Hi~ Assalamualaikum
Just done watch this drama yesterday. A tv-mini series yang episode yang sangat sedikit dan banyak benda boleh dipelajari dari cerita ni. Urm, banyak la jugak tentang marriage life, expectation versus reality. Haha
Title: I bought A Boyfriend with a Loan / Kareshi wo Ron de Kaimashita
Genre: Family
Duration: 25 minit
Episod: 8
Cast: Erina Mano, Ryusei Yokohama
Sinopsis: Tae Ukishima bekerja sebagai front desk receptionist yang bercita-cita menjadi seorang suri rumah yang berjaya dengan mengahwini seorang lelaki elite yang bergaji 10k yen ke atas. Teman lelakinya, Shunpei Shiraishi yang bekerja satu bangunan dengannya dan mereka telah berpacaran sekian lama. Demi untuk mengahwini Shunpei, Tae harus bersikap lemah lembut dan sopan padahal dia seorang yang kasar dan seorang yang bercakap semberono serta membuat pemerhatian yang tajam. Oleh kerana itu, Tae telah membeli seorang teman lelaki iaitu Jun Setsuna dengan sewa 39,800 yen sebulan. Untuk pulangan, Jun harus menerima segala arahan daripada Tae sebagai terhutang budi.
^^^^^••••••••________••••••^^^^^
Fuh, panjangnya sinopsis dia padahal itulah hakikat jalan cerita drama ni. Pendek je, tapi penuh dengan fakta hikayat perkahwinan mereka di Jepun sana. Kadang-kadang suka juga tengok cerita Jepun yang tak merapu meraban gini. Hakikat yang kadang-kadang bukan semua orang boleh terima. Tapi, yela meraban juga la, siapa nak purchase teman lelaki dengan hutang ye dok? Dah la mahal pulak tu, alih-alih macam bela orang lain pulak.
Satu spoiler la kan, dorang dalam ni banyak cakap tentang fakta ke hikayat tu semua. Boring jugak, tapi ngadap la demi nak tahu kesudahan Tae tu kahwin ke idok dengan Shunpei. Haa, sini rahsia~ U olls nak tahu kena la tengok drama ni. Alah, pendek je. Wat boring-boring tengok la. Lagipun, si Jun nih comel ngat! haha
Sempat yek.. Bagi korang pulak, sanggup ke berlakon demi nak berkahwin dengan lelaki elite? Lelaki elite means, orang kaya la bahasa kita. Orang have-have gitu. Jangan pulak jadi menantu rahsia pulak. Hadam la engko esok lusa dapat madu. Haha Itu drama melayu pulak. Haha
Kalau Jepun ni dorang tak de main madu-madu bagai. Biasa la kan, kalau orang tak ada pegangan agama yang kukuh mesti ada slacked dia. Kalau ikutkan, mana-mana agama takkan benarkan zina. Betul ke idok? besok lusa ko sakit, tak ada siapa nak hadap ko tu.
Eh, terbebel pulak. Ha, jawab laa.. Demi nak menjadi isteri lelaki elite, sanggupkan anda berlakon seperti kucing yang comel daripada harimau yang garang?
Fakta best dalam cerita ni which is, setiap perempuan mesti dan harus berubah selepas dia beranak. haha Ini hakikat kok. Postnatal depression is something yang mengubah seorang wanita itu menjadi dirinya lebih matang.
Masa dara kemain puji orang syiok ngandung, bestnya ada anak sendiri. Sekali dah hado... Alangkah bahagia ada orang sudi tatang anak aku dengan baik. Kah! Dapat relax-relax jap. Padan la kebanyakan taska lagi-lagi bahagian baby, parents majoriti suka lepas tangan means suka amek anak lambat, kalau anak demam pun still hantar jugak sebab nak settlekan benda lain. Ini pengalaman Aien sendiri la as pernah kerja taska. Memang tak dinafikan untuk bayi bawah 2 tahun ni. Macam-macam ragam. Tapi kalau dah besar sikit, senang la sikit sebab dorang dah boleh cakap dan dengar kata.
Baby, apa je dorang boleh? nak tido, nangis. Nak manja, nangis. Tak selesa, nangis. Haa? stress level berganda. Comel memang comel lagi-lagi lepas lahir. Tapi, masa itu pantas meninggalkan kita. Pejam celik sedar tak sedar anak kita dah besar dah ha. Pandai main cak-cak. Itu la buat perempuan tak pernah serik,kan?
Eh, dah ke mana dah kita ni. Review drama ke cerita hakikat. Adoo~ Nur! balik!
Kesudahannya dan kesimpulan dari drama ni, whatever your choice, need to choose wisely. Banyak dah pengalaman dan cerita yang boleh dijadikan teladan dan sempadan buat kita yang baru nak meniti alam rumah tangga. Syiok tengok orang naik pelamin, syiok tengok orang dapat sweet-sweet laki bini, ada anak comel belaka. The worst part semua orang sorokkan. Cerita duka di sebalik tangga tu, simpan kemas-kemas dalam rumah. Kadang bahagia tu juga tak boleh tayang sangat, kang kena rompak susah. Beringat sebelum kena, supaya esok tak tergandah. Renung-renungkan la..
sekian.
ps: baca tu jangan serius sangat. Cool and relax while eat nachos. Adios!
aienienka
2 ulasan
Wah menariknya cerita dia. Tajuk pun dh buat org senyum
BalasPadamDari tajuk ingat cerita dia kind of ringan² je. tapi heavy jugak nih mama.. haha
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤