GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BY CIK PUAN RRAI

Rabu, September 19, 2018
Hai Hai Assalamualaikum w.b.t

Hadirnya saya di sini ingin mengikuti giveaway yang dilangsungkan oleh teman lama blogger cik puan rrai yang kini berbadan dua. Tahniah Rrai~


Makanya, Aien nak share serba sedikit tips yang Aien dapat masa Aien berbadan dua yang lepas.Walaupun baru anak sorang, nak juga la share sebab sekarang turn mak budak-budak 90-an pulak amek pengalaman how to be a mother. Of course there will be a lot of orang cakap, orang pesan, petua orang tua. As we yang berjaga-jaga, dengar la k. 

1. Never pass apa-apa barang melalui tingkap. -Pesan nenek joyah 

- Sebab bimbang if kenan anak juga turut keluar ikut tingkap. Pantang larang aja ni. Mau ikut ya, alhamdulilah. Tamau ikut pun buang aja rasa gundah in shaa Allah anakmu baik-baik aja. :)


2. Jangan minum air kelapa, tebu, nenas awal pregnancy dan dibolehkan minum air kelapa selepas 7 bulan preggy. 

- Sebab ketiga mereka ini tajam. Even dah 3 bulan nak masuk 4 bulan pun in laws Aien tak kasi minum/makan tiga benda ni. Semalam termakan sikit nenas yang dalam campuran buah-buah tin tu, pheww..  Ngilu sengal bawah tu. So, caution for diri sendiri la kan. Dibolehkan minum air kelapa tu untuk memudahkan proses bersalin nanti. In shaa Allah. 

3. Jika anda ada anemia semasa mengandung, banyakkan makan buah-buahan dan kerang. Kurangkan makan organ dalaman binatang. 

- Alhamdulillah Aien selamat tiada darah rendah. Walau di buku pink Aien ditanda sebagai anemia patient. Ada sekali turun sampai 10. Misi dah bising. Aien ajak husband cari buah delima, RM10 dua biji. Buleh laa. Makan or buat jus. Yum yum. Tak payah letak gula pun dah manis. Aien masa ngandung selera makan kurang. So, Aien bedal buah-buah je as delima, anggur, dragonfruit and etc. Jangan sebab kurang selera makan, terus langsung tak makan. Kang kena marah dah 28 weeks, baby baru berapa naa berat dia. Bab makan ni, banyak pun salah. Tak makan pun salah. Haa~ haaa makan la selagi boleh. Apa rasa tekak nak makan, makan la segera. Nanti lepas bersalin banyak lagi pantang dia. *face palm*

Apa lagi yek? Cik Puan kita ni dah berapa bulan agak-agak yek. Heee~ entah kenapa lepas dah alami semua, Aien excited dengar dorang yang mengandung ni. Well...  Macam mak-mak excited. Haha 

4. Be active during last pregnancy. Be safe for whole pregnancy. 

-again. Untuk mudahkan bersalin. 

5. Bila dah sakit contraction (final contraction), please jangan ikat atau sepit rambut. 

- Sebab ini petua orang lama, kalau kita sepit or ikat katanya bukaan jalan kita lambat. You know 'jalan' kan? Sahih tau ni. Ramai dah kawan-kawan buktikan tips ni. Dan Aien juga. Misi pun akan ingatkan kita tau. Itu pun kalau dia ternampak rambut kita bersanggul. haha Kalau tak, tak de dia nak tegur tetiba. 


PS: Aien tak kena minum air gula tak tau sebab apa, but during my pregnancy semua baik-baik aja dong. Alhamdulillah. Good luck Rrai and baby for this lovely journey. 

Bagi mereka yang menyertai... Selamat mencuba~ 








14 ulasan

  1. hahaha pesanan joyah first tu kelako. tapi kekadang ada sebab kan pantang larang tu. yang penting bergantung kepada Allah lebih kan. good tips :D

    goodluck! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Orang tua pesan selalu ada sebab. Kita orang muda la ni suka nak mempersoalkan khurafat ke idok. haha nak ikut ya udah, tamau diam-diam ja.. haha Nenek joyah marah ni. haha

      Padam
  2. Nice sharing Aienie.. Semoga berjaya..

    BalasPadam
  3. good luck
    singgah sini
    https://mummysupplementshop.blogspot.com/2018/09/giveaway-tudung-bawal-by-cik-puan-rrai.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤