Hai hai hai ~ Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. Apa buat tu?? Hope uolls dalam keadaan baik-baik saja yaaa.. Alhamdulillah hidup lagi untuk hari ni. Hari ni, Aien nak buat review la sikit. Eh~ tak habis-habis lagi review dia. Sabaq~ sis baru balek dari jalan-jalan ni, bagi la idea sikit nak karang untuk entry tu. Sementara tu, moh ler share review sikit. Ye dok???
Jangan la boring k. Hope uolls jumpa something yang bermanfaat di sini. ehek~ Udah ler tu.. Moh ler kita ke title kita.
What is OTHERLIFE?? Kenapa dia bersambung?? Disebabkan Aien ni peminat movie sci-fi dan seangkatan dengannya. Itu yang Aien nak buat review. Sejak kita dah masuk ke alam siber lagi berjaya ni, semua di hujung jari, macam-macam movie dan drama yang kita dah tengok. Daripada LUCY, ada lagi satu cerita yang macam Lucy, tapi tak ingat apa tajuk dia. Yang dorang paksa amek pil untuk..... HAAA! LIMITLESS. Dari movie dorang buat drama pulak. Dan ini kali, OTHERLIFE pulak. Conclusion daripada semua movie ni, dorang cuba untuk mencipta satu teknologi atau drug untuk kalahkan TUHAN. Yep! Anda tak salah dengar. Macam dalam limitless, dorang amek pil untuk create satu pembukaan otak untuk lebih bijaksana. Nama pun limitless kan. So, tak ada limit dalam otak manusia ni. But, everything comes with price. hehe
Eh, review cite limitless pulak. Ni tentang otherlife la.. hahaha
Oh, pasal otherlife ni. Sinopsis ringkasnya daripada rotten tomato:
A brilliant software engineer must reassert control over her revolutionary neurotechnology in order to heal her comatose brother and prevent her business partner using it to imprison the minds of millions.
Daripada Aien pulak, movie ni dengan erti kata lain,
Dia cuba bangunkan adik dia yang brain dead, dengan mencipta satu software yang boleh mencipta kenangan dan adik dia boleh pilih macamana seterusnya kenangan tersebut.
Eh? Tak faham laaaa... T^T
Nangis hujung katil jap. Mula-mula Aien pun tak berapa nak faham. Al-maklum la movie daripada netflix. Confuse dia terlebih. Senang cakap movie ni, bagi anda satu experience untuk melalui satu pengalaman tanpa perlu ke tempat tu? Faham? Dia macam software yang berbentuk cecair dan diserap masuk ke dalam sel anda as eyes mo. Tau tak eyes mo tu apa?? Ubat mata tu?? yang kena titis dalam mata tu?? *face palm* Macam tak betul je Aien petang ni. hahahaahahahaahaha Okay dah sudah gelak.
Tapi, ::SPOILER ALERT::
part yang best bila dia ditangkap kerana boyfriend dia mati sebab cuba untested software (yang dia buat untuk adik dia) dan partner dia cuba nak tikam belakang dia. So, konon dia diberi satu pengalaman untuk hidup dalam box room selama 365 hari. WOW~ lama giler. sini je dia punya highlight dan menarik minat Aien nak tengok.
Ending dia, dia give up dengan software tu dan terima ketentuan TUHAN yang adiknya telah pun pergi buat selama-lamanya. THE END.
Ha ha ha ha ... Teruk kan review ni??
Kbai. Sebelum melalut lagi panjang.
Till we meet again..
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤