Assalamualaikum
Alhamdulillah hidup lagi hari ni.. Setelah sebulan semua telah selesai, dah pun menjalani kehidupan as housewife, Aien mencari idea dan masa untuk menaip. Al-maklum laaa, masa ada idea tak ada.. idea ada masa pulak tak ada kan?
Well, hari ni, genap sebulan sehari Aien bergelar isteri orang. Macamana life?
Biasa je. nak tau kena la kawen. heheh sebabnya, tiap orang lain pengalaman dia. Macam Aien, alhamdulillah so far, so good.
Aien pun dah lama tak menaip di sini, rasa macam nak ubah gaya blog.. tunggu la.
Geng, jangan boring singgah Aien punya blog. hehe even dah berhabuk sejuta tahun lamanya.
Sebenarnya minggu ni, Aien nak p buat kad nikah kat pejabat kadi Johor Bahru, tapi nasib husband dah call dulu tanya macamana. Rupa-rupanya, satu Johor tundakan pembuatan kad nikah tu? hurm... punah la impian nak menyimpan kad nikah dalam dompet. haha ngusung ler sijil nikah besar gedabak tu.
Ada sesiapa geng orang Johor yang dah berumah tangga singgah sini tak? Kalau ada, tinggalkan la pendapat anda di bawah yer.. meh la share share dengan Aien yang baru berjinak jadi warga Johor.
Sebut lagi jadi warga Johor, semalam jugak, Aien dengan husband shopping untuk household weekly, mak ai... Aien still can't accept how expensive barang-barang kat sini. Nak berdarah mata rasanya. It's more expensive than Sarawak you know. Although people use to say, barang-barang Sabah Sarawak mahal la.. apa la. but bahan-bahan basah, sana murah nak mati. Bayangkan yer... Udang sekilo tak sampai RM 20 pun. Apatah lagi ayam kan. Hadeh, first month ni still tinjau-tinjau harga di kedai yang berdekatan dengan rumah Aien. Mula-mula husband bawak singgah ke Song Mart, situ memang murah habis, boleh la.. tapi, biasa la.. nak jugak jengah TESCO be like... sekali... just 5 item dah rm100. Apa kejadahnya. =='
Bertabah la yer Aien. Jangan meroyan sangat. Kos hidup sekarang ni lagi ler... Dengan BR1M tak lulus nyer, dengan minyak tak tentunya.. adeh~
Dah la.. jangan bebel-bebel. P masak, p makan lagi baguih.. Sebelum korang-korang sekali terjebak dengan masalah housewife be like ni yer. hahaha
K, salam March yer kesayangan semua. Lagi 77 hari lagi nak Ramadhan. Pesan Aien, jangan lupa ganti puasa yer.. hehe
Semoga bulan ketiga tahun 2017 ni mendatangkan rahmat buat kita.
muah ciked~ bai
Aien belanja sikit gambar yang tak berapa nak sweet ni untuk korang...
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤