TAKUTNYA MENCUBA...

Sabtu, November 10, 2018
Hi~ Assalamualaikum

Di saat hatiku kian rapuh kerana ketamakan diri sendiri, 
otak membias segala macam cara untuk menjana pendapatan, 
namun diri takut untuk mencuba. 

Seram tohmahan manusia yang lidahnya tajam seperti pisau, 
Trauma masih menghantui diri. 


Dah kenapa puisi cerca merba ni Aien? Ada apa ni? Meh la story sikit... :'(


Please~ serabutnya diri malam ni. Allah~ haa! bila serabut sibuk cari Tuhan. Kerana mulut badan binasa. Apa lagi yang kau mahu? Nikmat yang ada kau dustakan, sibuk mencari benda yang tiada. Kau sedar apa yang kau buat tu salah, malu nak mengaku? Deep inside I know I was wrong, please forgive me. 

Pernah tak ada satu ketika, korang tau benda yang korang buat tu salah, tapi korang buat jugak. Konon pejam mata. End up korang nyesal sebab teruskan? O M G ~ I hate this kind of feeling. 


Konon nak mencuba sesuatu yang baru, 
Orang nak bentangkan jalan untuk kau,
Tapi kau takut nak berpijak. 
Sibuk nak angan mat jenin! Canang satu kampung kau mahu kaya, tapi hakikatnya kau sibuk melayan malas kau tu. 
Bila dimarah, sejuta alasan kau tadah. 
Orang lain juga kau marah! 

Eh~ mana satu impian kau? 
Sudah la miskin di dunia, 
miskin juga di akhirat gayanya. 

Tajam kan? Bisanya kau tahu? Pedihnya kau rasa? Nah~ ayuh berubah! Buangkan aura negatif mu itu. Duit boleh dicari. Ketenangan itu payah. Tenangkan jiwamu, lapangkan dadamu, bersedia la untuk berubah, in shaa Allah. Akan dibantu. Percaya, usaha, dan tawakal! Anda pasti boleh! 

6 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤