Hi~ Assalamualaikum
Minggu ni rasanya banyak dan panjang list Aien nak makan. Is that mengidam?? No no no. Hanya teringin yer...
Semalam jalan-jalan beli barang dapur, Aien terjumpa satu mee goreng dari Indomie ni. Like, eh! packging baru ke? kenapa dia jual satu-satu? kena cuba ni. Capai sebungkus, masuk troli. Tanya Tuan Izwan, dia nak tak.. hanya mengeleng je. Tak apa. Nanti kita share kalau tak sedap. Kalau sedap, sesudu je. Haha
Ada ke patut dia salahkan Aien sebab sejak kawen ni, dia suka makan. Adoo~ tapi itu kenyataan. Haha Semua benda nak bedal dan cuba. Kecuali yang tak berkenaan la kan. Selagi boleh, Aien bedal je. Keluarga in laws pulak, banyak juga tak makan, dan tak makan. Bukan sebab tak pandai, cuma takut nak mencuba. Hee~
Bak kata mendiang nenek Aien dulu, makan la selagi boleh. Kalau kau sakit, bentang kfc, pizza depan mata pun kau tak lalu. Betul kan?
Ni, nak ajar Nyonya Nayla makan semua. Ikut Ibu. Boleh join acik-acik buat foodhunting. We love food. Makan makan makan..
Eh~ Eh~ dah ke mana taip tu? Balik, balik cerita indomie tadi..
Style packging dia macam ni, nampak besar kan? but, we'll see apa dalam dia. Nice la sebab warna kuning menyerlah dan membuatkan daku ingin mencuba.
Seperti bungkusan mee segera yang lain, Indomie juga ada tunjuk cara-cara memasak mee segera ni. Bagi yang tak berapa arif macam Aien ni, kena la rujuk cara ni.
Nampak tak betapa gagalnya Aien masak mee segera ni? Yadoi, kembang! terlebih masak! Over cooked sampai mee ni lunyai!! Oh~ mee aku!! Tak apa. Tak elok membazir. Kita makan jugak. Aien terlupa nak snap sos dan perasa dia. Damn! Spoiled sebab mee dah kembang. T^T
Okay done! After dah gaul dengan perasa dan sos, mee kita telah pun siap! Dan agak mengecewakan sebab tak berapa nak jadi dan mee dia nampak sikit dari bungkusan. O M G! Frusted kuasa dua.
Sebelum makan baca doa dulu ye kawan-kawan. Sekali suap~ wow! sedapnya. Rasa macam ketam masak telur masin tu. Wow. Sedapnya. Terus kabo dengan Tuan Izwan, nyesal beli sebungkus je. Sudah la main ambik je tak tengok harga. Yeay! pengguna yang bijak!
Kasi la sesudu share dengan Tuan Izwan. Nasib sekali je dia nak. Haha Cukup lima suap, dah pun habis mee kita. Sekian!
End up, Aien tambah la dengan roti cicah milo. Dahsyat nyawa dugong! Jangan salahkan timbang yer. Haha
Okayh, lain kali kena beli lagi mee ni. Kasi adik ipar cuba pulak. Dia pun senang nak kena hasut dengan makanan ni. Haha Uolls tak nak cuba ke? Atau ada yang dah cuba? Let me know if you dah cuba. Sedap ke tak macam yang Aien rasa?
aienienka
16 ulasan
cam sedap! Nak cuba jugak lah..nak beli dua bungkus aci tak? Hihi
BalasPadamaci sebab takut tak cukup. Mee dia sikit sangat.. haha
PadamSedap eh Aien.. Bolehlah nak cuba annti.. kikiki..
BalasPadamcuba kak sha.. sekali cuba pasti nak lagi. ^^
PadamJenuh gak cari.. tak berjaya jumpa lagi..
PadamKena buat la misi mencari mee ni. haha
PadamSesekali sedap jugak makan maggi kering begini. Hihi.
BalasPadamItu la. sekali sekala.. tak buleh selalu. nanti hilang rambut. :) haha
Padambrand indomee mmg senang nak masak..ekeke..
BalasPadamdia cepat sangat masak. Rasa tak lama pun biar dia.. T^T
Padamwow 5 suap je dah habis?! Tak try lagi tapi nanti boleh cuba mana tahu jatuh cinta
BalasPadamiye.. tak tipu tau. rasa mcam sikit sangat and nyesal beli se.. =_=
PadamNanti zumal nak cuba
BalasPadamCuba jangan tak cuba.. Beli jangan satu, kena dua. kalau tak, nyesal!
PadamTak pernah beli lg indomie ni
BalasPadamBiasanya Beli Maggi kari
sedap untuk mee kering gini. :)
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤