Jalan-jalan ke Kluang | Hi~ Assalamualaikum
Remember when I said I was jalan-jalan few days ago?? Ni baru nak bukak hikayat la ni.
Hujung minggu lepas, meriah Johor Bahru dengan macam-macam aktiviti even penjawat awam dah gaji awal bulan hari tu. Kah~ ngeng sangat! Dengan Jom Heboh dia, Karnival sana-sini, Sekarang UTM pun tengah meriah dengan FESKO UTM. a.ka Festival Konvo. Sampai esok kot. Malam kelmarin Ustaz Kazim Elias, Aien lupa nak g. Semalamnya Anuar Zain dengan Misha Omar. Ajak En.Suami, dia kata hujan, jalan jammed. Tak payah pegi katanya lagi. T^T Bawak hati lara, Aien tido awal. Kah~ Malam ni ada Projector Band. Malam penutupan ada Aiman Tino. Itu dah tak kisah dah.
Okay, back to original story. Last Thursday, Me and family go to Kluang. Saja jalan-jalan. Bawak mak mentua dengan adik ipar yang teringin nak naik kereta api. Katanya, kapal terbang dah, kereta api dekat ni je belum. Hahaha Maka berjalan la kami.
Ada apa di Kluang?
Part ni Aien nak gelak dulu. Tak ada apa eh. Bagi Aien yang tengah sarat mengandung tu kan, Alasannya cuma nak jalan-jalan dan nak naik kereta api. Hahaha Berbaloi? Boleh la. Tiket kereta api bukan mahal sangat pun. Kalau daripada Kulai hanya RM12 untuk Dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas. Pergi balik baru RM24 seorang. Okay kan?
Trip kereta api dia, Sekali pagi, petang dan malam. So, senang. Nak jalan-jalan sana pun boleh. Sampai leput pun tak kisah. Barang-barang kat Kluang pun boleh la tahan murah. Masa Aien pergi tu, Johor kan tengah cuti Hari Hol Sultan Iskandar, banyak la kedai tutup jugak. Sunyi sepi je pekan Kluang tu. hahaha
Kalau google pun, mesti ada je blogger cerita tempat menarik di Kluang yang boleh dibilang dengan jari. So, kalau bermalam tu, mungkin ada best sikit kot.
First bila dah sampai tu, kalau dah turun dari kereta api, cepat-cepat la bergerak jika anda ingin tempat duduk di Kluang Rail Coffee. Kalau tak, tak ada tempat duduk. rezeki kami dapat tempat duduk sebelum dan selepas berjalan. Hahaha Seronok menikmati kopi di tengah hari. Tapi, Aien tak boleh minum kopi dan tertarik dengan namanya, Coco Dinasour tu yang order. Sekali tengok, hanyalah secawan milo tabur. Hahaha Bantai gelak.. Boleh laaaa.. Penuh cawannya dengan milo. Menyelerakan tika panas ni. Makan pulak bersama Nasi Lemak yang agak pedas sambalnya, memang berulam la dengan dinasour ni. Jangan pelik pulak kenapa adik sorang tu gigit jari. Dia pening kepala lepas turun dari kereta api, panas pulak. Nugget ayam diorder lambat sikit sampainya. Menengok kan aje orang makan dlu.
Apa yang sedap di Kluang Rail Coffee ni, roti bakar dan kopi dia yang agak mengancam. roti bakar dengan ada bermacam jenis yang anda nak ikut selera anda. Untuk 9 orang makan tak sampai pun RM50. Murah kan? makan pun kenyang jugak sampai patah balik ke sini semula. Al-maklum la, sebelum tunggu kereta api datang tu, singgah lagi ke sini. Dalam kereta api, sambung tido je. :D
Lepas makan, kita berjalan. Turun ke bawah pekan anda akan berjumpa dengan Lama Kreatif Kluang yang terletak di sebelah kanan penjalan kaki. Laman kreatif yang baru nak berkembang ni, banyak jugak lukisan yang cantik. Kalau dilihat, kebanyakan lukisan itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda yang mengunakan hashtag kitakankawan ni. Lukisan semua cantek. Cumanya tak berapa nak penuh sangat. Aien pun tak ambil semua gambar dia, sebab kepanasan. Tengah hari bai jalan situ. Memang gambar cantek, tapi kena sabar la dengan panas terik mentari. :)
Ini merupakan jalan masuk ke Laman Seni, Kluang.
Menarik kan?? Seronok ambik gambar je kat laman ni. Macam-macam karya dari artist tempatan.
Jalan-jalan ke Kluang |
Gambar Upin-Ipin pun comel kat sini. Geram je tengok..
Jalan-jalan ke Kluang |
Kluang Man~ legend cartoon for 90-an kids.
Jalan-jalan ke Kluang |
Kak saudara tengah sibuk amek gambar anak dia, Aien p snap! Comel je dengan Boboboi dan Yaya.
Eh~ Shin Chan pun ade? Haa, kuatnya Shin Chan ni duduk atas batang paip tu..
Dora the Explorer. Cartoon tak berapa bijak di katanya mereka. haha
Hai~ hello kitty. besar dia ni.
Spider Man ada jugak. Kenapa semua orang tak nampak jambatan tu?
Jalan-jalan Ke Kluang |
Eh, siapa di situ? Hampir tak nampak tadi. Haha
MIL dengan kakaknya iaitu Mak Ngah. Tinggal dorang je adik beradik perempuan dalam keluarga Mak.
tunggu sayang ke tu bang?! |
Dah sampai ke hujung jalannya. Panas sangat akak sedara tu, bila nak ambil gambar pun macam nak cari gaduh. haha
Lepas habis jalan-jalan di Laman Kreatif ni, kami ke Kluang Parade yang mengambil masa 12 minit berjalan kaki. Ni namanya jalan. Betul-betul jalan punya. Tak beli apa sangat sebab tak jumpa benda menarik di sini. Tapi, mana tahu, ada perkembangan kemajuan daripada segi pelancongan dan tarikan mesti menarik lagi. Setakat ni. kalau warga Johor ke sini jalan-jalan tu, maknanya nak naik keretapi saja-saja. Merasa lepak di Kluang Rail Coffee tu. Cukup la kot. Meluangkan masa dengan family, berjalan bersama. Alhamdulillah, masa kami jalan ke mari, hujan mula membasahi bumi semenanjung. Sini pun baru hujan semalam ja.
Sekian. It saja entry jalan-jalan makan angin kita. Esok Aien nak pergi buat check up pulak. :)
Jaa Nee!
aienienka
13 ulasan
Bestnya jalan-jalan. Boleh melepaskan stress. Gambar 3D yang ada sudu dan mangkuk/cawan kat jalanraya tu unik.
BalasPadamKan... ada banyak lagi yang Aien xsempat nak snap dek kepanasan tahap membakar. haha
PadamBestnye jln2 sini..gambar 3d cantik sgt
BalasPadamCantek sis.. rasa xpuas nak selfie sini. tp Aien xsuka nak selfie... tu sibuk amek gambar org je. hehe
Padamcantik street arts tu! memang syok bergambar hehe
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
kan, cantek dan puas nak bergambar. :)
PadamDah lama mama x ke kluang. Boleh lah pergi sini nanti. Gambar jalan kat finding Tu real sgt
BalasPadampegi la mama bila kluang dah maju sikit. haha kan? suka tengok
PadamCantik la area street arts tu..
BalasPadamkan.. I've fallen in love with that place.. :)
Padambestnye jenjalan.
BalasPadamsekali sekala tukar angin sekejap~ :D
PadamBaru-baru ni dah buka Rumah Seni, 3D art di Kluang tapi saya pun belum pergi
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤