Hi~ Assalamualaikum
Wah wah~ rancangan favorite Aien dah kembali bersiaran la. Seronok nak tengok nih.
Bagi yang tidak mengetahui rancangan ini adalah mengenalpasti suara mana yang tidak boleh menyanyi dan yang boleh menyanyi. Al-kisah rancangan ni untuk orang yang tak boleh menyanyi mengambil peluang bernyanyi di pentas. Sangat menarik konsep rancangan ni dah telahpun berleluasa di seluruh Asia terutama di Thailand, Indonesia dan kalau perasan Malaysia juga telah mengikut konsep rancangan ni untuk edisi Malaysia. Kalau tak silap dah dua musim cumanta satu musim untuk Melayu dan satu lagi untuk edisi cina.
Untuk musim ke-enam versi Korea ni, dah makin susah untuk para artis jemputan mengenalpasti manakah peserta yang berjaya menipu mereka. Setakat 4 episod bersiaran ni, rasanya baru 2 episod la artis jemputan gagal mengesan peserta yang boleh menyanyi. haha
Lawak, boleh buat stress sambil tengok deme nyanyi sedap-sedap. Mula-mula rancangan ni, macam don't judge a book by it's cover. haha
Berminat ke? Korang boleh tengok di dramanice.tv yang sentiasa kemas kini bila rancangan itu bersiaran dan dilengkapi dengan english subtitles. Enjoy watching!
aienienka
2 ulasan
Hahaha saffaa pun tengok rancangan ni..memang tak kering gusi ><
BalasPadamHaha kan? Suka naa tengok artis gelabah bila yang dorang pilih boleh nyanyi.. haha
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤