need a Holiday lah' dan hadiahnya of course la pakej percutian kan? 

So, dalam banyak-banyak tempat, pilihan Aien untuk #MyTravelokaEscapade is El Nido sebagai destinasi bulan madu Aien pada masa akan datang, In syaa Allah. :D

Kalau dapat pergi of course en. Hubby senyum sampai langit bila dia tak perlu keluarkan duit untuk flight dan hotel. kan? Apatah lagi El Nido yang cantik, very peaceful and romantic location for honeymoon. Aceh~ Aien teringin nak pergi jalan-jalan terutama sekali pergi ke pulau-pulau atau yang seangkatan dengannya.  Traveloka datang tepat pada masanya. 

Apabila tiba di El Nido, benda pertama sekali yang orang akan buat adalah hotel. Tempat tinggal. Kan? Di El Nido banyak menyediakan pakej bulan madu yang menarik dan romantic. Cuma kita tinggal nak pilih je mana satu kan? 

1. El Nido Resort Miniloc Island


Resort ini sangat sesuai untuk bulan madu. Privasi yang sangat terjaga dan resort ini juga menyediakan pakej yang menarik khas untuk bulan madu. :D 
Ada pelbagai pilihan resort, hotel, inn di El Nido. So, in pakej bulan madu yang menjaga privasi tu penting kan?


2. Aberawan River


Cantik kan?  haa~ excitednya kalau dapat pergi. *love eyes* Masa ni la, terbayang indahnya dunia. Semua yang ada alam yang terbentang luas. Hati tenang jauh dari hiruk pikuk bandar.


3. Bacuit Bay



Bila dah bulan madu, mesti nak banyak spend time berdua kan? Kayak adalah satu aktiviti menguji pasangan untuk kerjasama, trust each other. Aceh~ yang penting masa ni, nak cakap apa cakap la. Rahsia anda berdua~ :) Bacuit Bay ni adalah zone sesuai untuk berkayak sambil melihat keindahan ciptaan Allah. 


4. Snorkeling

Dah nama pergi pulau, of course awak akan spending more time in the water or with water or semuanya water la. haa~ Water is everywhere. Awesome! 

Aktiviti seterusnya Aien teringin nak buat bila dapat jejak ke sini is, tu atas dah tulis~ hehe
Snorkeling merupakan satu aktiviti wajib bila dah jejak sini. Kalau anda bukan scuba pro, snorkeling pun memadai. Kan? 


haa~ tu dia.. Subhanallah~ cantiknya dunia di bawah laut yang jernih. Excited giler tengok apatah lagi bila dari jauh kita datang dapat buat benda yang kita suka kan? Woo... En. Hubby, awak kena bertahan dengan wife awak yang cintakan air ni yer~ :P
Bila dah berada dalam alam air ni, rasa macam tak nak keluar pulak. Acah jadi mermaid sekejap. 

5. Nagkalit-kalit Waterfalls


Dah puas mandi laut, meh mandi kat air terjun yang sejuk. Yeay~ Salah satu tempat yang mesti pergi bila dah jejakkan kaki ke El Nido. 


6. Taraw Cliff


Daripada Taraw Cliff ni, kita dapat tengok satu El Nido ni. Awesome kan? Extreme masa bulan madu, yeah~ hahaha

7. Cultural Tour



Mandi pun dah puas, makan dah kenyang, jom kita jalan-jalan tengok budaya masyarakat filipina. Disebabkan mereka adalah negara jiran kita, maka budaya lebih kurang je. kan? Sambil-sambil cuci mata tengok kraf tangan filipina, cari buah tangan untuk kawan-kawan dan sanak saudara. 


8. Mankinit Hot Springs 

Bila dah puas jalan-jalan, meh main air lagi. Tapi, kali ni main kat hotsprings pulak. Bila dah puas, balik la tido yer. 


Tak banyak benda nak buat? Tapi, nama honeymoon. Fokusnya masa berdua bersama en.Hubby kan? 
Masa ni la sesi luahan hati, kenal hati budi pasangan kita tanpa orang ketiga. So, El Nido salah satu destinasi pilihan bagi Aien sebab Aien tak suka bandar sangat. Bila dah dapat satu gateaway, nak escape, of course tempat kita mesti kene escape from realiti. Aceh~ haha

Meh la tengok pakej apa yang menarik kat www.traveloka.com.my. Kot-kot ada yang berkenan di hati. Apa lagi~ grab your chance to win this #MyTravelokaEscapade trip. 


Mana tau anda di kalangan orang yang bertuah tu.. Sambil tu kite bersaing sihat. hehe Sebelum Aien merapu lagi, Aien nak enjoy keindahan sunset di Las Casbanas Beach dulu. Bai bai~


Rabu, November 16, 2016

Final is Final


Sebulan kemudian,

Peah! Mana kau pergi???? Jenoh aku mencari haaaa?

Biasa la piah, aku ni busy.. 

Ha Ha Ha SANGAT! 

*rolling eyes and tangan di bahu*

HA~

Apadia? 

before that, Assalamualaikum hangpa semua.. 

eh eh.. 

dan salam siang..

One week,,

not precisely one week, I'll be end my study. 

hu hu hu

Sangat la busy yer cik aien ni.. 

Okay ada masa Aien apdet yer.. 

In syaa Allah. 

Just wanna to say hai to u'olls blogger, readers and whoever you are.. 

Wish me luck and..... All the best! 

Gambatte! Aja aja Fighting!

Ahad, Oktober 09, 2016

VACATION: PENANG JOURNEY




Wow~ happy semacam je kan.. hehe cuti midsem is coming!!! actually dah come and it passed a week. haa~
yeah~ alhamdulillah cuti kali ni Aien p bercuti dengan adik Aien. Thanks adik belanja kakakmu ini. muahciked~ :p
Selesai Program Hari Sukan Tahunan bersama SK Paroi, Seremban rabu lalu, Aien terus ke KLIA2 dengan bantuan kawan terchenta. Actually dia dropped us at TBS je sebab tak sama way, but it's okay.
Terus beli tiket ke KLIA2 jam 7 petang. Sementara tunggu jam 7 tu, nasib ada kawan yang lain nak balik JB, ada la jugak peneman. tak ada la loner sangat berjalan sorang-sorang.
Jam 7 gerak ke KLIA2, dengan menaiki bas. Price from TBS - KLIA2 is RM10. okay kan? Berbanding dengan KLIA Express yang sangat express. hehe
Sampai jam 8 jugak la di KLIA2, Aien spend time waiting for my sister yang touchdown jam 11.20 malam tu at surau berdepan dengan Capsule Hotel. Wow~ mengoda betul hotel tu. Comel je. Price pun mesti comel kan? :]
Bermula perjalanan kami, bila my sister selamat touchdown. Kesian dia. Dalam tak sehat tu la dia berjalan. Comel je adik aku sorang ni. Maka, untuk itu, dia mesti rehat secukupnya. Sebab tu la orang selalu cakap, bukan semua orang boleh travel selalu. Kadang-kadang badan kita refuse untuk cooperation dengan situasi yang kita mahukan.
Dengan lafaz bismillah, kami memulakan perjalanan dengan ke KL Sentral. Lama dah tak pergi KL sentral ni. KLIA2-KL Sentral RM 11/person. Tambah RM1 dari TBS tadi. hehe
Sampai KL Sentral yang Aien ingatkan penuh la jugak dengan orang tu, dalam jam 12 lebih jugak. mangai sunyinya. Mana KL Sentral yang busy tu? aha~ konfius jap. Jadi gelabah sebab dah lama dah tak jejak. Tanya la Tripadvisor mana hotel yang dekat dan murah. Dia bagi Metro Hotel yang terletak di belakang NU Sentral, price per night is RM 130 + deposit RM20 .. ehem? murah ke tu? tak apa la. Tengok Hotel lagi satu. MY Hotel yang agak menarik jugak la design dia. Tanya punya tanya kali ni RM100 + RM 30 deposit. hurm? Disebabkan dah lewat malam, just grab the one cheaper yang tak berapa nak cheaper sangat. Nasib bilik dia comfortable and sesuai dengan price dia. Service pun okay even tengah malam. Aien bagi 4 bintang kat review MY Hotel di Tripadvisor. hehe
Dapatkan rehat sebab memandangkan Aien jugak penat dari program, dan tak ada rehat langsung. So, malam pun berlalu.
Day one will continue after holiday. Bai bai~

Jumaat, Oktober 07, 2016

Mission Accompolished!

Destinasi: Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Alhamdulillah pada 31 Ogos ritu, Aien telah berjaya mendaki bukit Putih kat Tg. Tuan tu. Bukit kedua yang telah daku tawan. 

Perjalanan yang dimula pada 8 pagi, kami bergerak dari asrama  masing-masing. Berhenti breakfast sekejap, pahtu baru gerak balik. 

Sampai-sampai Tg. Tuan, pergh~ ramainya orang. Public holiday be like... 

Ada siap bawak anak-anak panjat lagi. Tabik la pada ibu bapa yang sado. 

Nak kata tinggi tu, tak ada lah tinggi mana, tapi jika dibandingkan dengan Bukit Broga, Bukit Putih ni much adventure. Sebab laluan untuk naik ke puncak tu, phew~ kancus jugak gamaknya. 

Tepat jam 12 tengahari, selamat tiba di puncak yang penuh dengan orang. Huwaaa~ tunggu la turn sebab Aien tak berapa gemar dengan orang ramai. Tapi, sebab friends tak sabar nak sampai puncak, memanjat la jugak. 

Serius, puncak dia, memang puncak. Sangat puncak. Kalau siapa dah pernah jejak Broga yang landai tu, mesti macam... aha~ Kind of scary la jugak.. 

Tapi puas hati  bila tengok lautan yang hijau dan biru di bawah sana.. Rasa macam nak buat terjunan ala Bryan Lomas ke bawah la pulak. 



See, memang tak dapat dibezakan mana satu langit, mana satu laut. Subhana Allah sangat. 

pahtu dalam menunggu orang ramai, kami sempat bergambar dengan stranger. haha entah pape je kan.. 

Budak-budak la katakan.


Hasil bergambar dengan stranger yang struggle untuk bergambar segala bagai. Bila tengok orang lain pergi, tak ada la sesemak macam kami pergi. hahaha

Tarikh dipilih sangat la tak sesuai. Sabo je la. 

Last sekali, ini je Aien dapat hadiahkan. Selfie berdua dengan dia, sebab yang lain masih tak nak berganjak daripada port hujung dunia. 

Okay, Sekian saja update dari Aien. Punya la na karang entry mission accomplished ni makan masa sebln. parah-parah.. 

Sampai ketemu lagi. 

:P


Selasa, Oktober 04, 2016

Tragedi Oktober

Salam Maal Hijrah semuanya..

Alhamdulillah dipanjangkan umo untuk hidup lagi pada hari ini, dalam rahmat dan nikmatnya. 

Amboi cik Aien, berjela ucapan... 

Hamba datang ke mari nak menceritakan betapa laranya hati.. 

Selepas kejadian, 29.09 yang dikejutkan dengan kejutan yang sangat terkejut, aien tak sangka perginya dia membuat aien berfikir sejuta kali. 

"Kalau betul dia kawan kamu, kenapa dia buat kamu macama tu?"

"Eh, kalau kawan dia sedar di mana tempat dia."

Macam-macam Aien dengar tiap kali aien bercerita tentang si kawan ini. Aien berkawan dengan dia, bergado dengan dia, over all semua penah la. Lumrah berkawan. Tiada siapa yang akan puaskan hati kita. Tapi, di sebabkan encik hati juga bercakap perkara yang sama, aien tergamam. Speechless. 

Macamana ni? apa nak buat? takkan la nak drop je friendship ni? 

Kelu sekejap tiap kali berhadapan dengan namanya kawan ni. hurm

Buntunya aien tu,  sampai aien rasa macam tak guna aku sebagai kawan.. 


Mohon pandangan please? 

Kisahnya begini, kawan ni muda dari aien, dalam kitaorang berkawan, adat la terkasar bahasa, termasam muka, terkecik hati.. Secara keseluruhannya, kalo nak berkawan hati kne kental. Tapi, orang sekeliling aien, terutamanya keluarga la macam tak bagi la aien kawan dengan dia. 

ah~ dah la malas nak fikir. 

lagi berapa bulan lagi nak habis semester, pahtu masing-masing bawak haluan masing-masing.. Masa tu decide, siapa nak stay siapa nak leave.. 

Maafkan daku kerana tak dapat buat pilihan yang terbaik. pape pun keluarga is first. 

Selasa, September 20, 2016

TWO WEEKS~

September comes and go~ 

20th Sept dah. 

hai hai hai~ 

Penat menatap assignment,, slide for presentation, report for final year.. 

So, here I am. after going hiatus again. Urgh~ Stress!!! 

Sem ni dah tak ada dah nak cakap stress ke hape ke, but almost throwing me outside of my safety zone. wow~ 

Woke up babeh! move on. Sampai bila nak duduk dah safety zone kan? 

Haaa.. Aien  datang bukan nak emo, tapi celaru dengan kecelaruan yang sedia ada. hehe

W - Two Worlds telah pun melabuhkan tirai, currently on going Cinderella And Four Knights, waiting for The K2, Shopping King Louie, dengan On the Way to Airport yang special shooting kat MALAYSIA!! 

Yeah~ 

Bila tengok video which drama that you keep looking for, everyone said the others, but untuk Aien, On the Way to Airport. Perhaps, because Kim Ha Neul. 
hehe

Last night, Aien tengok new movie dia, dengan Jung Woo Sung - Remember You, Sedih~ Her husband forgot her after accident with their son. Sedih. Sedih sangat. Lagi sedih daripada Train to Busan. Haa~ 

Sesedih Train to Busan tu, sedih lagi cite tu tau. Mesti kene kecam buat statement gini. hahaha Tapi, seriously, which part yang sedih bagi korang dalam Train to Busan tu? 

1. Part Ma Dong Seok tu mati sebab dorang lain tak nak bukakan pintu untuk dorang? 
2. Part orang jahat tu akhirnya jadi zombie jugak? - menipu la part ni xde yang sedih?
3. Part Gong Yoo akhirnya jugak jadi zombie? 
4. Part anak Gong Yoo merayu jangan tinggalkan dia?
5. Part akhirnya anak Gong Yoo dan perempuan mengandung tu sampai ke Busan, dan menyanyikan lagu sedih tu? 


Haa~ part ni je kot touching sikit. Which part do you think? 

Moral of story none. But quotes best banyak kan? 

Nak tengok Suicide Squad pun belom tengok lagi. Hidup as student, not as much as you think. Fokus! dah nak final dah. 

Nak link cite remember you? 

Aien share memandangkan aien dah tepu sangat-sangat ni. Again~ link was broken after few years. -edited


Isnin, Ogos 29, 2016

Berlalunya Ogos tanpa entri~



Selalunya, masa duduk kat rumah, beribu-ribu entry di-submit ke mari, tapi bila dah balik ke alam student untuk semester terakhir, membuatkan daku tak ada update apa-apa. Sorry, guys. Thanks pada siapa yang sudi klik-klik sepanjang aien tak kunjung sini.. Terharu kejap. 

Well, berlalunya Ogos tanpa entri. Hanya dengan entri ni, aien ingin memohon ribuan ampun dan maaf, cebause tiada masa nak bukak laptop yang ada talian hayat yang masyuk.. T.T



So, Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke -59 bertemakan #sehatisejiwa. 

Terima kasih.


Ahad, Julai 31, 2016

BOOK REVIEW: Hero seorang Cinderella


Pada petang yang indah, aien merajinkan diri menaip untuk review. wow~ tetiba je kan? hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cantek kan novel ni?

aien follow up novel ni kat blog anjell lagi. baca-baca sampai ternanti bila lagi nak keluar anak dia ni? sudahnya, sebelum aien jejak tanah Malaya balik, aien singgah Popular beli la satu. Buat peneman diri dalam flight. 

Best! 

Anjell kan? dia tak pernah mengeciwakan. Feveret aien dia ni. 

Sinopsis novel ni based on apa yang aien baca, Tengku Ian menyamar sebagai orang biasa semata-mata nak melihat drama manusia yang tamakkan harta. Nura Medina, anak Datuk yang dianaktirikan oleh keluarganya sendiri. um, Kind of la bila bapak dah kawen lain pahtu busy. Sian Medina. 

Nak tahu kesudahan Medina dan Tengku Ian? 

Cepat-cepat la serbu Popular, MPH book store yang berdekatan. Kalau rasa malas nak keluar, click saja di shopee nuu dengan harga yang berpatutan. Siap ada diskaun lagi sekarang ni tau! 

Cepat! Cepat! 


Kbai

P/S: Waiting for another baby -Alpha Male.. Anjell kata taun depan kot dia release. Maka, mohon bertabah!





Sabtu, Julai 09, 2016

Julai in da house~

Waaaa~ 


julai dah sampai~ 

before that, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin pada semua reader's dan teman-teman blogger sekalian. Maaf juga sebab tiada sebarang apdet sepanjang ramadhan dan syawal pun actually nak menyepi lagi, konon busy.. tapi tak sampai  hati pulak. 


Lepak malam-malam sorang-sorang tetiba idea aien nak apdet pun datang. Haa~ tapi tak ada apa sangat eh.. 

Just nak share serba sedikit apa yang bermain dalam kepala untuk edisi ramadhan-syawal=praktikal aien ni. 

Untuk dua minggu lagi, praktikal aien akan tamat. Yeay~ hahaha betapa bahagia dapat lepas dari praktikal bukan sebab apa. Boring yang amat! Hanya Allah je tahu betapa boringnya aien dari jam 7.30 sampai 4.30 tu. Penyiksaan mental betul. Ado, aien tabik la pada mereka yang bekerja ni. Tapi bagi persepsi aien, kalo dah kerja lain pulak ceritanya kan? 

Bila praktikal yang sekosongnya memang la bunyi macam menarik, tapi hati aien risau kot-kot tak lulus kang untuk tu. T-T memang sobs sobs la masa tu. hahah 

Plus, praktikal masa bulan puasa, phew~ bertambah lemau la gamaknya. 
Alhamdulillah ramadhan juga telah berlalu, moga ramadhan kali ni bawa kebaikan buat kita semua. And syawal datang jengah la macam biasa. Tipikal bila dah masuk hikayat Y2K ni, tiap kali raya macam tak ada feel nak raya. mungkin sebab dah besa kot. kot la kan.

Kali ni raya, lagi santai, dengan baju raya acah muat je. dengan biskut, kek semua acah sempat je.. hahaha lawak pun ada. Semua pakat haa~ ko datang la masa kteorang open house nanti. 

itu lawak. adoyai~ 

Rini baru marathon gulung popia kecik. Sambil tu, layan la movie beribu raban yang ada. Kesudahannya popia aien masuk balik peti sejuk, aien sibuk fokus movie. Parah betul anak dara sorang ni. Dah la sekarang bersusun dramalist yang nak ditonton. Parah2.. addicted dah ni.. 

Tadi kan, berjela idea. Edit sana, gulung popia, terbang semua~ hahaha Tak apa la, janji ada entry, kan? 

k bai la semua.. Sampai ketemu. :P

Jumaat, Jun 10, 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz 
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Ahad, Mei 08, 2016

Kisah RM50



Di hari ahad yang sangat menyedihkan, aien rasa lost sekejap. 

Kisah RM50 yang sukar nak diceritakan nilainya yang hilang ditelan dek zaman. 

Macamana nak cakap yang hakikat kini, duit kertas itu tiada nilainya? 

Semua orang tahu, tapi bila sebut amount sekian sekian, sekian... 

Waa~ banyaknya duit kau! 

Belanja aku wei... 

Namun, tuan empunya diri, ditelan mati mak, di luah hidup bapa. 

Macamana ni??? How?? macam tu la...

Bila tak kerja, masih bergelar student, sana sini nak sedut duit.. 

Belom masuk lagi dengan saman berjuta enam yang dek kerana perkara yang you never expect yang benda tu buat ko kena saman? 

Urgh~~

nak final dah pun.. 

tiga minggu jer lagi nur.. sabar! 

k maaf kan daku kerana luah di sini.. hehe

okay.

bai~

Isnin, Mei 02, 2016

Skinny Pants for Woman


Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing. Sungai dan laut. Gitu la gamaknya perumpamaan yang sesuai. Kali ni aien nak cerita dengan korang semua pasal skinny jeans. 
Aien nak ingatkan bahawa koleksi skinny pants for womens ini mempunyai beberapa jenis dan bukan semua jenis boleh digayakan oleh semua bentuk badan wanita. Penting untuk korang mengenalpasti terlebih dahulu apakah jenis bentuk badan korang dan rekaan skinny pants manakah yang bersesuaian.
  Meh~ aien nak share la, beberapa jenis skinny jeans dan siapa pemakai yang sesuai memakainya. 



HIGH WAIST SKINNY PANTS
Untuk rekaan skinny pants yang mempunyai potongan sehingga ke bahagian pinggang seperti ini, ia lebih sesuai dipakai oleh wanita yang bertubuh langsing dan tinggi. 


CLASSIC SKINNY PANTS
Bagi wanita yang mempunyai potongan badan yang agak berisi pula, potongan skinny pants yang paling sesuai untuk anda gayakan adalah koleksi classic skinny pants. 


 SUPER SKINNY PANTS


Wanita yang bersaiz petite pula boleh tampil bergaya dengan menggayakan koleksi super skinny pants yang mempunyai potongan lebih kecil dan ketat berbanding semua jenis skinny pants yang lain. 


CROPPED SKINNY PANTS

Dan yang terakhir, bagi wanita yang mempunyai tubuh persis seorang model, koleksi cropped skinny jeans berikut merupakan pilihan yang paling ideal. Ia direka dengan potongan yang sama tetapi labuh di atas bahagian buku lali si pemakai.

Khamis, April 28, 2016

Women's Bags That Anyone Will Fall In Love

 Hai~ guys.. It's been awhile. haha~ I keep repeating this word because it' s really been awhile though. Today I got something to share with you guys. Everyone knows that women and bags can never be separated as it is the essential fashion item to make an outfit look complete. However, there are many types of bags for women in the market to choose from but these three must-have women’s bags will make any women fall in love with them. These three bag designs are perfect for women to carry anywhere they go and still look stylishly in trend. Take a look at the choices below.

1.    Shoulder Bag


This is the most common type of handbag women have been flaunting for centuries. But there are plenty of designs of it so pick the ones which represent your personal style. If you prefer versatility, a plain colored one will be great to match with a majority of your outfits.

2.    Bucket Bag


Bucket bags have that certain element to it which makes it simple design look stunning. Sometimes, simple is enough. Besides that, if you are one of those girls who love carrying a lot of stuff with you, the bucket bag has that spacious design. Throw in anything you need while on a day out and still maintain that fashionable look everywhere you go.


3.    Tote Bag

Tote bags are a must-have for all women out there as it gives that sophisticated look when you carry it. It is the perfect bag for women to carry to various occasions and settings without every worrying looking out of place. Choose any design of tote bag available from various brands and match it with any outfit you have on.


So, which yours prefer? 

Rabu, April 20, 2016

111/366: what a busy month



banyak sebenarnya nak update, tapi kekangan waktu dan data yang sangat la terhad, maka aien terpaksa redha wa pasrah  menunggu hujung minggu. 

Dengan minggu yang kejar segala midterm, present and assignment yang menanti demi mengejarkan beberapa minggu lagi nak final.. *shocked face*

Phew~ relax aien... 

Hope I'm strong enough to stay till next semester.. 

huhhuhuh

anyeong!

ada masa aien nak update minggu lepas aien pergi program anak angkat kat Tg. Karang, Selangor.. 

bai~



Khamis, April 07, 2016

97/366: One Rainy Day



Sometimes is not easy to let go your pain or people expectation over you, 
Sometimes, you wish that you could live with it without doubt,
But that feeling never gone away even though you want to. 
Because you living among humans, 
Not puppet.


Tergerak hati nak buat entry malam ni, kerana hati bernyanyi sedih, seiring dengan hujan di luar yang tak berapa nak lebat, but thanks God, alhamdulillah sebab basahkan bumi Kuala Sungai Baru ni. 

Let me, ask one thing? 
Do you guys pernah tertanya, ada ke orang berani nak confront dengan korang dan menyatakan yang dia tak suka korang? Maaf la bertanya luar alam, sebab kebiasaan orang akan menanti someone will confess with you about how much they love you, but do you really wish, that someone will do the 
same thing but not to say how much they love you. 

Ah~ apa aien mengarut memalam ni? 

Well.. 
Tahun ni merupakan tahun terakhir aien di alam diploma ni. Terbayang masa memula aien jejak kaki ke mari. Kenangan tu sentiasa hidup dalam diri ni. 
How I want to be like allahu~ people.. yeah~ you know what I mean. If you don't, dulu masa sem satu, even aien paling tua, tapi aien bersyukur dapat masuk kolej Islam. Pastu kawan2 yang aien rapat dulu geng2 senior yang saban minggu spending masa ke majlis ilmu, pantang dengar ada qasidah berdekatan, mula la nak curi2 keluar, sebab kitaorg yang dok asrama xdibenarkan keluar selepas jam 7. So, faham2 la. Mula2 rasa macam tak salah sebab kita kejar majlis ilmu, program cinta Rasul. Boleh kot. Tapi, naik semester dua, senior pun masing2 dah busy dengan praktikal dan sebagainya, aien macam tak tahu nak pergi dengan siapa. Kadang2 ada ja senior lelaki ajak sama. Janggal rasanya walaupun kita nak pergi majlis ilmu. 
Aien bukan nak fokus pasal tu, cuma agak awkward sekarang, bila aien dah sem 5 ni, senior yang aien biasa dulu yang sekarang ni dah sem 6, dah tak bertegur. 
Memang aien ni bukan jenis ramah la, tapi kalo aien nampak dorang, aien senyum. Tapi dorang susah nak senyum. Mungkin sibuk kot sebab majoriti dorang ahli MPP. Faham la kesibukan dorang. 

sekarang aien fikir, how far I aplikasikan Islam dalam gaya hidup? How far I be muslim as Muhammad people? 

Nak jadi seorang muslimah istiqamah memang susah. Aien tak berminat nak jadi hijabist yang pakai niqab or purdah but upload everything dalam laman sosial. 

pendapat aien, if I really want to back that kind of me once again, no more laman sosial, no more entertainment or anything. Jumud kah itu? 

Naa. Sebab itu salah satu, nak istiqamah diri dengan segala benda. You know I mean? Like if you want to hafal Quran, you need to away from entertainment. Segala benda lagha. Yang lalai. Yeah~ orang selalu cakap, tak   salah kalau kita amek benda tu semua untuk dijadikan jalan kebaikan tapi sejauh mana hati kita kuat dengan godaan dunia? 

Aien tak kuat nak jadi malaikat, ataupun sering orang ingatkan bidadari dunia, atau ustazah di alam maya, biar la kita jujur dengan diri sendiri. Aku buat semua ni untuk siapa? Banyak sekarang ni, tarbiah sentap, ustaz ustazah laman social. Ye, tak salah nak berdakwah.. tapi sejauh mana dakwah itu selari dengan akhlak peribadi kita? Kadang2 terasa diri hipokrit bila orang sangka kita baik, hakikatnya jauh panggang dari api. Sangkaan manusia memang kita tak boleh elak, apatah lagi manusia yang ada hasad dengki. 

hurm... jenuh nak berfikir. Aien cuma rindu, zaman aien pernah masuk sekolah agama, hafal Quran. Tapi aien memberontak sebab pergi sana dengan hati tak rela. Fitrah manusia inginkan kebaikan. Kembali ke jalan yang benar. 

Moga, hari ini lebih baik dari hari esok. 
Moga diri ini dan yang membaca mampu membimbing diri ke arah kebenaran. 

-SEGALA YANG DITULIS, ADALAH APA YANG BERMAIN DI MINDA- 




Sabtu, April 02, 2016

93/366: weekend yang membosankan!!



Hai hai semuanya. 

Weekend yang sepatutnya aien spending masa di Kem Survival yang dibatalkan, maka aien menghabiskan weekend ini dengan..... 


yeah~ 

cerita hari ni, adinda kesayangan seorang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21. Saeng il chukka hamnida~ 

Plan rini, konon nak ziarah dia, akan tetapi, mengenangkan bakal mengeluarkan sedikit duit, fikir ribuan kali nak pegi ke tak. Dengan diri yang masih tiada idea nak buat assignment yang bakal disubmit isnin ni. 

Wah~ tahniah aien!! anda seorang pelajar berdedikasi. 

uhukz~ apa benda beraban ni. 

Semalam tengok Ho Goo's Love, sweet giler.. Lepas done watching drama tu hilang dah mood. terbang bersama Uee I guess. haha. mengarut la kau jemah~

Nampak kan sangat boringnya tu. So, hari ni sempat balik rumah kejap. Maka berjalan la singgah fellow blogger yang dirindui... Muah setepek~ rindu korang. 

haha berangan~ tak ada siapa la nak rindu hang. 

Sebelum aien mengarut dengan lebih karut, mari la kita... 

jom tengok DOTS.. kbai

-SEE YOU AGAIN-



Khamis, Mac 24, 2016

BROGA HILLS~ Here we Are

Setelah berehat dengan cuaca yang tidak menentu, aien akhirnya mengadap blog ni. Fuh~ berabuk jugak. Geng~ awak semua busy yek?

Tak pe. Moga kalian sihat selalu yek. Jaga diri dalam keadaan cuaca yang tak menentu.

Kali ni, aien nak update tentang Bukit Broga.

Dua hari lepas, aien and the geng panjat Bukit Broga memandangkan tengah cuti midsem. Syiok sangat! haha first time hiking kot. haha

Teruk kan aien? semua benda baru first time, habis selama ni hidup buat apa? haha Tak thrill langsung!

Meh~ dengar aien story.


Ni la muka-muka yang turut serta. 

Perjalanan kami bermula jam 3 pagi gerak daripada Kuala Sungai Baru, Melaka. Memandangkan semalam celebrate birthday boy, memasing pakat tak cukup rehat even deme yang bawak kereta. Ado~ kami konvoi tiga buah kereta dari Melaka. 

Sampai di Beranang, kami singgah rumah kawan yang akan jadi direction untuk panjat jam 5 pagi. Rehat sekejap sementara tunggu subuh. Plan nak naik sebelum subuh, tapi sekadar plan semata. haha

Lepas subuh, baru kami panjat. Tu pun warm up sekejap terus panjat. Sepatutnya ada 10 orang, sorang dah terkancus half way. Paksa send dia turun sebab risau dia push over herself, sampai atas tak ada siapa nak bawak dia turun. 

Sebab semua tak cukup rehatnya, Semua naik slow-slow. No rushing. Ala, nak kejar siapa entah kat atas tu. Haha Lagipun, hari mendung je. Sedap la jugak nak naik. 

Nasib tak curam. Team mate ni jugak pernah naik Gunung Dato' sebelum ni, dorang cakap lagi curam. Sudah la masa tu dorang naik hujan, turun tu memang mencabar. Selalunya lelaki tension naik ngan pompuan sebab slow. haha

Hampir jam 9 kot kami sampai kat atas. Ingatkan dah tak nak naik puncak, sebab sakit kaki. T^T rehat 15 minit kat batu besar, lunjurkan kaki.. Tunggu dua orang yang hantar sorang tadi tak kunjung tiba. Aien gigih naik sendiri. 


Mereka dulu yang sampai ke puncak yang tak berapa nak puncak. At least, okay~ 

Sakan la deme ber-welfie. Rupanya ramai jugak kat atas ni. 


Setengah jam kemudian, aien sampai jugak~ nampak tu muka penat habis. Habis jugak sebotol air aien bawak tu. 

Lepaskan lelah. Habiskan masa dengan selfie. Siap hujan lagi kat atas tu. Dengan kabus yang, masya Allah canteknya.. Subhanaa Allah la. Macam dragonball punya awan tu.. 

Broga hills telah berjaya ditawan! Yeah~ Muka puas hati~

Turun bawah dalam jam 10 lebih sebab risau hujan lebat. Kang basah semua. Cadangkan nak mandi air terjun Sungai Petkala, ke hape,... tapi dengar ada virus kencing tikus, kami semua terus lepak kat rumah kawan kat Beranang je. 
Tu je la planningnya. haha 

Acah-acah nak pegi Istana Seri Menanti, tapi tutup pulak dah. haha

Muka sedih ke tu? 




Yang ni~ tak perasan bila masa tuan punya cam ni snap! hampeh! 

Okay. Sekian saja cerita aien. 

haha boring kan~ in syaa Allah lain kali aien cerita lebih menarik. hehe



Lanje satu feveret gambo untuk hari itu: