Day 5

Jumaat, Januari 01, 2016
Wah dah Day 5?? 

Bukan hari ni baru masuk 2016 ke? 

Yes. Indeed. It's just me nak sambung hikayat kerja seminggu nih. 

Preview:

>>Day One<<

>>Day 2 with random Thought<<

Day three and four tak apdet sebab rasa macam blur tak ada buat apa. Dak melayan anime. Mencari idea. Dan idea. Al-kisah begini la dah tua, asyik lupa ja. 
Banyak sangat makan semut nih~

Day Five. 

Hari ni public holiday. Maka berduyun manusia memenuhi shopping mall. Even manusia daripada Brunei pun. *sigh*

While menaip nih~ tetiba ada uncle cina ni datang. 

"Excuse me miss.. Didn't LEA Center change their name?" 

He~ beta yang tengah dengar lagu ni tarik earpiece. Sambil tengok signboard kedai LSC depan kiosk. 

"Sorry." 

Uncle tu repeat soalan dia. 

"No la. This one stand for Lea Sports Centre." 

"Ha~ okay. Tq ha.." 

And dia blah macam tu je. 

Buat beta terfikir. Di mana beta berada, even jadi cashier di mana-mana sekalipun, orang akan suka menjadi beta information center. *tepuk dahi*

"Aku ada pakai banner -TANYA SAYA- ka?" 

hahaha tak apa la. Mungkin sebab beta ni kalau pergi satu tempat suka nak amek tahu sekeliling. So, tahu je kat mana. Walau kadang-kadang tu lupa. Sometimes, bila datang evil tu, bagi je direction yang beta tahu, and bila customer tu pegi tempat dia cari, sekali -UNDER CONSTRACTION-
Gigih pulak dia cari beta untuk cakap beta salah bagi direction. *damn*

"Dah ko tanya aku jawab la. aku pun bukan tahu dia buka ke, tutup ke,  renovation ke hape.."


Ni lawak. 

Masa beta mula nak bukak kiosk pun, ada auntie tu tanya. 

"Dalam ni ada kedai buku ka?" 

"Ada. Dekat tingkat 2....."  and beta bagi la full direction. 

"Okay. Tq ha.." 

Yang jenis ni. Straight to the point. Yang ni la jenis sanggup datang balik bila dia tak jumpa apa dia nak.

"Miss, selain Popular tak ada kedai buku lain ka?" 

Err.. dalam hati. 

Dia ni bukan local ka? baru transfer apa? Nak cari buku jenis apa? Buku teks? 

"Tak ada. Memang Popular saja ada." 

kalau nak, dekat pasar ada la...

yang tu tak terluah bila dia blah macam tu ja. hadeh~ manusia. 


Third situation: 

"Kak, nak tumpang tanya ada Maybank tak sini?" 

hish~ aku tengah tengok anime ni...

"Maybank, maybank or ATM?" 

"ATM." 

"Oh. Turun bawah. pusing escalator."

"Ok. Terima kasih." 

Dah dia blah, "Ko panggil aku kakak? Based on muka ko lagi tua." ish ish ish..

10 minit kemudian.. 

Agaknya dia jumpa ka tidak ATM tu. Buatnya dia pusing dua-dua ascalator tu.. hahaha *evil face*


Lastly, aku dah buat countdown untuk tamatnya sesi bekerja ni. Penat~ walau tak ada buat apa.. Sebab duduk je kot. haha #syukurselalu

Okay. Nak tido awal. Dah dua hari turun lambat je. heheh 

Kbai. 

Happy New Year to All my readers. I know you read my entry.. Can't you please follow me too? #gilafollowers. *ketawaponti*


Kbai. #tanakfollowsuda #takpaksa #sayatahuandaada

4 ulasan

  1. sy pon pnh jd cashier dulu.slalu time cuti semester buat part time jd promoter. mmg asyik jd kaunter pertanyaan.tp xkisah pun.sedia membantu.Byk org berjaya bermula dari bawah.pengalaman mengajar erti kedewasaan dan kesusahan jd pemangkin semangat untuk maju.gud job

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah~~ belajar dr bwh spya kita tahu hargai org lain. :D

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤