MISI KEMAS RUMAH PART ONE

Ahad, Februari 24, 2019

Hi~ Assalamualaikum 

Bila mood rajin kau dah tiba, seboleh-bolehnya kau nak buat semua benda. Begitu la perumpamaannya. So, nak cerita la kan yang mood rajin Aien dah sampai serunya. Haha 

Dia lagi-lagi tengah mengandung ni, idea nak kemas tu apa orang kata , berlambak haa. Lagilah baru-baru Aien jumpa #kemasrumahwithhani di muka buku. Phew~ kawasan rumah dia tu, Aien tahu dan tahu besar mana kawasan dia. Still, Hani tu manage rumah kecil dia jadi as simple as minimalis. Lawa! Idaman setiap suri rumah dan isteri-isteri untuk menghias rumah secantik mungkin. Bezanya mahu dan tak mahu atau hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih. 

Aien pulak jenis yang cepat terikut gaya seseorang, macam chamelion. Lalang pun hado. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu, mengembu.. haha kesimpulan Aien terpikat dengan gaya dan cara Hani ni tadi. Tetiba dia jadi idola pula dalam bab mengemas ni. Syiok tengok gaya dan tips yang dia kongsikan. Tak lokek gitu. 

Ikutkan kumpulan #kemasrumahwithhani ni, minggu ke-4 dah dalam misi mengemas rumah sampai raya nanti. Ada zon yang telah diasingkan oleh Hani dan langkah-langkahnya pun trlah disediakan. Mudah je. Tinggal nak ikut dan anda pasti akan berpuas hati dengan keputusannya. 

Ceritanya Aien dah plan nak kemas bermula dari dapur dan bilik pantri. Dah siap dah pun plan mengemasnya. Tapi, hari ni terkemas bilik baju pulak. haha

Alang-alang Aien nak keluarkan baju yang dah 5 bulan dok dalam plastik guni sejak pindah rumah dengan khidmat syarikat lori sewa September lepas, tu yang sekali jalan je.

. Malangnya, sebaik-baik perancangan itu, Allah dah tentukan the end of storynya. Haha 

Apakah itu? Aien plan nak decluttered kan semua baju yang tak guna, asingkan satu tempat. Akan tetapi, end up Aien gantung je semua baju-baju tu sebab tak ada kotak lagi nak asingkan dia. Nak guna plastik guni tu, kang bersepuk kat sudut macam tak syiok pulak tengok sedangkan niat asalnya nak buang plastik guni tu kan. 

Walaupun nampak messy jugak, tapi atleast dia messy di sudut tu je. Andai adik beradik atau keluarga in-laws datang, boleh bentang toto sebelah hadapan tu, masih ada ruang lagi. 

 

Asal kejadian bilik ini, dijadikan bilik sidai baju sebabnya al-maklum la rumah flat, jadi ruangan sangat terhad. Esok-esok tempat penyidainya bakal dikalihkan ke tempat lain, cuma masih mencari ruang. 


Lepas dah bawak semua harta karun yang hado, Fuh, leganya tengok bilik ni lapang. Masya Allah terasa luas pulak bilik ni. Haha 

Kalau perasan, gambar memula, tikar getahnya agak tak cukup di ruang depan. Dengan itu, Aien kalihkan ke belakang sana dan ditutupi oleh sudut gantungan tu. Nampak la penuh sikit tikar tu yang pada hakikatnya tidak sama sekali. Sekurang-kurangnya Nayla tak lagi kutil tikat getah Ibu. Haha


Kesudahan kejadiannya. See  nampak lapang sikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ni. Seperti yang Aien cakap sebelum ni, atleast kalo ada tamu datang, dorang takkan tido di ruang tamu. Ye dok? 

Jangan ditanya kenapa tak pasang langsirnya. Sebab tingkap tu tinggi. Aien pulak tak ada tangga mahu pun kerusi. So, benda tu tak wajib sangat la. Haha Lagipun tingkat tiga, tak ada perlu dirisaukan. hehe

Hati ni berbelah bagi tau sebenarnya bila dah kemas macam ni. Nak berpuas hati tu macam tak sampai sangat. Tapi cuba nak pujuk hati  setidak-tidaknya ko dah kemas Nur! 

Next misi, dapur ngan bilik pantri tu. Hope dapat la buat esok atau Rabu nanti. Hari selasa tak buleh sebab Nayla check up. Tengok la. Nak paksa diri pun tak buleh sebab masih sedar diri lagi. 

Doakan dapat kemas before parents Aien nak datang bulan depan. Mrs. Umi tu confirm nak buat spotcheck kat rumah anak dia yang malaih ni. haha

#misimengemas2019

12 ulasan

  1. bilala kerajinan cemni nak muncul kat CT. rasa dah banyak sangat baju2.
    nak declutter mana yang elok lagi tu nak derma. tapi nak mula tu malasnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak sangat kak nak decluttee habis tu. Ada yang molek dari zaman belajar dulu, nak sedekah je.. tapi, tak tau mana nak hulurkan nya.

      Padam
  2. Akak pun macam awak, kalu tetiba mood nak mengemas, rasa macam nak kemas semuanya.. Tapi bila cik M dah datang, satu apapun ta buat.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan².. lagilah bila idea dan ada tapi M tu berpanjangan itu la menyedihkan. haha

      Padam
  3. Hee nak kemas brg and nak buang mana yang tak patut tu la yang susah ya amat huu.

    Ika datang singgah sini kak sha https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang. Sangat konfius nak tengok hok mne satu. haha

      Padam
  4. Fuhhh misi mengemas aien dh bermula dh ye. Teruskan usaha. Hehehe

    BalasPadam
  5. Seronok bila kerajinan itu dtg kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terasa semangat dan berpuas hati bila dah kemas. hehe

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤