Rabu, Oktober 31, 2018

DRAMA SERIES: CHILLING ADVENTURE OF SABRINA (2018)

Hi~ Assalamualaikum 

Happy Halloween? hee~ kalau ingat barat, the end of October is Halloween day. Nak cerita panjang-panjang pun kind of tak berapa nak tahu sangat, so just assume it's the day kids collecting their candies with wearing a horror custome. Nah~ Should it be nice isn't? 

Sempena Halloween ni juga Aien terhabis tengok cerita yang baru saja tamat or tengah ditayangkan di Netflix called CHILLING ADVENTURE OF SABRINA. 


Title: Chilling Adventure of Sabrina
Genre: Drama, Fantasy, Horror
Channel: Netflix
Episode: 10 
Duration: 1 hours 20 minute
Cast: Kiernan Shipka, Ross Lynch
Sinopsis: As her 16th birthday nears, Sabrina must choose between the witch world of her family or the mortal world of her friends; based on the 'Archie' comic. 

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇ Aien Review ◆◆◆◆◆◆◆◆◆

When Aien watched this series, kinda creepy jugak sebab Aien ni sebenarnya penakut! Adeh~ eventhough cerita Munafik 2 pun Aien tak tengok lagik, apatah lagi cerita creepy macam ni. Mesti korang wonder eleh, cerita omputih boleh pulak layan.. Meh Aien jawab sikit, sebabnya cerita ni tak la seseram mana kecuali latar belakang pekan Greendale tu yang semacam seram je. Selebihnya tak ada la seram. Time dia tunjuk muka Mother of Demon pun Aien skip, hey~ nampak tak penakut dia. ^_^||

Over all cerita ni boleh la ditengok. Lagipun banyak dah cerita adaptasi Sabrina ni such as Sabrina the teenage Witch, or etc. Senang kata dia mungkin dari komik lama kot, tak ada pulak Aien belek dulu sebelum review ni, Lagipun pengubahan cerita ni membuatkan kita wonder apa pilihan Sabrina sama ada stay as mortal ataupun jadi witch. Iapa la tak nak punya kuasa kan. Tapi Sabrina ni dia lain stil dia end up choose what is matter for his beloved. So, nak tengok tak? Subscribe saja di Netflix selama sebulan free. Ataupun, tunggu la kat mana² laman pirate. hee~ 

Oh ya~ hari ni merupakan hari terakhir dalam bulan October, moga esok datangnya esok membawa lembaran baru untuk kita. Masuk bulan baru bermakna, 2018 hampir melabuhkan tirainya. Guess world moving so fast now.. •﹏• 

Till we meet again.. 








Selasa, Oktober 30, 2018

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SYFQHAZHR.com

Hi~ Assalamualaikum w.b.t

Agaknya sempat la kot join giveaway last minute ni. Hee~ tengok² asyik lupa je. Maklumlah, sel-sel banyak putus dan padahnya kelupaan gitu~ 



So, If ada luck dapat la planner untuk next year.. Hee~ Ritu berangan nak beli teme punya handmade planner.. Tapi lupa(lagi), makanya ber-huhu- la kita. Terbang la planner terbang la angan kata nak selalu menulis segala hikayat hidup sang pendosa ni . Eh~ apa ni bebel merapu ni.. K bai.

Kalau sempat join, join la yek.. esok date line dia. Hee~ kBai




Isnin, Oktober 29, 2018

BABY TANTRUM? AND YOU GONE CRAZY....

Hi~ Assalamualaikum w.b.t 

It's Monday guys and one day before November and seem like 2018 will leave us soon. And yet we still here buddy~ yeah! Need to move.. Shush shush... 

Anakanda Aien terchenta dah masuk lima bulan pada 22 Oct ritu. So, every month her tantrum will changed. Alhamdulillah bulan lepas, dia sangat baik. Wallahi~ tak tipu. Aien sendiri senang hati la nak jaga dia. Nayla such a good girl since she born. Masa dalam pantang eventhough ada masa dia nak nangis, tapi laju je ayah dia ambik dan take care dia. So, tak ada tension sangat. Malam pun jarang berjaga sangat. Kalau pesen tido lambat tu, adakala sebel jugak la tengok. But, bila fikir-fikir balik, it's just fine. She just doing great. Harap la sampai ke besar dia gitu. In shaa Allah senang hati. Sejuk perut gitu. Tapi, orang kata setiap anak ni berbeza. Mana tau bakal adik Nayla nanti.  Masya Allah~ standby aja duhai diri ya.



Mesti korang hairan, Tajuk lain tapi kenapa intro si nayla ni okay je? Adeh~ since she got in to five month, she began to explore everything. About her eyes looking everywhere, her body can't stop rolling even I was tried to change her diaper. And the most important she learn how to demand. ::>_<:: Me and husband like? Allah~ time maghrib tu la dia nak tido and guess what she do? Scream and cry in the same time. It's maghrib. Tapi, bila dah susukan dia and she slowly lost into her tiredness. Haiya~ ini budak haa... Ibu lost word tahu. Lagi bila dia lepas cucuk hari tu, Tantrum dia... mangai~ masak Ibu dia ni. Apa pun tak buleh buat sebab asyik nak cuddle dia je. Paling tak pun be with her. Haa~ kita ni banyak benda nak buat ketepikan la demi si anak terchenta.  termangu je la sampai tengok drama beribu episode gitu. Udah ler time dia tido, ingat buleh ler but kerjo tu. Idok... Tak serupa ler apa yang kamu bayangkan. Langsung tak boleh gerak. Duk la situ sampai dia rasa cukup dah tido dia. Kalau gerak jugak.. tunggu la padahnya. 

Adooo~ Nayla nayla.. Ibu kau ni bebel kat sini je la yek..  Nasib la Aien dah follow siap-siap telegram Nota Parenting Taufiq Razif tu. Banyak benda boleh belajar dalam tu. So, untuk jadi Ibu yang awesome we must keep in our mind these tips.. 


Semoga kita sama-sama jadi Ibu Bapa yang positif dan kurangkan kes-kes yang tak enak telinga nak dengar. Zaman siber la ni semua benda di hujung jari . Tinggal nak cari je semua tu. Luckyly, he always posted in facebook. I don't know if twitter ada ka tak. So, moga Allah permudahkan urusan kita untuk didik next generation to be a good and awesome generation. 

Till I write again this rant about her..  









Ahad, Oktober 28, 2018

NEW PHASE -maybe....

Hi~ Assalamualaikum

How are you doing this Sunday yaa? Pergi bercuti sekejap ke atau duduk di rumah saja? Aien harap kalian baik-baik aja ya. Banyak benda berlaku dalam sebulan dua ni. Walau nampak Aien sibuk update konon tengok drama itu, movie ini. Al-sebenarnya itu cuma membawa diri jauh dari memikirkan benda yang kadang-kadang tanpa sedar menjadi stress pada seorang suri rumah macam Aien ni. So, orang kata escape from the reality gitu.. Tapi, jauh mana pun cuba nak tenggelam dalam semua tu, Aien tetap kena berpijak pada yang nyata. My new house try to make it look homie, my jobless try to improve our finance, and biggest fear is me getting fatter then before. الله~ 

Adeh, kebenaran selepas beranak dan you are breast feeding mum and more important is un-job person. Haa~ semua makanan saja buat kau hilang dari semua tekanan yang jelas. Demi untuk tak menambahkan stress, Aien cuba la buat entry untuk bertanya pada rakan-rakan rajin singgah ni, boleh tak tolong Aien untuk move forward to new phase. 



That it's my new phase, and I really need help from you guys. tolong bantu-in aku doang~ bisa jawabin beberapa soalan ni. 


1. If you do have any suggestion about doing online bisnes like anything can you tell me? 

2. Should I proceed being full time blogger and keep focus on these thing? 

3. Bila nak focus 200% kat blog, what is the first step? 

Aien berharap sangat ada yang sudi singgah tu, sudi la tinggalkan pesanan untuk diri ni. I have no clue to start and ...  apa yang penting untuk majukan diri ni. 😢 please help me.... 
p


ps: I do take note kalau ada yang bagi suggestion, nasihat dan apa-apa aja untuk bantu diri yang hampir kehilangan jiwanya. 😔

till we meet again~ 











Jumaat, Oktober 26, 2018

BOOK REVIEW: JOSH and HAZEL's GUIDE TO NOT DATING

Hi~ It's me here.. 

Haa~ gais buat apa tu? TGIF yek.. Minggu gaji pun yer.. ngajak la family keluar makan. Bagi yang belom lagi tu jangan sedih jangan duka kerana minggu mu belom tiba. Eecceehh~ apa ni.. Saja nk menyakat hangpa sebelom ni pengenaikan buku ni. Haa~ asyik cerita pasai drama la, movie la. Kadang boring jugak. Meh la kita membaca pulak. Generasi membaca pun dah makin pupus la ni, masyarakat pun kadang malas nak baca. Tapi korang tak la kan.. sebab korang rajin membaca la suka tulis blog. ye dak? ^O^ 


Tajuk: Josh and Hazel's Guide To Not Dating
Penulis: Christina Lauren
Muka Surat: 204
Genre: Romance
Sinopsis: 
Most men can’t handle Hazel. With the energy of a toddler and the mouth of a sailor, they’re often too timid to recognize her heart of gold. New York Times and #1 international bestselling author Christina Lauren (RoomiesBeautiful Bastard) tells the story of two people who are definitely not dating, no matter how often they end up in bed together.

Hazel Camille Bradford knows she’s a lot to take—and frankly, most men aren’t up to the challenge. If her army of pets and thrill for the absurd don’t send them running, her lack of filter means she’ll say exactly the wrong thing in a delicate moment. Their loss. She’s a good soul in search of honest fun.

Josh Im has known Hazel since college, where her zany playfulness proved completely incompatible with his mellow restraint. From the first night they met—when she gracelessly threw up on his shoes—to when she sent him an unintelligible email while in a post-surgical haze, Josh has always thought of Hazel more as a spectacle than a peer. But now, ten years later, after a cheating girlfriend has turned his life upside down, going out with Hazel is a breath of fresh air.

Not that Josh and Hazel date. At least, not each other. Because setting each other up on progressively terrible double blind dates means there’s nothing between them...right?


Okay sinopsis tu Aien copy je dari google book. Cause I don't know how to pendekkan sinopsis dia. Hahaha

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

MY REVIEW: 

Mula-mula baca tu dah menarik. Aien saja ja try baca cerita ni semalam. End up Aien boleh habiskan dalam beberapa jam sahaja. Well, Best kot. Sambil nyusu anak, sambil buai anak, dah dia tido, baru boleh fokus. Haa~ gitu.. 

Hazel ni bright personaliti, dan Josh pulak kind of Mr.Perfect gitu, somehow dorang klik bila bersama. Apa orang kata, ada kimia di situ. 😂 

Lagipun bila tengok review majoriti dan tak dinafikan Christina Lauren ni memang BEST NEW YORK AUTHOR dan karya dia punya banyak. Buku ni baru di-realise-kan September yang lepas. Kira latest book dia la. Rasa hampir 30 jugak karya Christina ni. Masyuk idea dia. 👍 Thumbs up la. 

Kadang-kadang kita perlu berubah angin bila terlalu fokus dengan satu benda kan. Bosan menonton kita membaca. Dah tak buleh nak hadam segala bacaan, kita mengaji. Eh~ gitu. oK, sebelum Aien membebel merapu, bagus jugak berenti menaip ni. Penat jugak menaip kat phone je. Bagi mereka yang komen² kat entry Aien, thanks, tapi Aien tak dapat nak reply on phone somehow dia macam tak keluar. Sedih laa~ tunggu bajet baru ada idea nak beli theme baru. Okay, hari pun nak hujan. Moh kita lena dengan anak sat. 

Selamat membaca uolls.. 



Khamis, Oktober 25, 2018

J-MOVIE: DAYTIME SHOOTING STAR

Hai~ Assalamualaikum w.b.t 

Asyik tentang chinese drama, kali ni Aien nak share pasal movie Jepun yang Aien tengok dua minggu lepas kot. Maaf ler, ini je cari nak aktifkan blog sebab Aien pun banyak tengok drama, movie untuk hilangkan bosan menyusukan anak. Ha Ha Ha


Title: Daytime Shooting Star
Bahasa: Japan
Genre: Romance, Teen
Cast: Mei Nagano, Shohei Miura, Alan Shirahama
Sinopsis: 
Suzume Yosano (Mei Nagano) is a first grade high school student. She lived in the countryside, but, due to her parents transferring overseas for work, Suzume now lives in Tokyo with her uncle (Ryuta Sato). Suzume has never had a boyfriend before, but she has feelings for her homeroom teacher Satsuki Shishio (Shohei Miura). Meanwhile, her classmate, Daiki Mamura (Alan Shirahama), becomes attracted to Suzume.

REVIEW AIEN

Aien jumpa movie ni masa tengok apa ntah kat youtube. Pahtu ada orang tu dia macam buat fanmade MV la based on movie ni. Baca komen semua dorang kata cerita ni best. Lagi menarik movie ni adaptasi daripada manga. Biasa kita drama semua adaptasi daripada novel kan, dorang belah sana suka adaptasi daripada manga dan juga webtoon. Hee~ Aien apa lagi, try la layan cerita ni. Mula-mula kind of boring jugak. Ingatkan dia kena buli ke baru dia jatuh cinta dengan hero-hero ni, tapi tak. Mamura tu duduk sebelah Yosano ni dan cikgu dia tu kawan kepada pak cik dia. Haa~ klise kan? Realiti ada ke yek? Dorang Jepun selalu juga Aien tengok buat drama ke movie yang student bercinta dengan murid macam Biniku Cikguku. Haha Eh~ macam familiar pulak tajuk tu. Ada ke?? *keep thinking*

In the ending, guess Yosano bersama dengan siapa?? Hee~ nak tau kena tengok la kan... Macam biasa, klik saja pada gambar di atas. :)



Selamat menonton..




Selasa, Oktober 23, 2018

C-DRAMA: ETERNAL LOVE


Chinese Drama: Eternal Love | Pecah rekod Aien bersengkang mata gigih menghabiskan drama lebih daripada 30 episode. Pergh! Ingat tak korang yang Aien pernah share tentang ONCE UPON A TIME yanh menceritakan pasal eternal love yang menyebabkan tiga kali kehidupan semula tetap cerita cinta dorang sedih? Okay kali ni Aien nak share version panjang iaitu drama dia. Sedih tetap sama even different actor and actress. 

Tajuk: Eternal Love / Ten Miles of Peach Blossoms / Three Lives Three Worlds
 Episod: 58 
Durasi: 47 minit 
Genre: Melodrama, Romance, Action, Fantasy
Barisan pelakon: Yang Mi, Mark Chao, Dilraba Dilmurat, Gao Wei Guang, Vin Zhang, Huang Maggie
Sinopsis: 
 A couple who fall in love, despite obstacles set from last generation, they overcome to be together for eternally. 


°Review Aien°

Berdasarkan daripada tajuk dan sinopsis yang diberi, drama ni sangat sedih. Dan Aien pun dah tengok movie punya version (okay ini spoiler) so Aien dah boleh agak jalan cerita kasar dia macamana. Tapi, yang best untuk drama dan menambah rencah untuk penonton always vote cerita ni adalah the most best a.k.a must watch chinese drama 2017 adalah mungkin sebab kisah Lord Dong Hua Dijun and  Qing Qiu's Bai Feng Jiu kot. Rasanya la kan. Memang cerita cinta Hero (Mark Chou) dan Heroin ( Yang Mi) best, tapi Feng Jiu dan Dijun punya unfated love lagi on fire. gitu~ Itu agaknya Aien gagah dan gigih tengok sampai habis 58 episode. Fuh~ dah habis lega rasanya dan tak sabar nak share dengan korang supaya korang pun terpengaruh sama. 😌 
Three lives in Three World. Bai Qian, Queen of Qing Qiu menjalani achestor trial dia dengan menyamar sebagai pengikut kepada High God Mo Yuan di Khunlun Mountion yang hanya menerima pengikut lelaki sahaja. So beribu tahun berlalu, dorang hadapi konflik dengan Ghosy Tribe dan perang~ and somehow High God Mo Yuan korbankan jiwanya untuk kunci Ghost Lord yang busuk hati. Pahtu meratap la Si Yin (Bai Qian undercover) selama beribu tahun lagi. Sampai masa Ghost Lord tu hampir dapat lepaskan diri, Bai Qian korbankan diri dia untuk seal balik Ghost Lord ni, tapi dia terpaksa ke dunia Manusia untuk hadapi High Goddess trial dia untuk relationship. Huwwaaa~ mula sweet gitu. Comel Mark Chou a.k.a Ye Hua (rebirth of Mo Yuan). adoo~ Punya sedih sampai Aien sob sob sorang tengah malam. Sebabnya Ye Hua kawen dengn Bai Qian mortal ni tadi yanh dinamakan Su Su dan dorang ada anak tapi Celestial Tribe sangat pandang hina pada mortal ni. Disebabkan salahfaham Su Su terjun Zhu Xian Terrace, dan dia kembali menjadi Bai Qian. Sedih sangat kisah cinta dia, Bai Qian minum amnesia potion. Ok, ni base cerita dia. haha Panjang tak? 

Harap sudi la baca yaa... 

Part Dijun dan Feng Jiu tak larat la nak cerita sebab so sweet dan lagi comel. Ha Ha Ha... berdasarkan dari genre, korang janganla amek berat sangat cerita merapu ni  haha 

Okay.. Aien nak cari mood untuk tengok 2nd best chinese drama most watch. 😌 

Korang kalau nak tengok, macam biasa klik saja pada gambar di atas. Selamat menonton~ 



Isnin, Oktober 22, 2018

HAPPY 5TH MONTH ANAK



Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Hari ni 22 Oct, genap la si kecik Aien berusia 5 bulan. Sekejap je rasanya. Macam semalam sakit-sakit kat HSA tu, dah besar dah anak aku. Bila tengok anak orang kecik-kecik masa monthly check up tadi, rindu rasanya dengan dia masa kecik. Time dia kecik dulu, tak sabar tunggu dia besar. Haha Gitu la rasa omak-omak kita dulu agaknya. 

Aien pun tak tahu nak membebel apa di post ni. Bila tengok baby ni comel betul, by the way ini gambar hiasan semata bukan anak Aien yer.. Haha Tapi comel dia macam ni la. Timbang pun tak berapa nak naik sangat sebab Ibu dia asyik makan benda merapu bulan ni. Haha 

Okay tu je. Nayla dah jerit-jerit nak tido. Bulan ni apa lagi ragam dia yer. Mari kita tengok. Masa empat bulan nak ke lima bulan ni, kemain baik dia. Alhamdulillah senang nak jaga. Cuma dia tak boleh Aien jauh. Jauh... na na na Ternyanyi Potret pulak. Eh iye ke? Yang lagu Akim tu... Alaa~


K terbebel panjang pulak. Ada masa Aien update lagi bebelan ni K... Good Night Uoolllss~ 

Rabu, Oktober 17, 2018

SEGMEN SAYA NAK BUKU FREE BY CUYA

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 


Kali ni Aien malas nak bebel panjang-panjang cuma nak kabo kat kome semua, meh la join segmen buku free by cuya ni. Aien nak novel baru ni. Tapi dari senarai hadiah cuya ni Aien rambang mata nak pilih yang mana. Haa~ mana-mana saja la cuya.. Aien okay je. 


Apa lagi.. Jom la follow rapat-rapat dan sertai segmen free ni. Orang Malaysia ni suka dengar benda free. ^^

-KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN-



Isnin, Oktober 15, 2018

DRAMA REVIEW: SIREN (2018)

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Warga Johor buat apa cuti ni? Aien tak ada nak ke mana, husband tak berapa gemar jalan masa public holiday atau hari cuti. Biasa la, masa dihabiskan atas jalan saja. Haha  Teringat pulak masa nak tunang dulu. Konon nak p cari cincin masa cuti Hari Buruh, sekali kau... atas jalan saja. Sudahnya cincin entah ke mana, makan pun entah ke mana. Tobat nasuha dah lepas tu. Kita pulak, orang cuti kan.. seronok la nak mengajak orang jalan. Hampeh~ So, dah settle masak, laundry apa semua, moh kita layan drama ni.


Kali ni Aien nak share bukan drama Korean atas mana Asia, tapi tv series orang putih gitu. Biasa drama orang putih ni satu season episode dia pendek-pendek je, tapi tengok la. Kalau cerita tu dapat rating terbaik, dorang akan sambung season seterusnya. Kalau tak, terkubur je la situ. Yang ni pun, Aien dah lama teringin nak tengok. Terlupa pulak bila dia ditayangkan. Alih-alih jumpa kat telegram, bantai download dan tengok. Macam biasa la bila masa Aien dapat tengok. 😄  Anak baru sorang gitu la gaya dia. Kalau next time.. tak akan ada masa nak layan ni. Pandai-pandai la cari 'me time' sendiri. 



Tajuk: Siren
Episode: 10
Durasi: 45 per episode
Bahasa: English
Genre: Fantasi, Mitos, Action

Berlatar belakangkan pekan Bristol Cove yang sangat terkenal dengan kisah ikan duyung. Munculnya seorang gadis misteri menarik perhatin pengkaji marin iaitu Maddie dan kekasihnya Ben. Ikuti perjalanan mereka dalam 10 episode ni. 

Kes malas nak kopipes sinopsis dia. Haha Dengan update entry ni kat smartphone ni, ado.. tak berapa gemar la. Bila dia tak tunjuk apa yang kita taip, sibuk dok tunjuk yang atas tu buat apa. Alih-alih taipo je memanjang. Senget betol. Benda ni pun boleh mendatangkan stress. Haa, bila dah bebel pandai pulak dia. 😒 Itu namanya senget tahu! >…<

Hasil dari Aien menonton drama ni, disebabkan lama dah nak tengok. So tengok je la. Biasa la genre cerita Aien, fantasi. kah! Ingatkan cerita hantu tau sebab dari cover photo untuk drama ni kinda seram. So, suspek macam takut la nak tengok. Alih-alih cerita pasal mermaids yang jadi predator laut. Haa~ sedih jugak la sebab manusia ni tamak. Semua benda dia nak kaut. Habis binatang kat laut tu tak dapat makan. So, dorang naik ke darat untuk hunting. Nasib si Ryn tu berubah. Harap ada season dua sebab ending dia macam tergantung gitu. Apa kesudahan si Ryn lepas kakak dia mati. Sebabnya dia kata tak nak  kembali ke laut, kalau kembali dorang siren yang lain takkan terima dia. Like mitos legends pekan dorang tu, pernah ada kisah bau-bau bacang si Ben tu skandal dengan mermaid and lahirkan anak half human. Tapi masa lahir tu, anak tu sibuk nak transition as mermaid. Bapak tu tadi p hangkut anak half human tu ke hutan. Kata orang dia bunuh anak tu, tapi tak sebenarnya. So..  What happen next tunggu je laa kalau-kalau ada next season untuk cerita ni. Korang nak tengok ke? *thinking* link mana entah nak bagi. Aien download kat telegram je. 😅 Dah habis tengok buang. Hee~ kadang malas nak tengok online, kang data krik krik.. hilang mood nak tengok. Baik download siap. Nak tengok lain hari simpan je dalam ni. hee~ Okay. Pepandai la cari ye... Maafin guwe ndak mampu kasi lo pautannya.  Sekian, Itu je Aien nak bebel cuti ni. Enjoy your holiday..  ♥


Ahad, Oktober 14, 2018

DRAMA REVIEW: FAMILIAR WIFE

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Salam hujung minggu uolls... Buat apa tu hujung minggu yang sejuk ni? Hilang semua mood nak buat laundry bagai. Lastly, lepak dengan anak ja. Sambil lepak-lepak dari termenung menambahkan stress jom la layan drama ni. 


Nama: Familiar Wife
Episode: 16 
Language: Hangul
Duration: 45 minit per episode
Genre: Romantic, Fantasy, Time Travel

Drama ini berkisarkan tentang Cha Joo Hyuk yang dilakonkan oleh Ji Sung dan Seo Woo Jin (Han Ji Min) yang telah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai dua orang anak. Cha Joo Hyuk bekerja sebagai pembantu pegawai di sebuah bank manakala Seo Woo Jin pula sebagai tukang urut. Oleh kerana mereka terpaksa menanggung kedua orang tua mereka, mereka mengalami kesukaran dari segi kewangan. Joo Hyuk merasakan isterinya seorang yang jahat dan tidak memahami tugasnya dan kadangkala dia amat takut dengn isterinya. Woo Jin pula stress kerana terpaksa menguruskan anak sendirian sambil bekerja. Kerana itu dia sukar untuk mengawal emosi amarahnya. Kedua mereka tidak gembira sepertimana keadaan mereka sekarang. Satu hari, Joo Hyuk berjumpa dengan cinta pertamanya, Hye Won yang menyatakan bahawa dia turut mencintai Joo Hyuk dahulu. Kemudian, Joo Hyuk membantu seorang tua dan lelaki itu memberinya dua syiling yang menyebabkan dia berjalan ke masa lampau. Apabila dirinya bangun, dia berada di keadaan yang berlainan dan menyedari bahawa isterinya adalah Hye Won bukan Woo Jin. 



Macam menarik kan sinopsis dia? Aien try tengok lepas drama ni dah habis ditayangkan sebab tak mampu nak tunggu next episode. Cerita yang yang dilakon oleh Ji Sung tak pernah mengecewakan. Last dia berlakon dalam Kill Me, Heal Me. yang Aien tengok. Yang cerita pasal dia dituduh bunuh isteri dia tu, apa kan tajuk dia.. Innocent ke apa... itu Aien belom tengok lagi. 

Aien tengok drama ni dalam masa Aien depressed dengan life Aien sekarang, Hahaha menangis jugak la tengok. Sebab akhirnya Joo Hyuk realize bahawa dirinya yang menjadikan isterinya monster. Depressed kot. dari POV Aien la kan, isteri dia penat sebenarnya. Both of them penat. Isteri dia bekerja, bila balik rumah nguruskan anak lagi. Fuh~ Stress berganda. Yang Joo Hyuk balik kerja berharap isteri dia layan dia macam dulu. Satu part yang Aien stress tu bila isteri dia rendam PS suami dia. Haha Kesian. Dah la dia beli tu kira hutang. Kesian dengan member dia. Sorok-sorok dia main PS tu, sekali Woo Jin boleh jumpa pulak. Okay, kat sini silapnya mereka. Komunikasi. 

Bila Joo Hyuk dah dapat realize yang kehidupan dia berubah, dia punya suka tu kemain. Seronok dapat kawen anak orang kaya, tapi dia sendiri hilang dari mak ayah dia. Orang kata takdir tak pernah salah. Jodoh tak pernah silap, dia keep wonder about Woo Jin. Totally semuanya best la. Macam, lega bila dapat ending yang macam tu. Akhirnya mereka jumpa solusi kehidupan untuk lebih tenang. Well, kau pilih kan. Kau susun la sendiri macamana kau nak kehidupan kau berjalan kan. Gitu... Serius tak? 

I do take serious this kind of drama. Sebabnya penulis skrip takkan dapat ilham untuk sesebuah skrip melainkan daripada kisah hidup yang benar. Kan? Inspirasi gitu.. Cumanya dia garapkan untuk dapat kehidupan yang semua orang inginkan. Hurm... 

Aien pun turut terhibur jugak lepas tengok ni. Macam terubat sikit rasa hati. Timbul idea baru how do I want my life be.. Haa~ So... anda semua nak tengok tak? Supaya anda juga dapat inspirasi macam Aien ni. Lebih-lebih lagi kalau kita baca kat medsoc sekarang, yang single macam takut nak kawen bila dengar realiti kehidupan dah berkahwin ni, yang dah kawen pulak somehow try to broke their marriage. Tak nak cari solution untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik dengan orang yang sama. Bukannya dengan mencari yang baru. Itu kata orang dulu, habis madu sepah dibuang. Bila kau susah disini kau susahkan, bila senang kau tinggalkan. 

Adoo~ Aien stop being emosional. It's just drama. haha Okay guys. Sorry. This is just sikit je daripada hati yang rabak ni. Well.. tengok la drama ni,  anda pasti terhibur. Macam biasa la, pautan untuk drama ni ada saja. Klik saja pada gambar di atas untuk menonton. :)








Jumaat, Oktober 12, 2018

ADA APA DI WEBTOON?

Hai hai Assalamualaikum w.b.t 


Haa~ uolls.. Bila Aien ada mood dan idea nak menulis, memang akan terus menulis je. Hee~ memandangkan anak ni tak bagi Ibu lepas masa dia tido.. So, kita temankan aja. Nasib baik kerja ada sikit lagi tak selesai. Tak apa, take your time untuk relax. Sambil-sambil tu, update la blog yang kadang rancak kadang sendu ni. Haha 


Ada apa pada Webtoon? Do you guys know what is it webtoon? Ever heard of manga? Or perhaps cartoon? or Is it same as Anime? These word sound unfamiliar yet I seem know a little about these term. 

Webtoon vs manga - lebih kurang sama bezanya Manga is word from Japan I think. Webtoon kinda Web- toon. Haaa~ dia macam komik online la gitu. Webtoon ni biasanya famous di Korea Selatan dan sekarang merebak di seluruh dunia. Macam virus pulak kan? Webtoon ni boleh dikategorikan bahan bacaan online yang tak berapa nak ilmiah la. Untuk suka-suka boleh, nama pun komik. Ish~ apa laa.. 

Aien mula mengenali dunia Webtoon ni sejak Aien pakai smartphone samsung. We all knew that Samsung is came from Korea Selatan. So, everything apps inside that smartphone majoriti is apa yang Korea ada walaupun tak semua. Macam LINE. LiNE is kazen mazen Whatsapp dari Korea. Eh~ apa ni bercerita pasal apa pulak dah ni?? *face palm*

So, senang kata sejak tahun 2014 gitu Aien dok follow comic² kat Webtoon ni. Hmm.. Hampir empat tahun gitu. Pada sesiapa yang suka baca comic, boring-boring tu boleh la ngadap sekejap webtoon ni. 


Anda boleh menjumpai Webtoon ni di Google Play Store. Seperti gambar yang tertera. Dalam apps ni ada macam-macam webtoon yang menarik. Depends pada genre anda suka baca. Pilih la dari top reading sampai la ke discover. Biasa kalau discover tu, penulis dia dari negara selain dari Korea. Ada yang best, ada yang cute lukisannya. Ada yang hurm...  😅 dan Itu juga terpulang pada anda. 

Kalau Aien, Aien dah subscribed hampir 20++ webtoon daripada top reading dan juga discover. Biasa la kalau genre Aien ni, fantasi,unique,romantic dan action. 

Moh tengok Top Five Aien dalam webtoon ni. :)


1. True Beauty by Yaongyi
- Comic ni baru lagi. Dalam belas jugak episode dia. Storyline best. As tipikal high school girl want to be pretty so that she can be excuse for bullied. And all she learn about beauty are from Youtube. Naa~ budak² sekarang kan pandai. 😌  Komik ni dikemaskini pada setiap rabu.


2. All time favourite - Super Secret by eon.
- Dengan tagline everyone has their secret, mengisahkan Ryan, jiran sebelah rumah adalah seekor werewolf. Haa~ macamana tu? Komik ni jugak dikemaskini pada setiap rabu.


3. Let's Play by Mongie
-Aien still tak tahu why I read this webtoon. haha Tapi serius lukisan dia cantek! Aien suka sangat. Webtoon ni cerita pasal gamers I think. 😅 Baru berapa episode naa~ nak tengok apa kisah Marshall yang merupakan pengkritik games dan Sam, game creator. Webtoon ni dikemaskini pada setiap Selasa.


4. Age Matters by Enjelicious
- Kisah antara 29 y/o girl yang baru lost her job dan CEO blind date apps LIME, Daniel Yoon. Haa~ age matters right?  Webtoon ni dikemaskini pada setiap Sabtu. Dan ini salah satu webtoon yang Aien jumpa di discover. Sekarang sedang slowly to top reading dalam genre romance. 


5. Last But not least, Unordinary. by Uru-chan. Webtoon ni dah lama dah kot. Bila la nak jumpa ending dia. Bila la si John tu nak tunjuk kuasa di sepenuhnya. Dan petition untuk John stop using hair gel still going. Hurm.. Panjang lagi ni. Jauh lagi perjalanan si John, dalam mengenali kuasanya.  Webtoon ni dikemaskini pada setiap khamis.  




Fuh~ Lima saja yang top reading Aien. Kadang nak baca tu, adeh malasnya. Tapi rasa sayang kalau tertinggal. Kadang Aien saja re-reading balik. Saja. Hee~ okay la. Apa webtoon feveret korang pulak? 

Rabu, Oktober 10, 2018

HINDI MOVIE: BAREILLY KI BARFI



Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Kabare uolls? Seminggu Aien hilang ye.. Maafkan Aien kerana terlalu sibuk mengawal emosi yang baru nak stabil malam tadi. Well, dalam tempoh tu, banyak jugak movies dan drama yang Aien layan untuk alihkan diri dari terlalu fokus dengan emosi dan penat sendiri. Bila mental tak okay, kerja satu apa pun tak jalan. Terapi Aien sekarang ni deco² rumah pun tak berapa nak masyuk sebab sebab... tak jumpa mana yang berkenan. 😁 So, terapi yang paling senang is hiburkan hati kau dengan drama yang ada. 

Berdasarkan tajuk... eccceeewaaah~ di atas ni, Aien nak story pada uolls bolly movies yang Aien tengok dua minggu lepas. Haa~ korang yang sabtu lepas lepak² kat rumah mesti tengok cerita ni. Best kot~ bagi Aien yang dah lama tak tengok hindustan. Haha Tak ada geng nak tengok tu yang tak best. Alih-alih boring, terbuka hindustan tv3 and tengok la. Tapi tak dapat tengok habis sebab rebut dengan husband nak tengok I Can See Your Voice Malaysia kat ntv7. Redha je la dapat tengok separuh. Untuk habiskan, Aien download kat telegram. 😌 



Bareilly Ki Barfi yang berlatar belakangkan Bareilly dan mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Bitti yang berjiwa bebas yang hidup dengan gayanya tersendiri termasuk tidak tertekan dengan isu perkahwinan. Namun, hidupnya berubah selepas bertemu dengan Chirag Dubey dan Pritham Vidrohi. 

Nampak menarik bukan? Mari kita baca dari sudut Aien pulak selepas menonton cerita ni. Yes~ Aien kasi 4/5 bintang dari kebanyakan cerita bollywood sekarang ni. Jalan cerita dia unik. Seolah ada seseorang yang bercerita pada kita how's Bitti dan Chirag serta Pritham ni bertemu. Seronok. And tak ada pressure sepanjang jalan cerita dia. Plus komedi gitu. Ingatkan cerita ni tipikal cerita cinta tiga segi, naaa~ bukan ... Ingatkan Pritham nak tikam belakang si Chirag tak bukan jugak. Adeh~ mana satu ni. Tapi, cerita ni tetap berakhir dengan happy ending. How's romantic comedy story yang tak berakhir dengan sedih kan? haha

Best. Best. Best. Aien berani cakap laaa, orang yang free spirit will love this movie. Errr..  unless you all to picky to choose what the best in story right? Kata nak enjoy, so enjoy the story. Feel the romantic. haaa~ gitu..

Nak tengok ke? Kejap.. Aien share link telegram. Sesiapa yang ada telegram tu, boleh la download tengok. Secara atas talian, Aien tak pasti macamana. hee~ Kalau kdrama or Asian movies tau laa.. Edited:: Aien dah share link dia. Still tak dapat pulak nak sambung ke pautan. So, you guys sendiri la cari. hee~ sesiapa ada telegram boleh follow @RickyChristanto untuk movie ni. Sekian.

Selamat menonton..

Khamis, Oktober 04, 2018

DRAMA REVIEW: MY ID GANGNAM BEAUTY

Hai Hai assalamualaikum w.b.t

Bulan ni banyak pulak Aien share pasal drama la movie laa... And kali ni pun Aien nak share pasal drama. haha tapi kali ni k-drama.  



Drama My ID Gangnam Beauty ini merupakan adaptasi daripada webtoon yang mendapat tarikan di Korea Selatan. Hakikatnya kalau kita tengok, drama ni realiti dorang kat sana. Ada duit boleh la nak ubah muka sana dan sini. Tak ada, pasrah je la. Kes buli pada mereka yang kurang cantek ni sangat la tinggi. Sedangkan cantik tu subjektif kan? 

Drama yang berdurasi selama 45 minit ini mempunyai 16 episode sahaja. Kalau fokus sambil susukan anak, dua tiga malam dah habis. hee~ Kadang-kadang skip jugak. Haha teruk kan? Tengok drama, tapi main skip skip. Yadoi..  Drama ni juga dibintangi oleh Cha Eun Woo yang merupakan ahli kumpulan ASTRO. Eh~ bukan astro tv tu.. Haa~ kumpulan kpop bernama ASTRO. Dari menyanyi, menari jadi pelakon pulak. Jangan kata artis kita je tamak. haha Aien gurau je k. Pada Uolls nak tengok drama ni, boleh la try search  Gangnam Beauty.  

Pada Aien, pengarah drama ni pandai manipulasikan jalan cerita drama ni. Even ending dia pun kita tak expect yang Soo Ah tu sebenarnya penat jadi cantek. People expecting everything from you bila kau cantek. Dan bila kau tak cantek pulak orang kutuk kau. haha hish jangan disangka Malaysia je ada acik bawang. Korea pun hado tau. Dah la, dari Aien membebel panjang-panjang tapi uolls tak tengok tak best jugak. Tengok la k~  Selamat Menonton~ 


                  





Selasa, Oktober 02, 2018

MAKAN DI ASTANA PUTEH, SOLOK DUKU, MELAKA

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t

Hello October, Bai sad month September..T^T

Disebabkan hati yang tak berapa nak baik lukanya, Aien tulis la apa yang Aien teringat je ni. Pada malam 29 September konon nak p celeberet birthday advance, Ayah and Umi Aien ajak la makan di Astana Puteh. Kalau anda biasa dengar Pengkalan Balak, tak jauh dah tu. Kiranya dari Masjid Tanah atas sikit ja dah nampak Astana Puteh ni. Besa signboard dia. Lagipun Astana Puteh ni dibuka pada waktu malam saja. Sesuai dengan namanya Astana Putrh, nampak menyerlah gitu di malam hari. Selain daripada menyediakan makanan arab, mereka juga menyediakan homestay, dewan untuk anda yang berminat untuk membuat majlis keramaian di situ. Well, kalau nak buat majlis kahwin kat situ pun boleh, sebab semuanya dah lengkap. Penempatannya, surau dan dewan. bravo~ 

Aien dari mula belajar dulu teringin nak makan kat situ. Dah ada anak sorang baru dapat p situ. Rezeki ayah belanja sempena raikan birthday umi, dan kejayaan kakak Aien yang konvo pada ahad lepas. 

Menu dia tak kurang hebat. Semua nampak sedap. Dan yang pasti, Aien teringin nak makan nasi Arab dia sudah pun tercapai. ♡ 


Pembuka selera garlic bread with mushroom soup


Milk booster Aien. Air barli suam je.Haha


Grilled Chicken Chop with Fries 


Nasi goreng Paprik with Chicken Paprik


My menu. Yang ni cukup banyak jugak. Aien share dengan husband kot.  Nasi Arab Kambing 


Chicken Chop



Fish and Chip

iTu je menu kami malam tu. Alhamdulillah kenyang la sekejap sebelum balik tu, anak ngamuk dengan tak cukup rehatnya, dengan dengan dengan..  Overall my birthday spoiled. 


By the way, Astana Puteh memang sedap. Cuba la kalau anda ke melaka. :)