Hi~ Assalamualaikum
23 January, maka berakhir la first trimester Aien. Alhamdulillah scan baby baik-baik saja. Nanti 28 minggu kita scan lagi. Moga baik-baik aja.
Actually, I never story this pregnancy other than here. But, all my family and mil dah tahu la kan. Perasaan mak mak be like, kita tak bagi tahu pun dia dapat tangkap. haha
Untuk perjalanan mengandung kali kedua ini, Aien nak abadikan di diary ni. Moga ingat la kan. Sebab masa ngandung Nayla dulu, asyik nak termenung je sebab sorang je kat rumah. Yang ni, ada Nayla buat gaduh, alhamdulillah sementara jaga dia tido tu, ideas datang bak air bah. Fuyyooo~ Nak sematkan semuanya di sini.
Trimester, atau lebih mudah sekali adalah jangka masa 3 bulan pertama yang selalu digunakan sepanjang mengandung. Ala, macam dak student selalu guna semester tu. Tapi dorang 6 bulan. Untuk mengandung moleknya guna trimester.
aienienka
Di sini Aien tepekkan maksudnya sekali lagi. Makanya, the first trimester yang selalu menjadi dugaan buat ibu-ibu mengandung itu telahpun berlalu bagi Aien. Fuh, hilang dah juga sekali mual-mual tak nak makan tu, tak boleh bau tu. Ada la sikit-sikit. Cumanya tak sedahsyat yang lepas. Sekarang dah nak makan nasi sikit. One more thing Aien perasan, kalau sayur or apa-apa jenis sayur yang ditaruk ikan bilis, yek yek tak dapat la tekk den nak terima. Ish.. Anak punya makanan pun tak leh masuk la rasa dia. Main ikut rasa je la letak stok ayam dia, stok ikan bilis dia tu. Tawar tak apa, jangan masin.
Second trimester bermula, maka cara tido pun daj kena ubah demi anak dalam kandungan. Makan pun kena banyak lagi. Ubat masih kena jaga lagi. Fuh, nasib baik ubat kancing gigi kena bulan 3 nanti. Tapi, gigi geraham utama Aien ni dah sengal-sengal je kerjanya. Dah tak buleh makan ikut situ. Tumbuk nak dikasi kerjanya pada si Kiri pulak. Kanan dapat yang lembut je. Sodih kan? Masa gosok gigi pun gusi asyik berdarah je. Adeh, memang ken consume susu bebanyak. Masa Nayla, susu tak mau hadam. Tak leh hadam, sat g muntah balik. Yang ni laju susu diminum. Susu kurma Goodday tu, Susu fresh milk apa-apa jenama. Janji susu. Kalau yang bancuh Aien try Frenleaf je. Nak minum Anmum, takut kena kencing manis pulak. Haha harapan kali ni tak kena minum air gula tu meninggi. Sebab yang lepas tak kena. Walau orang kata tak ada kencing manis pun kena minum. huhu
Well, terselamat part Nayla, yang ni wallahu alam laa.. Hb pun cantek je, darah pun okay. Harap-harap baik-baik saja sampai dia keluar. Doakan yaa..
Impian yang sama jugak masa Nayla dulu, harap dapat nyusukan dia. Walau mil asyik kata tak buleh kena topup ngan fm jugak sebab tak cukup and sebab senang nak jalan. Moga Aien terus kuat untuk anak sendiri. Bukan apa, susu badan 100% jimat, mudah dan selamat. Ye dok? Sekarang ni training Nayla waen off dari susu badan atas nasihat Doc pun, adeh... payahnya nak ken berangkut susu lagi, bangun memalam buatkan susu dia lagi. Yok, penat kawe!
Duit pulak kena sentiasa standby untuk stok susu dia. Mangai! Sib bek Nayla ni senang nak kena training sebab mungkin susu badan dah mula drop, tu yang dia mudah nak minum. Yet, malam dia masih mencari. kah~ Sabar la nak. Nanti ada adik awak leh tolong Ibu ye.. Sian awak. Paling tidak target nak susukan anak ni sampai umur 2 tahun. Biar badai dan ombak menghalang, moga diri terus kuat dan maju demi anak-anak.
Sejak Nayla minum susu fm ni, kadang-kadang boleh dengar paru-paru dia macam berat gitu. Berdesah je bunyi dia. Risau tahu dengar. Ditepuk suruh sendawa tak mahu. Hari tu, dah sekali dia termuntah susu dia. Huish.. seriau ati Ibu. Moga baik-baik aja la Nayla. Bertahan untuk beberapa bulan yaa.. Ibu ♡ Nayla.
Ni dah macam cerita Nayla je. Bukan pasal ngandung dah ni. haha Ngandung ni alhamdulilah no hal. cuma penat naik tangga sampai tingkat 3 nih haa.. But, it's fun. Haha Moga senang nak bersalin nanti. Kah~
Baru 15 minggu. Jauh lagi tu... Mommy Rayyan tu tengah tunggu hari. Kita pulak seram tunggu. All the best mommy.. Moga dipermudahkan semuanya. hehe
6 ulasan
Tahniah aien Semoga dipermudahkan utk second pregnancy ni
BalasPadamThanks Mamapp. ^^
Padamalhamdulillah mommy to be. take care yaaa =)
BalasPadamAlhamdulillah. terima kasih. ^^
PadamMengandung & melahirkan anak kedua biasanya lebih mudah dr yg pertama, Insya-Allah. Take care dear! :D
BalasPadamTerima kasih. Biasanya la, sampai selalu lupa diri tu ngandung. haha
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤