Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing. Sungai dan laut. Gitu la gamaknya perumpamaan yang sesuai. Kali ni aien nak cerita dengan korang semua pasal skinny jeans.
Aien nak ingatkan bahawa koleksi skinny pants for womens ini mempunyai beberapa jenis dan bukan semua jenis boleh digayakan oleh semua bentuk badan wanita. Penting untuk korang mengenalpasti terlebih dahulu apakah jenis bentuk badan korang dan rekaan skinny pants manakah yang bersesuaian.
Meh~ aien nak share la, beberapa jenis skinny jeans dan siapa pemakai yang sesuai memakainya.
Untuk rekaan skinny pants yang
mempunyai potongan sehingga ke bahagian pinggang seperti ini, ia lebih sesuai dipakai
oleh wanita yang bertubuh langsing dan tinggi.
Bagi wanita yang mempunyai potongan badan
yang agak berisi pula, potongan skinny pants yang paling sesuai untuk anda gayakan
adalah koleksi classic skinny pants.
SUPER SKINNY PANTS
Wanita yang bersaiz petite pula boleh
tampil bergaya dengan menggayakan koleksi super skinny pants yang mempunyai potongan
lebih kecil dan ketat berbanding semua jenis skinny pants yang lain.
CROPPED SKINNY PANTS
Dan yang terakhir, bagi wanita yang
mempunyai tubuh persis seorang model, koleksi cropped skinny jeans berikut merupakan
pilihan yang paling ideal. Ia direka dengan potongan yang sama tetapi labuh di
atas bahagian buku lali si pemakai.
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤