SALAM MAULIDUR RASUL 1440H

Isnin, November 19, 2018
Hi~ Assalamualaikum


Salallahu alaihi wassalam. Sollun alannabi.. Moga hari kita dilimpahi barokah pada hari yang penuh rahmat ini. Well, ikutkan kalendar Islam, maghrib tadi kita telah pun masuk hari baru. That's mean, hari ni la kita menyambut Maulud nabi. Banyak-banyakkan selawat, moga hari kita dipenuhi dengan cahaya dari Nur nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam. 

Aien kalau program-program Islamic gini mesti rindu zaman belajar dulu. Masa tu, stressnya rasa dengan membuat aktiviti macam tu. Siapa tahu kan, Aien merindui masa tu. Start dari masuknya bulan Rabiul Awal, selepas maghrib pasti kena maulid. Bercerita tentang nabi. Mengingat akan diri baginda yang mana kelahirannya saja suda ajaib, apatah lagi saat beliau dibelah hati dan dibersihkan. Uniknya detik baginda diangkat menjadi Rasul, semua masih terbayang dan terngiang di telinga. Mampukah aku mengajar si kecil untuk cinta dan kasih akan Nabi akhir zaman itu? 

Sekarang ni pun, allahu.. Apa yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran. Pesan guru dulu, jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Allahu... 

Mari lah kita bermuhasabah diri, menggenang nasib adakah kita layak mendapat syafaat dari Baginda nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam kelak di akhirat? Adakah kita ini dipandang oleh baginda? Menjadi umatnya saja kita sudah cukup bertuah, apa lagi nikmat Allah yang kita dustakan? 


12 ulasan

  1. Salam Maulidur Rasul & Selamat Bercuti

    BalasPadam
  2. betul tu. kat sekolah dulu gigih selawat ramai ramai dengan kawan-kawan dan para guru kan. meriah sangat.

    takpe yang penting, ikhlas dan sentiasa mengamalkan sunnah Baginda :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kemeriahan tu cuma dapat bila kita bersekolah je. haha Salam Maulidur Rasul Kak Cik ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤