35/366 - 4 Feb

Khamis, Februari 04, 2016
Ohayou kalian semua,


Memulakan hari dengan zikir in syaa Allah tenang sepanjang. Jangan pulak kita beriman pagi-pagi, kafir di petang hari. Nau'zubillah min zalik yer. Mari la sama-sama menetapkan diri untuk menjadi mukmin yang sejati mencari redha Allah selalu. 

Awal nyer beta menaip hari ini. Bermula dengan entry sesuatu itu buatkan beta berfikir sendiri. hmm.. Secara tidak langsung buat beta terfikir beta menulis sebab apa ya? 
Based on cara beta tulis beta straight foward ja. Tak ada niat nak kenakan sesiapa yang mana penulisan beta menjurus kepada diri beta ja. Kan? ke tak? 
Fikir juga, beta bukan seorang yang banyak sangat idea. Idea ada, tapi bila dah mengadap entry untuk menaip ni da terbang bersepai ideanya. Parah kan? 

Semua orang kot mengalami masa yang lama, cumanya beta sekali dah menaip tu, sangat la tak gemar nak biar dia dalam draft. Straight kan? Apa yang beta rasa masa itu, itu la yang beta tulis. At least, susah hati beta, senang hati beta, sedih beta, gembira beta semuanya diekspresi dengan mudah. lulz sangat~ simple minded? hurm... 

Teruskan hari dengan berjalan ke SINI. Cik Ain ni memang rajin update story dia every day. #dotd. Haa~ seronok baca entry dia. Beta pun sama kalau boleh nak la update hari-hari, tapi dek kekangan data yang tak mengizinkan beta akan selalu update bila beta jumpa talian hayat la. Haa~ kalau nampak beta post setiap jam tu, maknanya talian hayat beta tu panjannnnnnngggggg sangat. hahaha

Teringat semalam, ada orang bertanya,

"Best sangat ke blog tu sampai mengadap tiap-tiap hari?"

Errr. sudahnya beta marah dengan dia. Because beta tak la berapa gemar orang dok pertikaikan minat beta. Sebenarnya boleh ja beta explain, tapi beta pun tahu orang lain tak suka dipersoalkan apa benda mereka buat, tu yang beta hangin terus.

Setiap orang ada minat sendiri. Actually dia tak marah pun, cumanya beta yang mood macam ke laut masa tu, rasa macam dia perli kita dengan hobi kita.


"Best. Sebab dapat kongsi ilmu dan dapat ilmu baru.. "

And then dia tanya lagi. Dan mesti la reaksi beta, why? Why? Why? Perlukah tanya sampai macam nak kecam orang? Ke dia memang stalk beta dan rasa penulisan beta di blog ni hanya la merapu semata-mata. Dari dulu, beta layan jugak blog, tak ada pun orang pertikaikan [sebab masa tu tak addicted] sekarang why need to pertikaikan hobi orang sampai ke lubang cacing? Dok pahe la..

Yer. Setiap hobi harus dijadikan manfaat di kala waktu lapang, dan kalau kita buat assignment, lecturer mesti cakap..


"Pastikan bahan rujukan anda bukan la daripada blog peribadi atau seangkatan dengannya kerana tidak tahu kesahihannya.."

And? Yang aku nampak, blog is satu platform tempat orang berkongsi maklumat sama macam facebook. Cumanya blog boleh tulis berjela-jela walaupun facebook pun sebenarnya boleh menaip berjela-jela. 

Senang cakap, blog is diary seseorang. Daripada blog kita nampak tuan tanah tu macamana orangnya. Tapi, kita tak boleh la nak terus judge orang tu macam tu, macam ni kan? 

Setiap orang ada karakter dia sendiri. Kan? Kan? 
Ni dah emo sangat dah ni entry nya. haha 

Untuk calmkan balik emosi, beta berjalan lagi.. rindu pulak dengan geng selalu lepak masa disember tu, Agaknya masa ni semua busy dengan life memasing, agaknya masa CNY nanti, mesti geng semua berblogwalking kan? Or spend time with family? 

Kita CNY tak ke mana.. TvT 

So, berjalan la dalam ni je yer cik Nur.. 

Tenggelam dalam dunia sendiri. Actually masa memula entry tadi, nak wish 

HAPPY BIRTHDAY, SAENG IL CHUKKA HANMIDA, SENAH HELWAH


Pada seseorang. 

4 Feb ni dah lekat dalam kepala birthday orang tu. Walaupun orang tu tak ingat beta ni. haha 


-sekian cerita 35-

24 ulasan

  1. hahah klakar,kalau dia tnya lagi.ajak dia pi pekena nasi kandaq.comfirm senyap

    BalasPadam
    Balasan
    1. lulz~ kenapa tak terfikir idea bernas macam tu?

      Padam
  2. Blogging ni boleh hilangkan stress gak...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. susah nak jelaskan pada orang yg tak pahe dngn dunia blogging ni..

      Padam
  3. Suruh kawan tulis blog dan dia akan faham knpe kita sukakan blog.
    Orang yg terjebak dgn dunia blogging jee faham, knpe kite suka blog ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kan? kalau jelaskan panjang2 tak jugak dia faham, bazir air liur je..

      Padam
    2. Haha .. betul . Membazir air liur . Dah laa air liur zaman sekarang bgitu berharga. Boleh buat cari duit . Kohkohkoh

      Padam
    3. Kan? Dah suruh dua buat blog.. ktenyer buang masa. Pfft~ fine

      Padam
  4. Bagi saya orng yg ada blog ni hidup dia terurus sikit #ehhh (?) haha sebab dapat baca kisah orng lain and then automatik kita sendiri pun akan terfikir kadang2. Sebab kadang2 dgn penulisan shj ni mampu membuatkan perspektif seseorng tu berubah; maybe ke arah yg lebih baik. Who knows ? Heee :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Secara tak langsung kita belajar dr kehidupan org lain kan?

      Padam
  5. samala kita kak T.T abang saya cakap saya ni suka buang masa. kalau buka blog, dia suruh cuba share benda2 ilmiah lah etc. katanya kalau nak tulis cerita peribadi macam diari baik tak payah ler. tapi apa salahnya *sobs* dekat sini je ada orang sudi baca luahan kita :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan kan? They never knows~ TvT marilah kita sobing berjemaah

      Padam
  6. Blog best boleh kenal ramai kawan baru :D

    BalasPadam
  7. sama lah, semua sibuk pertikaikan kite punya minat, ape yg seronok sangat pasal blog, ape yang best sangat, tak ade benda lain ke ape ke, the thing is, blogging ni boleh tambah ilmu, bila kita blogwalking, banyak benda kita baca, kita rasa, kita memahami, bukan buang masa apa pun.kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah!sy sokong pendapat anda~ maju bloggerutk negara... :D

      Padam
  8. Org yg x da blog memg akn tnya soalan mcm tu
    Kekdg susah nak jwb

    BalasPadam
  9. as salam. abam kie menulis blog utk menyuarakan pendapat n mencari kwn baharu. abam folo sini. no 134. tq

    BalasPadam
  10. macam macam boleh jumpa kalau blogging :) lain orang lain pengalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Saya sokong pendapat awak. :D Hanya mereka yg buat je faham kan?

      Padam
  11. itupun puas kita kasi pengaruh....sekarang baru kena...hahahahha..
    now u feel me bruh?

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤