Hi~ Assalamualaikum | Hujung tahun kian menghampiri, kalau warga Johor, kebiasaan di kampung-kampung pasti ini adalah musim makan free banyak. As means, jadual setiap hujung minggu penuh dengan majlis Yaasin dan doa selamat serta kenduri kendarat.
Keluarga mertua juga tak ketinggalan untuk membuat majlis Yaasin untuk arwah Ayah sekaligus doa selamat untuk tahun baru.
Ayah mertua Aien meninggal dunia pada awal tahun 2009. Jika tahun lepas, Mak tak kesempatan buat disebabkan sedikit kekangan masa dan kesihatan, alhamdulillah tahun ni dapat juga. Anak-anak pulang berkumpul, saudara mara datang memeriahkan majlis. Seronok.
Tapi serba salah la untuk Aien, sebab Aien tak ada tolong apa-apa sebab ada anak kecil. Masa masak-masak tu nasib ada Mak Ngah dan adik ipar Aien tolong. Kesian, tapi anak kecil ni diutamakan. Takut kang dia nangis-nangis, tak sedap pulak hati. Masa Aien balik petang Khamis tu pun, Mak kata semuanya dah siap, tinggal nak masak je. Biasa la orang tua, semua siap cepat.
Adoo~ bila dah tulis ni serba salah tu melangit tinggi tahu. Haha diri diri..
Menu untuk majlis ni simple je. Iaitu Nasi putih, Ayam Masak Ungkep, Sambal Goreng Jawa dan Pisang Masak Lemak. Aien tak sempat amek gambar semua. Sempat ambil satu je. Haha
Sambal Goreng Jawa jadi feveret kitaorang adik beradik siap request dengan Mak, buat banyak sikit. Alhamdulillah cukup la semua dapat merasa.
Aien cuba nak buat masih tak berjaya lagi. Sekali percubaan je, pahtu dah give up. Sayang kalau buat tapi tak jadi sebab bahan-bahan untuk sambal ni banyak jugak.
Over all, majlis berjalan lancar dan selamat sampai sudahnya. Hujan pun turun usai saja majlis dan selesai. Ahli Yaasin kampung pun dah selamat rumah agaknya. Ya lah, mana taknya langit start gelap selepas solat Jumaat. Risau jugak kan hujan tengah orang ramai tu.
Yang paling gembira sekali, akhirnya setelah setahun berlalu, anak-anak mak semua kembali. Seronok tengok mak tersenyum bahagia. Walaupun Aien menantu dia, takkan pernah sama dengan anak-anak dia. kan? Sebaik mana kita layan mak mertua kita, takkan pernah sebaik layanan anak sendiri.
Well, yang pergi biarkan pergi. Kita yang masih punya umur pulang la walau apa pun yang mengguris hati. Keluarga takkan pernah sama dengan kawan. Semoga tahun 2019 akan penuh dengan kebahagian buat diri Mak dan semua.
Till we meet again~
2 ulasan
sama la kita suka pergi kenduri orang jawa sebab sambal jawa diorang. Paling happy time raya boleh makan sampai puas. Selamat tahun baru jugak ain, semoga tahun 2019 ada banyak kenangan indah untuk aien sekeluarga :)
BalasPadamkan. sejak kawen itu la makanan feveret dr mak mertua. Terima kasih Hana. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤