MOVIE REVIEW: TULLY

Jumaat, Januari 04, 2019
credit: google i

Hi~ Assalamualaikum | Tully

Disebabkan Aien terlalu blur nak tulis entry untuk 2019 ni, moh ler kita tengok movie cari idea. For your information, Aien dari mula ngandong Nayla dulu, kata nak tengok cerita ni. Buat inspration gitu. Alih-alih terlupa. Nasib adik ada buat recommended movie list, wow~ terus cari dan tengok. Sangat sedih! 

Tajuk: Tully 
Genre: Keluarga
Durasi: 1 jam 40 minit
Rate: 8.5/10 
Cast: Charlize Theron, Mackenzie Davis
Sinopsis: Seorang Ibu kepada tiga orang anak mengupah seorang pengasuh tengah malam untuk anaknya. 

Macam simple kan sinopsis dia? Yep, It's just a family story that every young  mother need to watch. 

*Review Aien*

Well, Macam yang Aien cakap cerita ni such inspration buat diri yang rasa lost somewhere dalam menjadi suri rumah dan terpekung dalam rumah tanpa suami yang sibuk mencari rezeki untuk penghuni rumah. Banyak kata-kata dalam cerita ni Aien rasa deep menyucuk ke jiwa. It's just me and my feeling get emotional tengok cerita ni. Sob sob 

*Spoiler alert* 

Sedih, bila Marlo handle anak lelaki dia, Jonah yang di kategori sebagai 'special kid'. Tadika biasa untuk menyarankan Marlo untuk cari cikgu yang bersesuaian. Dia pulak tengah sarat mengandung. Dan bila dia dah bersalin, Adoo~ Like, damn! It's hurt. Penat bersalin tak habis, tengok suami dia pulak seronok tidur, dia lepas tu balik kena bangun malam breastfeed baby dia. Because lack of sleep, stress.. Stress kuasa keempat. Dengan kerja, dengan Jonah, dengan rumah. Boleh tengok la keadaan rumah dia bersepah. Anak-anak makan frozen pizza. Suami balik kerja, cakap "Itu je?" O M G . 

Sebelum tu, Abang Marlo ada suggestkan midnight nanny kat dia, konon hadiah untuk Marlo sempena baby baru. Abang Marlo berniat baik. Nak adik dia yang ceria balik, cuma bila keegoan suami terhadap abang Marlo yang kaya tu, Marlo end up macam tu. 

Suami mana tak suka tengok isteri happy kan, just dorang tak reti nak happykan isteri tu macamana. 

Drew, suami si Marlo ni suka bila Marlo ni dah pandai bermekap balik. Sampai anak dia pun tegur, mak dia nampak berbeza. Masak makan malam pun dah sedap. Haa~ happy wife happy family kan... 

Semua happy sampai satu peringkat, midnight nanny tu nak berhenti. Marlo lost herself again. Masa tu, baru Drew sedar yang isteri dia depression. 


Ini favorite quote Aien. Yes, indeed! so dear myself, please be happy for yourself disamping kau cuba nak jaga laki dan anak kau. Yes, I'm happy! Ada me- time sendiri. hehe




Yang ni pulak Aien saja nak share. Sebab nak kongsi how your mom be like after anak dah ramai. huhu It's a fact. Sebab tu tabil la pada mak-mak yang masih study, masih ingat majoriti benda selain isi kandung rumah dia. 

You gais should tengok cerita ni. Best! Then, you reliase kenapa la Allah cakap syurga tu di bawah telapak kaki Ibu. Pengorbanan seorang Ibu tu besar. Huhu bila teringat balik, adoo jahatnya aku dengan mak aku. Dah ada anak sendiri pun still tak boleh manage. Try hard learn satu-satu. Praktis segala teori yang diajarkan oleh Taufik Razif. I just want to be happy with myself. With my children. So, need to make a change. Kalau kita asyik nak stress. Sampai bila-bila kita tak pernah bahagia ,ye dok? 

Teringat dulu, masa dara, syiok tengok orang ngandung ada anak. Sekali dah sampai kat diri sendiri. It's fun Nur! I keep remind myself that so I never get lost with emosi. Bila dah berumah tangga, emosi seorang isteri dan Ibu menentukan keadaan rumah tersebut. Dear husband, if you nak rumah you cantek, happy kan wife you. lagi-lagi la wife you tu suri rumah. Kebosanan bila dok rumah seharian mengadap rutin yang sama tiap hari tu masya Allah. Tapi, kebahagian jugak sebab dorang memang goyang kaki je kat rumah. Pejam mata je tengok anak buat sepah, baju tak berbasuh. Haha Ado.. itu gunanya toleransi. 

Dah apa Aien bebel ni.. Nak share movie review dah membebel pulak. Tahun baru Nur, Tahun baru.. 

Tahniah la baca sampai habis Nur bebel yek. Haha Sometimes tengok cerita macam ni menceritakan isi hati kita, dalam senyap kita pun nangis sama. Sedih bila anak dia tanya, 
'Mom, what happen to your body?' 

Dah tak rasa seksi sana, cantek sini lagi. Pahtu suami mula cari lain. Sedangkan yang ada tak mau dihiaskan balik. Wow! 

Dah! stop Nur. Such a negative aura betol la. Tapi, itu apa yang ada dalam hati. kan? Perempuan ni dia sendiri tak pernah faham diri dia. So, meh la sama-sama fahamkan diri masing-masing supaya rumah tangga anda harmoni. Sakinah wal mawaddah! Menjadi keluarga yang membawanya ahlinya ke syurga. Kan nak kiamat dah? 

Peace, no war. 

Tahniah lagi sekali baca sampai habis. Aien masih tak punya goal untuk this year. Just nak sambung goal last year. Mudah-mudahan dapat jujur dengan diri sendiri sebab tak ada siapa yang boleh ubah diri awak tu, melainkan diri sendiri. Yep! Be happy for yourself ya


Till next movie, Jaa Nee!




10 ulasan

  1. Wah macam best ceritanya, nanti zumal nak tengok lepas tu siap bebel dekat blog juga. kikiki

    BalasPadam
  2. Tapi masih ramai yang tak sedar betapa besar pengorbanan ibu.. Abaikan ibu dan biarkan ibu bersedih..
    Dalam perkahwinan pula, Sha rasa komunikasi tu penting.. Kena berbincang time mood happy.. Ini cakap berdasarkan pengalaman.. kikiki.. Nanti Sha nak try tengok movie nie..

    BalasPadam
  3. Cerita no gambaran kebanyakan perempuan mcm Kita kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep~ somehow tengok cerita ni, janji pada diri, I don't want to end up like this. In shaa Allah. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤