Isnin, Disember 31, 2018

GOODBYE 2018, RIP!


Hi~ Assalamualaikum | 

Tik tok tik tok counting the time to 2018 past over us. Hey, there 2019! Please be good to me and all my fellows. May 2019 bring more happiness and greatness and their life. 

Aien tak ada benda nak cerita sangat past 2018. Bersyukur masih di panjangkan umur untuk 2019. And I will be 29. O M G. Can't believe still alive till one year to 30 series. No No No... 

But, yes~ 2018 also satu tahun yang baik buat Aien. Selain dapat Nyonya Nayla dipertengah tahun, 2018 walked smoothly. Kalau difikirkan tak ada apa jugak yang sedih, bagi Aien la. Sedih tu cuma simpan dalam poket kemas² esok lusa kita boom. Bwahaha 

Awal tahun 2018, Tuan Izwan bawa kami sekeluarga besar dia, pergi bercuti. Dari Pantai Tg. apaan tu kan kat Kota Tinggi. Seminggu lepas tu ke Cameron Highlands sempena cuti sekolah. Walaupun tak seseronok dengan keluarga sendiri but it was fun. Hahaha atleast seronok sebab orang belanja. And I was so tired dengan belly besar masa tu. Seronok je Nayla membesar dengan jalan. Masa tu dah 7 bulan tak rasanya. Bayangkan penat tu, sampai my adik was with me masa tu, dia kata Aien tido macam penat sangat-sangat. Sampai dengkur pun tak bunyi dengkur. Haha 

Itu last time I know the enjoy. Afer that, I know the joy and happiness bring our little one into the cruel world. But, yet I want the best for her. Nayla Insyirah means kegembiraan yang istimewa membawa sesuatu untuk kami. Such a good girl la kalau nak bandingkan dengan normal tantrum dia. Quite fun actually. The worst part people didn't say when growing the children. Haha 

Alhamdulillah orang kata, merasa jugak jaga anak sendiri. Alhamdulillah untuk pengalaman itu. Sesuatu yang sangat berharga yang sedikit sebanyak mengubah hidup Aien juga. 

And now, she most 7 months, dah start makan dan bakal menjadi kakak at the end of 2018 , we , husband and wife dikejutkan dengan a last gift. Haa~ memang miracle laa. Terkejut, tergamam jugak. Nayla baru 7 bulan..  Nak nangis tak buleh sebab dia rezeki. In shaa Allah rezeki tahun baru pulak kan. 

That's the big reason why I don't have really a momento to write a couple entry for this week. Sorry gais. And this just a wrap for 2018. May Aien remember those memories. Yang kebanyakan dah faded dari memory. Seem like a short term memory lost did apply to me hah~ I just remember what I want to remember. Did it happen to you gais? 

Oh ya~ see .. I forgot already just now what I want to write. Thanks to you gais~ because tak jemu jadi silent reader blog Aien ni. Haa dah ingat~ my blog post challenge tak sempat nak habiskan. Ada lagi 6 je 7 lagi macam tu. Tak apa. Kita sambung bila kita tak ada ideas nak tulis entry k. Aien will. Please remind me? 

So, good luck for next year. Sayonara for 2018. Rest In peace all the memories! May 2019 be nice to us. 


Happy New Year!! 

Jumaat, Disember 28, 2018

HADIAH DAH SAMPAI!!



Hi~ Assalamualaikum | 

Alhamdulillah hadiah dari Kak Shikin Razali telah selamat mendarat ke tangan Aien semalam. Paksa amek kat poslaju Skudai. Bwahaha Kes asyik tak ada kat rumah or ada kat rumah posmen malas nak panjat. 

So, relakan diri pegi mengambilnya. Tak apa. Sis tamarah pun.. 

Terima kasih kak Shikin. Hadiah yang berharga membuatkan Aien semangat nak melangkah ke 2019. Planner dia serba serbi cukup untuk diri yang semakin nak berubah. Azam tahunan asyik nak berubah. Tak cukup kuat nak mujahadatunnafsi dan istiqamah dalam perjuangan, dah kondem tengah tahun. Hujung tahun kenbali rasa menyesal what me doing for whole this year? Haha It's not funny, yet I'm laughing at myself being such a dummies in mujahadatunnafsi ni. 


Ayat muka depan muka planner ni cukup buat pembakat semangat. Doakan Aien yaa.. Moga kalian juga terus kuat menghadapi hari akan datang dengan penuh sabar dan redha. Moga Allah berkati kalian semua. 

Till we meet again.. 


Khamis, Disember 27, 2018

BAWA NAYLA PERGI TG. PIAI, PONTIAN

Hi~ Assalamualaikum

Cuti Krismas hari tu, kisahnya kami sekeluarga balik kampung nenek Nyonya Nayla di Pekan Nenas. Yela, minggu lepas tak ada balik sampai atuk dia cakap, "Tak balik Nayla ni..."  Nenek dia memang dah tahu kitaorang tak balik. hee~ Kesian Atuk tunggu Nayla. 

So, walaupun cuti sehari je. Balik la kejap, memandang hujung minggu ni pun tak dapat balik lagi sebab Tuan Izwan ada job. 

Kisahnya bila dah sampai ke kampung, Aien cakap dengan Tuan Izwan nak pergi Tg. Piai yang katanya sekarang ni tengah syiok air pasang. Melimpah sampai ke luar kawasan parking. Dari tahun lepas nak pergi, tak kena dengan masa cuti je, tu yang asyik terlepas. Alhamdulillah kali ni kena, makanya wajib jugak tu kena pergi. Ehe~ 

Rancang nak pergi sebelum air pasang. Nak tengok air dia naik. Sekali, Nyonya Nayla sampai waktu dia nak tido. Kita utamakan anak dulu la. Sebelum nanti sampai sana meragam pulak dia kan. Baik cegah dari hadap benda tu nanti. Haha

Sekali dah sampai ke Tg. Piai tu, halamak! Ramainya orang, sampai keluar manusia parking. Sekali tertipu. Dalam ada lagi parking. Sebabnya air dia dah surut, makanya manusia pun beransur pulang. Yela, kita datang nak tengok air je kan, main air gitu. Kalau masuk, kena bayar. Dan kena kejar dengan monyet. Tamau la repeat memori tu.



Ini je la gambar untuk diabadikan di blog. Untuk gambar yang lain, dah update iG personal Nyonya Nayla sebab banyak ambil gambar dia je. Moga kenangannya terabadi secara panjang di sini, secara pendek di Instagram. Nak tengok tunggu jap lagi kita update.

K bai. 


Rabu, Disember 26, 2018

REVERSE BUCKETLIST: MY ACHIEVEMENT SO FAR


Hi~ Assalamualaikum |

Baru balik dari blog walking a few blogger friends, baca dorang punya entry such a depressed on the end of the year. So, Have a faith and good luck for next year.

Aien bukan la nak cakap depressed sebab baca blog dorang, cumanya sedih baca entry tu. Tumpang sedih cause semua orang rasa apa yang kita rasa but NOT at the SAME TIME. You know what I mean? Everyone has their own roller coster. Masa kita tengah sedih, kita tengok orang ni happy. Time kita happy, entah-entah orang tu tengah sedih. Kan? So, that rollercoster is always up and down. To you guys, please keep positif even though I am not a positif person. Keep have faith with Allah because He is The Almighty. Keep doa and sabar. K?

Untuk happykan korang, Aien terfikir nak buat reverse bucket list ni. Hasil idea post challenge yang tak habis lagi la. Adoo~ ada a few lagi tinggal. Rasa macam dah hujung tahun ni, Malas pulak nak update blog. Bukan apa. Nak new template. Tapi nak duit. NAK .. Dan terus nak. Daripada berfikiran tamak sebegitu rupa, kesudahannya mim alif lam sin.

Haiya~ it's that happykan kitaorang Aien? huh~ baik tapayah!

Nah, ini sebenarnya benda nak share dengan korang semua.. Reverse bucket list ni ialah benda yang korang dah achieved sebelom ni. Means, korang dah buat la. Kasi sikit korang dan diri Aien sendiri proud dengan diri. Tengok cermin, tepuk bahu, say it. "I am proud with me. " Senang kan?


These are the few things Aien dah achieved. Haha Sangat menyedihkan. See, me is not to positif person! O M G!! 

And that quote always kena pada diri. Cause every single day, when I'm thinking about my future. I always blame my past. Why I can't do that dulu? Kenapa la aku ikut ke? Kenapa dan terus kenapa.. Kesudahannya yang takkan pernah habis. Sebenarnya kekecewaan tu terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan kemenangan. Adoo~ Why me? Tanya lagi.. 

Tolong la. U know the answer. Please not be stupid. So, demi kebahagian diri sendiri.. Aien smile. Senyum betol. Say to myself.  I proud with you. 

Proud sebab akhirnya dapat genggam segulung diploma, segulung sijil nikah dan segulung sijil lahir. Harap segulung sijil PhD breastfeeding Nyonya Nayla pun dapat la. Itu je target sekarang ni. ^^ 

Ada lagi satu benda yang unproud don't proud. Haa~ apa tu? Nanti Aien share tahun depan yek. Sekarang macam masih bertimbang timbang lagi.
At the end of 2018, selepas bersalin dan semuanya #syukurselalu dan #alhamdulillah untuk diri sendiri. #proudofme 

Selasa, Disember 25, 2018

SELAMAT BERCUTI!!


Hi~ Assalamualaikum | 

Actually I used to wishes those people cause Sarawak in multiculture and majoriti people in Miri celebrate this holidays. Also, I have so many friend syang sambut ni. Senang kata, Nenek moyang Aien daripada sebelah Mrs. Ummi Aien pun sambut ni. So, I just have no word la nak describe. Just let's say selamat bercuti gais. Public Holiday kan? Ke mana saja tu? 

Teringat masa kecik-kecik we used to balik kampung Mrs. Ummi at Kuching since we live at Miri. Around 12 hours from Miri to Kuching if you drive. Mrs.Ummi is mualaf come from Bidayuh. As you gais tahu, Sarawak ada bermacam kaum. Dan salah satu terbanyak di Sarawak ialah Bidayuh. Which means if people say they are dayak. Ada dua kategori. Dayak darat is Iban. Yang mana dorang ni banyak konker daratan dan Bidayuh pulak dayak laut. Haa, belajar pasal Dayak la pulak. Aien pun banyak dah lupa sejak banyak spend time di Tanah Malaya ni. Dari umur 13 tahun kot. Sampai orang tegur, slang Sarawak tu dah tak kedengaran lagi. But, betul cakap pepatah, hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri. Tempat jatuh lagi ni kenang, inikan bumi kelahiran. 

Rindu tu masih ada. Hope one day, my children will know their mom culture. Nak harapkan salah seorang anak mewarisi 'K' di sisi kad pengenalan tu agak payah. So, itu je la harapannya. Dengar la Ibu kau ni bebel dengan loghat Sarawak dia tu. Paham kan aja. Janji esok lusak ko boleh kelaka balit lawan Ibu pun cukup syiok!  Haha 

Aien punya slanga pun dah ntah ke mana. Dah la, habis jak ku ngerepak sitok.. bagus ku nangga ngektsai pun video, ada subs gik diberik. haha


Isnin, Disember 24, 2018

WHAT INSIDE MY BAG??

Hi~ Assalamualaikum 

Hari ini baru teringat yang post challenge ideas ni belom habis Aien buat. Rasa macam nak habiskan before new year la yek. 

Hee~ So today we will talk about what inside my bag during me going outside. Eh, dah kenapa speaking bagai? Ahahah Esok kan holidays, tu tertiber speaking. 


Officially sejak dah ada Nyonya Nayla, ini la beg yang Aien selalu bawak setiap kali keluar. Me have no beg anymore. Somehow Aien ni memang ada masalah untuk cari beg yang betul-betul selesa dan senang nak dibawak dengan diri ni. Senang kata, I still not found my dream beg. Kadang nak pakai handbag, tote bag, sling bag. Ah~ too much la beg. Nah, sekarang backpack Nyonya Nayla jugak jadi kawan.  

Yang dalam bekas hijau tepi beg itu adalah plastik sampah untuk pampers in case terberak or pampers penuh somewhere yang kadang kita pun tak tahu mana, nak buang merata begitu saja macam geli pula, makanya Aien ambil inisiatif untuk beli plastik sampah comel tu. Masa tu beli kat shopee dalam RM12 untuk 20 roll extra kot. Kira sekali dengan stock plastik dia la. Kalau untuk sebekas gitu dalam RM 3 sahaja. Tak termasuk postage. Alang-alang baik beli lump sum sekali dengan stock sebab nanti malas nak beli lagi. 


Wokey, this the ugly side of the beg. Always have tissue dan air dalam botol untuk kecemasan anda berjumpa dengan tempat tak ada air, so pish pish je situ. Dalam beg belakang free gift daripada Libress adalah duit raya Nyonya Nayla yang setia dibawa. Haha So, kalau ada sesiapa kasi, terus aja masuk dalam tu without check in dalam dompet Ibu. Risau kalau masuk dompet Ibu tak jumpa jalan keluar lagi dah. 


Finally, this is the whole item yang ada dalam beg tu. Benda penting untuk setiap kali berjalan tak kira dekat ke jauh. Unless macam weekly shopping barang dapur yang cuma 10 minit dari rumah, Aien tak ada la bawak. Nak ke KK untuk check up ke, nak keluar ke bandar JB ke, nak balik kampung Nenek ke. Haa, beg ni la setia menemani. Senang! Thanks to my sister give it masa Nyonya Nayla baru lahir. 

Wet Tissue, Pampers beberapa keping, dua pasang baju standby. Kipas (wajib) sebab Nyonya Nayla tak tahan panas. Minyak telon daripada Mustika Ratu. Roller balm bau sandalwood daripada Freshkon dan paling penting dompet Ibu. Kalau tak, jadi warga asing la Aien kat Johor ni. Ada setengah orang dia suka letak barang-barang anak dalam handbag dia. Well, Aien pernah buat a few months before. Macam, Ah~ serabutnya. Try hard nak bawak ke hulu ke hilir handbag besar. Like  annoyed me too much! Dan end up, Handbag dan Aien is enemy! I don't really like handbag. Setakat ni, macam ni la selesa. Tapi, hari tu kena warning jugak dengan Tuan Izwan. Bahaya beg belakang ni kalau kita letak dompet ke apa sebab in case orang bukak dari belakang kita tak sedar. Yes! That's why Aien terminat pulak tengok beg ala-ala korea gitu. Sling bag tapi cukup-cukup je untuk letak telefon, dompet dan alat mekap berapa ketul. So, Bila nak belanja ni? haha..


Ahad, Disember 23, 2018

REVIEW: MORGAN VACUUM HANDHELD

Hi~ Assalamualaikum | 



Ingat lagi minggu lepas Aien kata nak review pasal penyedut hampagas yang Aien beli masa sale 12.12? Jom.. Kita terjah! 


 Keadaan kotaknya selepas di ambil. As I told you last week, penyedut ni patutnya sampai  Jumaat lepas which means it's just take two days for delivery to you. Such fast delivery. Sayangnya, Aien pulak yang tak ada kat rumah. Makanya, Khamis minggu lagi satu baru amek. Ini la dia. Reaksi pertama bila tengok orang Gdex tu bawak keluar dari stor dia, O M G, comel je kotak dia.. Takut jugak dalam hati. In case ada part yang tak ada ke apa. Over all, semua lengkap macam gambar di bawah. :)

  
Dalam kotak itu, isinya ada lima termasuk warranty penyedut hampagas ni tadi. Dan jangan risau, if dia rosak ke apa, ada gerenti pulang balik dalam masa 14 hari dan jug warranty selama satu tahun. But, Aien tak tahu la mana nak cari store dia. Sebab dia tak ada cop ke pa kat warranty kad tu. Cuma kosong macam tu je. Sedih! Selain dari tu, korang jugak boleh tengok, ada batang pemegang yang perlu disambungkan ke badan penyedut tu. Dan seterusnya adalah dua jenis muka untuk sedut segala sampah yang ada iaitu muka leper dan muka muncung. As usual penyedut hampagas yang lain, leper tu untuk kawasan yang luas dan rendah serta bawah-bawah sudut yang tersembunyi. Untuk yang muncung sudut-sudutnya si leper ni tak dapat pergi tadi. Pahe dok? 


Taraaa!! Ini la rupa dia selepas di sambungkan. Macam kecik je kan. Sesungguhnya ia sangat comel. Percaya lah! Comel-comel dia, sedutan dia sangat kuat. Anda pasti berpuas hati dengan harga bawah RM70. 


Last but not least, nak tengok betapa comelnya dia, ketinggian di paras tu je. Kalau dengan Aien pulak takat dada ja. haha Maknanya Aien pun comel. >•<

Secara keseluruhan kepuasan membeli produk ni, sangat berbaloi dan sesuai la dengan harga dia. Bagi mereka yang bekeluarga kecil, dan risau habuk berterbangan masa sapu sampah, boleh guna yang ni. But, yang penting sekali. WARNING:: Anak korang ada yang pegang cause this thing make a loud sound. Nyonya Nayla terkencet dengar. Habis balas dengan siren dia yang dah kembali sejak semalam. 

Lepas gunatu, wayar dia boleh saja dililit pada belakang batang pemegang tu. Senang! Mudah! Sungguh puas hati. Berbaloi laa.. 

Tunggu Lazada buat sale lagi, kita rembat barang letrik lain lagi. Sebelum tu, meh kumpul duit dulu. 




Jumaat, Disember 21, 2018

C-DRAMA REVIEW: LEGEND OF YUN XI

Hi~ Assalamualaikum


Hari ni, Aien nak share dengan u olls, satu chinese drama yang Aien tengok minggu ni la. Pulun nak habiskan 48 episod punya pasal, habis data guwe. Nasib la ada GX30 by Umobile. Ecceeehh~ 

Tajuk: Legend of Yun Xi
Episod: 48 
Durasi per episod: 47 minit
Genre: Wuxia, Medical, Romance
Cast: Zhang Zhe Han, Ju Jing Yi, Lin Si Yi, Merxat

Sinopsis: 
Drama ini diadaptasi daripada novel 'Poison Genius Consort' yang mana berlatar belakangkan zaman perpecahan sebuah negara menjadi tiga iaitu Tian Ning, Western Qiu dan Northern Li. Disebabkan takut dengan adiknya sendiri, Long Fei Ye, Raja Tian Ning memerintah Long Fei Ye dikahwinkan dengan perempuan 'hodoh' untuk melemahkan semangat Long Fei Ye. 
-sinopsis panjang boleh baca kat wiki-

:: Review Aien ::

Disebabkan jalan cerita dia macam best la jugak, dan Aien dah try tengok sikit-sikit kat youtube sorotan drama dia, that's the reason why Aien tengok. Sebab kedua sebab Long Fei Ye. Kah~ 

Kisahnya drama ni panjang, sebab masing-masing dari tanah yang berbeza cuba nak lingkupkan Raja dorang ni. Katanya sebab Raja ni jahat. Dia cuba nak develop balik Poison Zombie yang menyebabkan perpecahan berlaku daripada Raja terdahulu. Senget kan? Poison Zombie ni sangat kuat dan Long Fei Ye adalah satu-satunya tinggal selepas ahli keluarganya di bunuh dan dijadikan Poison Zombie. Nak cerita macam satu-satu dah jadi macam story la pulak. Bukan review lagi. Over all, drama ni boleh la tengok sebab jalan cerita dia menarik. Spoiler alert:: ending dia, huh! 

Haha 


Till I watch next drama.. 





Khamis, Disember 20, 2018

JALAN-JALAN PETANG, REDEEM DOMINO'S REGULAR PIZZA + CHEESECAKE BLUEBERRY DENGAN RM18.10


Hi~ Assalamualaikum | Ha, rupanya entry hari ni tak ada. Okay tak apa. Nasib kita ada cerita malam ni. Hee~ al-kisahnya, selepas Tuan Izwan pulang  dari kerja, kami terus ke GDex Skudai Branch untuk collect vacuum yang hari ni Aien beli masa sale 12.12 di Lazada. Sebab tu la review vacuum tu belum nak ada, vacuum nya masih tersangkut di pusat penghantaran. Kalau ikutkan, hari Jumaat lepas dah sampai. Macam biasa, Aien hujung minggu tak ada kat rumah. Makanya, relakan diri tiap khamis ke poslaju ke, gdex ke, apa-apa la untuk ambik barang. Itu pun kalau ada beli atas talian la. 

Okay, lepas dah ambik tu, Tuan Izwan bawak la pusing-pusing bandar. Ingatkan nak bawak jalan shopping mall ke, tercapai jugak hajat nak beli pembeku minyak tapi aik, tak! Ke mana ye.. Malas pulak nak tanya. Ikutkan aje la dia sambil bebel salah jalan. haha Last, dia berenti di Puteri Harbour. Me like, wow! Impian aku nak tengok circus tercapai!! Lompat bintang jap. Excited tak buleh nampak sangat. Rupanya, Tuan Izwan nak bawak Nyonya Nayla masuk ke Dinasour Park tu. Huuu~ sob sob la tengok. Sebab circus tu too much expensive untuk rakyat mahraen macam kita ni. Eh~ macam Aien ni. Di sebabkan tak masuk, so malas nak ambil gambar. 

Bila nak masuk Dinasour Park, tengokkan cuaca yang nampak nak gelap, akhirnya kami decide untuk jalan-jalan sahaja tengok kapal. Nak duduk kat situ, rupanya semua kerusi dah tak ada. Dulu rasanya ada kerusi situ,kan?  Last pergi, masa Aien ngandung rasanya. 

Dah penat jalan dan langit pun makin gelap, balik la. Tak lama lepas tu, hujan. Haha Nasib baik tak beli tiket. Kalau tak, jadi al-bazirun sebab kejap naa je dapat masuk. 

Cakap ngan Tuan Izwan, boleh tak nak singgah Aeon? Nak pergi Daiso. Tapi, Nyonya Nayla tidur pulak. Haiyaa.. Dalam hati, batalkan aje niat. Lain kali masih ada. 

Nyonya Nayla pun sedap tidur. Dan alang-alang keluar, singgah la terus beli makan malam. Malas nak masak. And, jom p redeem pizza. Siangnya Aien dapat pesanan dari domino, kata dapat pizza murah. Apa lagi, jom!


Kotak cheesecake dia so comel.


Dan ini isi dia. Lupa pulak nak ambik gambar blueberry lava dia.  Sedap! Aien ingat yang jenis sejuk punya. Mulut ni kemaruk dah minum dan makan benda sejuk. Allah~ sedapnya dapat ais krim.


Lastly, pizza regular 9" smokin beef 'n' chicken. Daripada RM30++ boleh jadi Rm19.20 includes service charge. Wow~ memang it's all about me. Haha 

But, a bit dissapointed sebab kat menu tulis regular dapat 9 pieces. Ini Aien dapat, 6 pieces je. It's okay. Aien pun tak berapa minat pizza. Buat lepas tekak okay la. Yang satu hilang tu, Tuan Izwan kelaparan dah. Dia ngap dulu. 

Next, I will review about my vacuum. Please stay tuned, okay? 


till I write again...

Rabu, Disember 19, 2018

SEGMEN BLOGLIST YEASLMN #2019 (Januari-Disember)



Hi~ Assalamualaikum | Moga ada rezeki untuk tersenarai. ^^

Nak join, macam biasa klik saja banner di atas. Dan ikut saja arahan yang diberi. Selamat berkenalan semua. ^^

Selasa, Disember 18, 2018

MAJLIS YAASIN UNTUK ARWAH AYAH



Hi~ Assalamualaikum | Hujung tahun kian menghampiri, kalau warga Johor, kebiasaan di kampung-kampung pasti ini adalah musim makan free banyak. As means, jadual setiap hujung minggu penuh dengan majlis Yaasin dan doa selamat serta kenduri kendarat. 

Keluarga mertua juga tak ketinggalan untuk membuat majlis Yaasin untuk arwah Ayah sekaligus doa selamat untuk tahun baru. 

Ayah mertua Aien meninggal dunia pada awal tahun 2009. Jika tahun lepas, Mak tak kesempatan buat disebabkan sedikit kekangan masa dan kesihatan, alhamdulillah tahun ni dapat juga. Anak-anak pulang berkumpul, saudara mara datang memeriahkan majlis. Seronok. 

Tapi serba salah la untuk Aien, sebab Aien tak ada tolong apa-apa sebab ada anak kecil. Masa masak-masak tu nasib ada Mak Ngah dan adik ipar Aien tolong. Kesian, tapi anak kecil ni diutamakan. Takut kang dia nangis-nangis, tak sedap pulak hati. Masa Aien balik petang Khamis tu pun, Mak kata semuanya dah siap, tinggal nak masak je. Biasa la orang tua, semua siap cepat. 

Adoo~ bila dah tulis ni serba salah tu melangit  tinggi tahu. Haha diri diri.. 

Menu untuk majlis ni simple je. Iaitu Nasi putih, Ayam Masak Ungkep, Sambal Goreng Jawa dan Pisang Masak Lemak. Aien tak sempat amek gambar semua. Sempat ambil satu je. Haha


Sambal Goreng Jawa jadi feveret kitaorang adik beradik siap request dengan Mak, buat banyak sikit. Alhamdulillah cukup la semua dapat merasa. 


Aien cuba nak buat masih tak berjaya lagi. Sekali percubaan je, pahtu dah give up. Sayang kalau buat tapi tak jadi sebab bahan-bahan untuk sambal ni banyak jugak. 

Over all, majlis berjalan lancar dan selamat sampai sudahnya. Hujan pun turun usai saja majlis dan selesai. Ahli Yaasin kampung pun dah selamat rumah agaknya. Ya lah, mana taknya langit start gelap selepas solat Jumaat. Risau jugak kan hujan tengah orang ramai tu. 

Yang paling gembira sekali, akhirnya setelah setahun berlalu, anak-anak mak semua kembali. Seronok tengok mak tersenyum bahagia. Walaupun Aien menantu dia, takkan pernah sama dengan anak-anak dia. kan? Sebaik mana kita layan mak mertua kita, takkan pernah sebaik layanan anak sendiri. 

Well, yang pergi biarkan pergi. Kita yang masih punya umur  pulang la walau apa pun yang mengguris hati. Keluarga takkan pernah sama dengan kawan. Semoga tahun 2019 akan penuh dengan kebahagian buat diri Mak dan semua. 

Till we meet again~ 


Isnin, Disember 17, 2018

THE LITTLE FELLA'S


Hi~ Assalamualaikum | 

Memandangkan hujung tahun makin menghampiri, semua blogger pakat nak update dorang punya bloglist. Makanya, ini peluang untuk kita sertai, mana tahu berpeluang duduk dalam list rakan-rakan blog mereka, kan? 

So, apa lagi gais~ syaratnya senang saja. Just klik the banner up there, it will bring you to the original post.

Good luck ^^


Ahad, Disember 16, 2018

Carousell Brings Community Groups Together for Orphans of Ti-Ratana Welfare Society

For Immediate Release Carousell Brings Community Groups Together for Orphans of Ti-Ratana Welfare Society Over 3,000 Items Listed on Carousell for Orphans

Kuala Lumpur, 10 December 2018 – Carousell, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplaces, brought Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC), Easy Parcel, Pgeon Delivery and various influencers together to Ti-Ratana Welfare Society (Ti-Ratana) in Salak South today as part of their ongoing #PrelovedwithLove donation drive to treat the orphans to an array of fun activities. 


The drive was launched recently by Carousell for selected charities across its seven markets and over 40 orphans from Ti-Ratana were treated with a day of fun-filled activities such as Light Sabre Training by SWMFC along with caricature and Sand Art.


"We are delighted to receive tremendous support from the public and the various fan clubs for this drive. Our platform can do more than just assist Malaysians to buy and sell, but also gather the power of the community for worthy causes. Community is at the heart of everything that is Carousell and we hope that more Malaysians will join us in our efforts to build a stronger community to help the orphans of Ti-Ratana,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia. 


“Carousell has set a precedent by leveraging on technology to connect people all across Malaysia for this worthy cause. I am very confident that this will open more doors for us to obtain the items that we need through public participation. We would like to thank everyone that has contributed to this campaign, and we hope that more will utilise this platform to help those in need,” said Datuk K. Sri Dhammaratana, founder of Ti-Ratana. 


Ti-Ratana is a community service society that was set up in the spirit of compassion to both serve and provide shelter, education and care to the underprivileged. It is also a voluntary, not-for-profit, non-partisan and non-denominational organisation offering a wide scope of community services. 

Members of the public who are interested in participating in the campaign can list their items on Carousell with the hashtag #PrelovedwithLove tagged with an RM0 price tag. Members of the Ti-Ratana will select the items needed from the listings where EasyParcel will collect and deliver the items on a complimentary basis. For more information and to participate in the campaign, visit https://my.carousell.com or download the Carousell app on Apple Store or Google Play Store.     

WOW~ IT'S 50K PV DAH!!!


Hi~ Assalamualaikum | Wow.. Tiga hari gais. Dalam tiga hari. Sebelum tu, Aien nak ucapkan terima kasih pada kalian yang sudi singgah, menjadi silent reader mahupun komentar di blog sendu lagi kadang sepi ni. Sangat tak diduga. Aien tak pernah terfikir nak kejar pageviews dari u olls, but u olls la pembakar semangat, pemangkin nadi Aien. Eceewaahh~ 

From the beginning, these blog is just for fun. Lately I try to be punctual on my time posting. Moga di tahun baru sehingga seterusnya akan kekal la. Azam tahun baru juga ni. Walaupun tak ada sebanyak blogger yang selalu keep update entry, well ini juga satu kejayaan buat diri Aien yang cuba untuk keep have a faith on this blog.


Target semalam petang Aien bukak, nak try to captured 50k tepat, malangnya tak dapat. Terlebih 16 pulak. Haha tapi tak apa. Aien pun bersyukur sangat cuma mampu doakan kalian agar baik-baik sahaja, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan segala yang baik-baik untuk kalian. Moga Allah berkati u olls semua la. Silent reader mahupun komentar tegar. Doakan semoga rezeki Aien pulak murah, dapat buat something untuk korang yang rajin singgah dan komen, ya? 

Teringin nak buat, kekangan lain memerlukan perhatian khususan. Makanya, Aien dari kejauhan mampu kirimkan al-fatihah dan doa buat korang. ^^

Feeling tak disangka, O M G! 1001 feeling ni bercampur baur. Doakan Aien ya semoga terus sukses dan dapat hasilkan kebaikan buat pembaca semua. Apa yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk dari kelemahan diri Aien. 

Terima kasih semua~ ^^



Sabtu, Disember 15, 2018

ADUH, MALUNYAAAAAAAA!!!


Hi~ Assalamualaikum | Gais, macamana ni? Aien terasa malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana dah ni? Segan, serba salah pun ada. Haha Shy shy cat nak say sorry. Tak apa la. Nanti kita whatsapp dia say sorry. 

Well, mesti u olls tertanya  what happen? Apa yang berlaku ni? Haa, Aien terasa macam nak story mory la ngan korang as hari Sabtu, Aien buat auto post entry, just because macam biasa hujung minggu Aien balik kampung husband. Ada Yaasin untuk arwah ayah mertua Aien. 

Sebut pasal kampung, everytime balik kampung mesti Aien senyum sendiri. Why? Because teringat kenangan yang kind a embrassed me. Like, unplanned thing happen and he did not tell me about it. Alasan, penat drive the whole day . 

Dan hari ni, Aien nak recap balik la kenangan manis kami bertemu bersua pertama kali lalu hatiku berdetak, dialah jodoh ku. Bwahah okay, itu auta semata. But, itu betul la. Macam first time tengok muka dia, he's the one.  Kau rasa dalam movie je ke? Akan rasa bila tiba masanya. 

Aien kenal dengan Tuan Izwan dari zaman tak ada facebook, tak ada whatsapp. Cuma ada mesej saja. Itu pun Aien guna tepon Mrs. Umi.  Zaman muda belia. Adeh~ terkenang segan betol la. Lapan tahun, lapan tahun kot kami berbalas mesej, bertukar id myspace, dan kawan di muka buku. Tak pernah jumpa sebab kekangan masa, tempat dan apa ntah lagi. Memang tak ada rezeki. 2010 plan nak jumpa. Kebetulan Aien ikut Kursus Asuhan Kanak-kanak di Bangi. Praktikal di Istana Kehakiman, Putrajaya. Dia pulak ulang-alik Penang - Kuala Lumpur. Cantik dah plan, sekali kena seru balik Miri. Adoh~ Failed! 

Dengan Tuan Izwan semua pertama kali la dengan dia. Ha ha I mean, me become perigi mencari timba betol la dengan dia. Selesa kawan dengan dia walau tak pernah jumpa. Pertama kali dapat hadiah teddy bear siap berpos bagai. Sampai balutan tu koyak. Mungkin sebab abang posmen tu curious dengan apa isi dalam. Lembut sangat! Siap, kena soal siasat dengan Mrs. Ayahumi siapa yang kasi. Lolz~ Aien jawab la kawan. Well, memang kawan kot. 

Pusing-pusing cerita kami di situ. Aien mula belajar di Melaka 2013. Hujung tahun kalau tak silap, dorang satu keluarga bercuti ke Melaka. Ada ke dia whatsapp tanya boleh datang bandar Melaka. Tak pun, senang kata nak jumpa la. Tiga tahun lepas failed. Ini kali nak jumpa, pun failed sebab dia dengan family dia. Aien pulak fresh junior tak tahu selok belok Melaka. So, failed kuasa dua~ 

Cuti mid sem Aien pada tahun 2015 dapat dua minggu dan Aien tak tahu pergi mana. Kebetulan  pulak cuti tu kena masa birthday dia. Pakat nak buat suprise. Tapi, kabo ler kata nak datang. Kang aku tak tahu apa, ada kena cekup. Masa tu sejuta perasaan. Bwahaha plan nak pergi dengan adik junior, tetiba dah sampai kat Melaka Sentral, ayah dia kol kabo mak dia jatuh kat bilik air. Terus tukar destinasi dia. Dan Aien? tetap la ke Johor Bahru buat pertama kali. Cerita dia boleh baca kat SINI. Ini fresh lagi k Aien tulis lepas balik dari sana. Huh, nervous dia tak terkata. 

Cadang nak buat suprise kat dia, end up dia buat suprise kat kita dengan ngangkut balik ke kampung jumpa family dia? Kau rasa? tu la, alasan telah dinyatakan di atas. Penat drive whole day bawak kawan dia pusing-pusing Johor. Dari Skudai, ke manakan lagi, pahtu ke Desaru, ke Tg.Piai dan tu la.  singgah rehat dan maghrib di rumah mak dia. Like what?? Aku dah la tak ada bawak apa-apa. And serabai. And and and and.  Ah~ nyesal aku datang Johor! Detik hati. Malu semalunya. Ni boleh nyanyi lagu Achik Spring tu kan? 

Cuba korang at my shoes? What r you feel? Malu as me? Or hadap je la kalau tak ada apa-apa feeling? Haha Okay, this one also complicated. Recap balik, as I said, macam perigi cari timba. Me like berani konfes kat seorang abang yang tak pernah jumpa, like Saya suka awak... Adeehh~ itu double embrassed tau bila dapat jumpa dia depan-depan dan benda ni jadi salah satu isu kami discuss. Haha and Aien terfikir, adakah benda ni akan berlaku kalau junior Aien tu ikut sama? I'm glad she didn't follow me, you know. Deep inside my heart tell me. This is a fate. :) 

Dan bila dia bawak Aien balik kampung dia tu, macam Oh, da** sh**!! Mind my language. Haha Sebab dah double malu dan soooo, nervouse macam benda tu baru semalam berlaku. I do excited cerita benda ni, and keyboard ni pun dah bunyi popcorn tu haa.. 

I hope you gais pun excited la.. haha *support member* 

The ending of story, here we are. 11.12 is our one year ten month anniversary. Yet, I still can't believe he is my husband, my daughter's father. Bak kata kakak Aien, dah keluar dah pun seketul Nyonya Nayla. Segalanya berlaku sekelip mata. Cepat, tup tup nak dua tahun dah kawen. Allah~ masih muda lagi. pucuk jagung baru. Tapi, tu la. I still shy of this moment. Tiap kali balik, senyum sendiri. Well husband, do you remember all of these memories? I am so lucky to have you as my husband. Eventhough our life isn't romantic as all romantic movies, you still my love one. ♥ saranghae. 


Eh~ terkonfes pulak. Dah, itu je nak cerita. Panjang tak? Terima kasih baca sampai habis.. ^^ 


Jumaat, Disember 14, 2018

PENCARIAN BLOGLIST 2019 Mamapipiedotcom

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan.

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Seperti yang mama ada beritahu dalam post sebelum ni, mama ni adalah sejenis yang suka blogwalking. Dan sesiapa yang ada di bloglist mama biasanya akan mama blogwalk dulu dengan syarat blog Tu kena selalu update la ye. Memandangkan dah nak masuk tahun baru aka umur baru bagi mama, maka mama mencari 20 blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist mainpage mama, 

Bagi yang tak terpilih pula jangan lah risau, mama akan buatkan satu page dan masukkan kesemua link yang join segment ni.  dan Semoga dengan adanya segment ni akan membuatkan mama bertambah berkobar-kobar semangat blogging untuk tahun 2019.

Jom tengok syarat-syarat: 

1. Buat satu blog post bertajuk "Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom". Tampal banner di ats beserta link ke post ini.
6. Follow Twitter: https://mobile.twitter.com/mamapipie
7. Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.

Done. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!

Segment ini berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam.


WORDLESS DAY


Khamis, Disember 13, 2018

BELI APA TU PADA SALE 12.12??

Hi~ Assalamualaikum

Remember I told you gais, Aien menang voucher dari Lazada 2 hari lepas. Here I am to story mory dengan u olls apa yang Aien beli dengan voucher tu. Hee~ 

Al-kisahnya, Aien teringin sangat nak beli vacuum cleaner memandangkan rambut ni bersepah merata. Geram sebel bila nak menyapu. Lagi-lagi bila Nyonya Nayla pun sekarang ni dah start selak-selak karpet Ibu. Ado~ tak cukup dengan hanya kibas-kibas je karpet tu. Macam tak cukup bersih je rasa. So, I told Tuan Izwan. I wanna to buy the vacuum. He said, bazir je. Penyapu lidi pun bersih jugak. Haha 

Haa~ dah Tuan Izwan kabo gitu. Kita senyapkan aja la. Sampai la detik dapat voucher ni minggu lepas. Me like~ yeay!! Dapat beli vacuum. Yeay! Yeay! And sale 12.12 is coming. Cun! Tepat pada masanya. Saya suka!! 




Taraa~ usha² yang ni nampak tengah viral di kalangan rakan muka buku Aien. Tengok rating pun macam okay je. So, apa lagi grab la satu. Ikutkan harga dia kalau normal rm75++ la. Jadi dia dah turun la RM10 gitu. Termasuk postage sama jugak harga dia RM75. Pusing-pusing situ jugak kan. Why not grab je satu. Buat percubaan. Sekali dah proceed payment apa semua, Aien masukkan la kod voucher ni tadi, but, Sedih! Shipping voucher ni tak cover. Like, burn je la RM5 haku!! Aien dah la memang tak ada benda lain nak beli. Macam oh, tidak!! 

Bincang-bincang dengan Tuan Izwan, dia kata amek je la. So, dah proceed semua. Tunggu la dia sampai je. Jangan la abang posmen malas lagi nak panjat. Tak larat la nak pergi poslaju je. Haha 

Okay, tu je nak cerita. Till I write again~ 

PS: Nanti dah sampai Aien buat review. hee~ 

Rabu, Disember 12, 2018

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..

Hi~ Assalamualaikum

Bila musim hujan, konfem rasa asyik nak makan saja. Tertiba datang la idea nak buat agar-agar selepas menggali bilik pantry ternampak sebungkus agar-agar tali. Hah~ apa lagi searching next item untuk dicampur semua. Semua ada. Apa lagi, sukat air, campak itu, campak ini. Tara~ dah siap. Senang je kan? 

Malangnya, sebekas besar jugak Aien dapat. Banyak tu. Aien sorang je makan. Mana la orang nak makan agar-agar musim hujan ni Cik Aien oi.. Agar-agar sedap makan time panas lit lit, haa~ marvelous gitu. Nasib la badan jumpa teman yang kurang makannya. Dia bukan tak makan, cuma tak berapa. Cuba kalau kena feveret dia, amboi tak toleh kiri kanan naa~ Kalau Aien.. apa aja bedal. haha

Macam biasa la, masa progress buat benda ni, Aien lupa nak ambil gambar. So, tengok je la yang dah siap. 

 
Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan milo

Cara-caranya: 

1. Masak agar-agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu cair. Kemudian, dah sebati boleh ditutup apinya.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. -milo -susu
3. Kemudian, susun la ikut suka.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.



Senang kan? Pejam mata boleh buat. Ada setengah orang suka campur dengan tepung jagung sikit. Tapi bagi Aien, itu dah jadi puding dan tak la berapa gemar.

So, agar-agar ni la buat santapan pagi. Sambil masak, letak agar-agar ni dalam pinggan beberapa ketul. Buat alas perut dulu. 

Yang atas tu jangan ditanya kenapa berketul, sebabnya Aien p sejukkan depan kipas. makanya, dia sejuk cepat. Dengan yang dalam jag pun sejuk. So, sambil tuang tu tapis la kalo tak nak dia berketul. Ni untuk makan sendiri, kisahkan aja rupa dia macamana. Janji sedap! By the way, masa dia tengah disejukkan tu, Aien cicip rasa dia macam kurang manis. Sekali bila dah sejuk, wow~ cukup rasa. Macam biasa la, Aien ni suka benar derhaka pada resepi. Haha 

All the best you all yang nak mencuba. ^^ 


Till I masak again~ 

Selasa, Disember 11, 2018

NEW ADDICTED! GAME RAGNAROK M ETERNAL LOVE



Hi~ Assalamualaikum | Oh no! Habis laa~ Mula-mula tengok Tuan Izwan main. Macam best je. Dia kalau jumpa game best, memang leka. Pahtu tanya, 
'Banyak makan space tak? Okay tak game dia? Macam ML?' 

Banyak kan soalan. Sebab Aien noob main ML, so tanak game macam tu. Ahak~ Lagi-lagi PUBG, lagi bertambah noob. Game smartphone ni memang popular di kalangan remaja zaman sekarang. Kadang-kadang mak budak ni nak la tau apa yang best sangat sampai deme ni tak nak keluar bilik bagai. Sampai makan pun tak kisah. Hadeh~ laparnya. 

So, bila Tuan Izwan dah menjawab semua soalan Aien kat atas tadi, Aien pun muat turun games tersebut di google play store. 


Mudah saja kan? Game Ragnarok ni makan sebanyak 1.3GB space dalam telefon pintar kita. Selebihnya Aien malas nak story pepanjang. Better orang yang lebih arif atau kalian suka nak google-ing this game, silakan. hee~ 


Bila dah settle muat turun, akan jadi macam ni. Well INI BUKAN ENTRY TUTORIAL HOW TO PLAY THIS GAME. Cuma nak cerita how addicted Aien for past week for this game. haha 

Sekarang dah level 53 kalau tak silap, sejak balik dari kampung MIL yang sendu line, Aien pun malas nak bukak. Makin susah nak naik level. 


Ini la muka depan permainan tersebut. Haa~ dia macam best la jugak, but bila ngajak adik ipar dia kata macam bosan je game ni. Haha 

Aien main pun sebab game ni boleh kena tinggalkan, unless kita tengah buat mission or apa² quest. Kena la tengok kejap-kejap. Tapi, WARNING! AMARAN KERAS! Game ni laju makan bateri!! 



Tidak!! Masa Aien tengah farming, nak kumpul item untuk quest, Allahu~ sepanjang malam biarkan dia charge, langsung tak naik! Like, WHAT???  Terus Aien terdetik, Oh tidak, handphone aku ni dah nak nazak, makin aku pendekkan umur dia. haha terus macam, Biar je la. Bila dah boring sangat, mood nak main balik baru main. Tapi, jeles jugak tengok Tuan Izwan main. Sekarang ni, ada satu kat telefon, satu dia pasang kat laptop. haiyoo~ Dahsyat kan penangan game ni. Dia kata sambil main sambil terkenang la zaman dulu. Kalau nak main game macam ni, kena pergi kedai pc dulu, baru dapat main. haa~ gitu..  

Gais~ kalau nak cuba main boleh la. haha tapi, kena sediakan quota internet kaw-kaw la kalai nak download. Melainkan anda pengguna u-mobile. hee~

Kbai. 

Isnin, Disember 10, 2018

MENANG HADIAH! BLESS ME~


Hi~ Assalamualaikum | Yeay, happy Opening of December. Siapa tak happy bila holiday month is coming right? 

Patutnya benda ni Aien cerita as soon as possible bila dah dapat, but me kinda urm.. tak ada idea selain nak ucapkan terima kasih, xie xie, kamsahamnida, thank you, arigato! 

1. 

Hadiah dari Giveaway by Cik Puan Rrai. OMG~ Finally it's here. Selepas abang posmen retour balik barang ni, dan dia assume Aien tak ada kat rumah masa tu, sedangkan ikutkan rasa date dan jam yang dia kata sampai depan rumah tu, Aien ada ja dalam rumah. Tapaham~ Last, hari Khamis baru pergi ambil lepas Tuan Izwan balik kerja. Aien like sangat tudung bawal dia~ Nice. Nanti bila Aien dah pakai, Aien share kat iG k~ ^_^

2. 


Terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk 3rd Lucky Draw Prize untuk Lazada Blogger Contest! Wow! Double wow. Sebab untuk kesekian kali Aien join, ini kali pertama Aien menang. Alhamdulillah. Rezeki. Walau tak dapat yang gempak² hadiah dia, still RM75 ni, Aien dah berangan nak shopping masa 12.12 nanti. Beli apa, nanti kita cerita. Yuhhuuu~ 

3. 

Alhamdulillah, Aien menjadi salah seorang komentar top di blog Kak Shikin Razali dan terpilih mendapat hadiah saguhati darinya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih kak~ Akak ni memang selalu kasi pada mereka yang sering singgah dan komen di blog beliau. Semoga rezeki beliau bertambah atas kebaikannya. Aien nak buat macam ni pun masih terfikir-fikir lagi. Namun, semoga kalian tak jemu singgah yaa.. 


Itu saja, rezeki nak dikongsikan dengan kalian. Alhamdulillah orang kata pembuka bulan cuti yang sangat baik, tapi, tu la. Emosi ni pulak swingy tahap kelapan. Tak tahu la manusia jenis apa ni. Haiyaa~ 

Till I write again~