HAPPY 2nd ANNIVERSARY

Isnin, Februari 11, 2019

Hi~ Assalamualaikum

Happy Anniversary sayang! ♥

Genap la 2 tahun kita bersama membina keluarga kecil yang lagi comel hari ini. Waa~ pejam celik je kan? Anak pun dah ada seketul, seketul lagi in shaa Allah dalam perjalanan. Moga Allah berkati rumah tangga kita, moga Allah sentiasa merahmati awak dalam mencari rezeki untuk keluarga kecil kita. Saya pulak duduk rumah, jaga anak, jaga rumah. Semoga kita dapat menjaga rumah tangga kita sampai ke jannah dengan penuh mawaddah dan sakinah. 

Love, sayang♡ 


Itu contoh surat cinta tadi la kan? Hampir seminggu cuti raya cina yang tak ke mana sebab Tuan Izwan demam disambung pulak dengan si kecik Nayla. Adoi~ hambar juga cuti den. Haha Punya berjela rancang nak p sana, nak p sini cuti raya cina siap orang tu amek cuti, alih-alih dok rumah lemau kedemaman. Sian dia~ 

Itu la kisahnya blog pun tak berkemas cuti tu sebab cutinya di rumah in laws, line pun biasa la kalau dah namanya kampung. Nak menaip pun tak syiok. 

Apa yang best, alhamdulillah keluarga in laws semua dah baik-baik aja. Moga berterusan sampai bila-bila. Dan Aien dapat one more good news untuk bulan depan, sang kakak bakal dipinang orang. waa~ Adik pulak yang excited. haha In shaa Allah moga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar la. Huhu cuma ada sedikit perselisihan faham la bila bab majlis majlis ni. Pening pale den. Mak eden pun dah bising tu haa, membandingkan bakal abang ipar dengan adik-adik ipar yang lain. huu~ acaner nih? Apa pun Aien cuma nak doakan yang baik-baik aje la untuk Sang Kakak sebab dia memang baik, rajin, pandai masak, pandai buat kerja, suka bertegur sapa. Bak kata orang menantu pilihan. Cumanya dengan keluarga bakal nih, adik beradik deme je beriya. Si ibu gigih nak bermenantukan anak orang kaya kampung. Jangan nanti dah kawen, hidup Sang Kakak jadi sinetron pulak udah la yer.. 

Eh, apa pulak selit cerita ni di kala aniversary aku pulak? Kan dah kabo, nak kongsi berita gembira. Moga untuk majlis nanti, Aien berkesempatan la nak balik sana. Memandangkan kalau ikut keadaan masa tu, dan sarat juga dah. huhu 

Apa-apa pun yang dirancang moga dapat dilaksanakan. hehe Ok la. itu je nak cerita. Esok lusa kita cerita lain pulak deh!

4 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤