Step daftar buku pink untuk kali kedua |Hi~ Assalamualaikum
9 Januari 2019
Hari ini, Aien buat keputusan nak pergi klinik kesihatan untuk daftar buku pink memandangkan sudah 12 minggu usia kandungan. Kalau lambat nanti, takut kena marah dengan pihak Klinik Kesihatan pulak. Tapi, tak sampai 10 minit dah balik semula sebabnya kita kena daftar appointment dulu baru boleh daftar buku. Bukan macam masa Nayla tahun lepas, datang bawak dokumen siap-siap. And terus daftar! Itu pun lepas datang tanya la kan. haha Kelupaan deh~ Al-maklum la dah tahun baru. Patut la hati ni berdetik nak suruh Tuan Izwan prrgi tanya dulu kat Klinik Kesihatan tu, in case benda macam ni la. Haha Never mind. Pengalaman. Tak cuba tak tahu kan? So, nurse kasi appointment untuk Aien next Monday which is, at 8am kena terpacak la. Tapi, kalau 7.30 pun dorang KK dah bukak, so Nayla, kita kena bangun awal sikit la dari biasa ye~
- ini draft dulu, sebelum terlupa la kan. Haha Hari kejadian nanti kita sambung tulis.
14 Januari 2019 - Hari kejadian
Selesai mendaftar. Step dia macam biasa, hantar buku sekali ngan document selepas dorang dah confirmed kan appointment kita. Tunggu la dia panggil. KKTU ni slow sikit sebab mesin no dorang always rosak, so dorang pakai manual kertas je untuk nombor giliran.
Sesi mendaftar tu seperti biasa la kan. Dorang nak tau rekod kita yang terdahulu untuk kepastian. Dan apa yang penting, bila kita mengandung terlalu rapat, yang mana seperti daku ini, Haha Pastinya kena tebalkan telinga untuk mendengar bebelan mereka para misi. Pasai pa? pasai mereka itu risau keselamatan diri kita. Kerana sesungguh, kelahiran yang kurang dari masa setahun ini, memberi risiko kepada ibu terutamanya. Maka, sayangi la diri anda.
Lepas tu, check air kencing di kawasan triage. Sian Nayla dah ngantok. Haha Kena bangun awal gamaknya. Nak tinggal, kesian. Lepas tu, check berat, check hb, dan apa tu, blood pressure semua, alhamdulillah okay semua. Terus kena p amek darah pulak check HIV. Seram shiak tengok jarum. Siap ada budak India tu kena bebel ngan nurse sebab dia takut. haha Aien pandang tempat lain je masa dia cucuk tu. Tak sanggup den nak tengok. Part paling tak best bila kena check up is kena amek darah je. Harap la mengandung kali ni pun tak kena minum air gula. haha
Kali ni dapat buku warna pink bak hang ~… nipis je sebab rasanya dorang nanti main topup je la tiap kali datang check up. Actually, next week appointment dengan doctor pulak. Maybe scan perut pulak kot.
Bahagian yang paling menyedihkan adalah nurse suruh waen off Nayla dari nyusu. Huwaa~ Target nak sampai 2 tahun ntah dapat ntah tak. Dia cuma risau kita tak dapat co-op nutrisi untuk baby dan kita. Lagipun my morning sickness kind a teruk jugak. Better lepaskan Nayla dulu, sepanjang ni, bila dah kuar baby nanti, boleh share. Itu saja nak cerita pasal step kali kedua ni. Sama je cuma sometimes bila macam Aien bawah 2 tahun ni takut tu lebih. haha Alhamdulillah nurse semua okay je la.
Kalau mampu nak kejar sebelum usia 35 tahun, tapi dengan sara hidup tinggi. In shaa Allah dapat sepasang nanti, rehat sekejap la. Mental pun tak cukup kuat jugak kalau handle dorang ni tecik-tecik. haha
Kesimpulan dari bebelan panjang step nak daftar buku pink kedua ni ialah: Sediakan dokumen penting anda.
1. sediakan fotokopi sijil nikah anda
2. buku pink yang latest
tu je? Senangkan. Selebihnya ialah, disoal siasat untuk daftarkan dalam buku tebal Klinik Kesihatan tu. Yang ni pandai sendiri la jawab ye. Jangan risau tiada dikenakan apa-apa bayaran pun.
Selesai semua tu, barulah anda akan melangkah ke sesi rutin selepasnya iaitu ambil cawan, pergi buang air kecil dan tinggalkan di makmal or macam ni KK tempat Aien ni letak aje di kawasan Triage. Kalau di KK sementara yang Aien tumpang masa pantang dulu, dia check HB dulu, pergi pergi kencing. Haa, itu terpulang la pada setengah KK kan?
Kadang-kadang benda dah lama kan, walaupun macam Aien yang selang lima bulan je pun lupa, haha apatah lagi yang selang dua tahun tu kan. So,, good luck! Semoga dipermudahkan urusan.
Jaa Nee!
12 ulasan
Syukur..alhamdulillah.Tahniah.Jaga diri ya.
BalasPadamThanks PC.. ^^
PadamAlhamdulillah.. semoga dipermudahkan ye Aien.. Tahniah..
BalasPadamThanks sis.. ^^
Padamalhamdulillah. semoga dipermudahkan segalanya =)
BalasPadamAamiin... ya rabbal alamin... ^^
PadamAlhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan ye. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat. Jaga diri sis! Jemput singgah blog kita ye https://genystory.blogspot.com/
BalasPadamThanks sis... ^^
PadamHai sis. Dah selamat bersalin ke??
BalasPadamAlhamdulillah suda.. Boleh baca pengalamannya di sini
Padamhttps://aienienka.blogspot.com/2019/09/a-late-post-in-middle-of-sept.html
kalau bula pink lepas hilang apa perlu dibuat
BalasPadamtak pasti la sis. Ada kata kena buat laporan polis bagai. sorry tak boleh nak jawab sebab tak pernah hilang. Hehe
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤