Hi~ Assalamualaikum
Alhamdulillah telah kembali pulih, cumanya selera makan dan kepala pusing masih tertinggal. It's never mind. Selagi Nyonya Nayla behave, we are good.
Lama dah Aien tak buat movie review ni kan. Sejak mood nak menonton hilang disebabkan bateri phone asyik draining very fast, rasa macam nak campak telefon ke sungai je. Tapi, aaaa tabuleh sebab ni Husband lanje. 😝
Tajuk: Maquia When the Promised Flower Blooms a.k.a
Sayonara no Asa ni Yakusuko no Hana o Kazaro (Let's Decorate the Promised Flower in the Morning of Farewells)
Genre: Anime, Fantasy
Duration: 1 jam 55 minit
Sinopsis: A story between an immortal girl and a normal boy form a bond which lasts through many years.
REVIEW AIEN::
Cerita dia simple. Tapi, deep sampai ke hati. Aien jumpa cerita ni ntah dari mana, siapa suggestkan pun tak ingat cause I do have short term memory loss, alih-alih semalam tengok dah ada dalam playlist video dan diri macam, hah! cerita apa ni? rasa tak pernah tengok, haa jom la tengok!
Immortal Lorph, Maquia jatuh dari tempat mereka apabila mereka diserang oleh askar diraja yang mahu kuasa abadi mereka. Bila dia terjatuh dia dia bawak diri tak tahu kemana. Terjumpa pulak dengan seorang pengembara yang membiarkan seorang bayi menangis terusan dalam pelukan mayat ibunya. Maquia sedih sebab suku Lorph ni kira macam Parting people laa sebab dia immortal kan. Siapa-siapa pun dia sayang, semua akan meninggalkan dia keseorangan. Dan kesunyian itu sudah lali bagi puak ni tadi. Tapi, Maquia tak. Diambil bayi tu tadi, dipeluk dan dia berjanji akan menjaga seperti anaknya sendiri sedangkan dia sendiri baru berusia 15 tahun. Quite proud you know.. Nasib jugak dia jumpa family kecik di hujung kampung untuk terima dia. Situ la, Maquia belajar menjadi seorang ibu yang baik. Haa, lagi satu, puak Lorph ni pandai menenun kain umpama surat. Ia sangat bernilai di kalangan masyarakat. Tapi, benda tu jugak buat dorang terancam.
Okay la, ni dah nama Aien cerita penuh dah ni. I Love Details. bwahaha
Pokoknya, bila bayi yang dibela Maquia yang diberi nama Aeriel ni tadi membesar, dia tak dapat terima Maquia selalu menjaga dia macam budak kecik. Dia nak jaga Maquia macam seorang lelaki. Tapi, dia tak jumpa caranya. Akhirnya, Aeriel pergi meninggalkan Maquia dengan menjadi askar kerajaan.
Well, yang Aien cakap deep tu ialah macamana kisah ni di-nilaiterap-kan haaa apakah itu?? Dia macam garapan kasih sayang seorang Ibu pada anaknya walaupun dia tahu mereka akan berpisah suatu hari nanti. Apa yang penting tu, mereka berdua adalah orang asing sesama mereka.
Till I write again...
7 ulasan
Menarik animasinya..
BalasPadamkan. tengok la kak Sha, konfem menangis macam saya ^^
PadamHahaha.. akak cuba cari ye..
Padamseems interesting, nanti ada masa nak try cari n tengok =D
BalasPadamTengok jngan tak tengok! Link ada Aien kasi tu. kelak senang, dtg la sini. haha xpun tengok kat kissanime. :)
PadamWah, nak tengok juga la
BalasPadamTengok Bro Zumal.. Kang sediakan tisu, man tau nangis. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤