SUMMARY OF MARCH 2019

Ahad, Mac 31, 2019

Hi~ Assalamualaikum 

Lama menyepi yer Nur.... 

Actually mentally I'm tired. That's why I didn't post anything because takut memberi impak yang negatif pada diri di masa akan datang. Sendiri baca post lama-lama yang negatif pun jadi depress. Kan? 

So, kita avoid la dari memberi kesan yang tak baik tu pada diri dan orang lain. Lagipun kami sibuk pegi bercuti. And kepenatan itu berganda. I need my rest. 

Makanya, kita akan membuat summary keseluruhan what did happen with my little family this March. Esok dah bulan ke empat untuk tahun 2019. Sebulan lagi nak puasa. Dan aku masih di sini meratapi bahawa puasaku tidak berganti. T^T Tried to ganti, dah niat. Somehow sendiri takut kuat sebab tak bangun sahur and bimbang di penghujung hari akan longlai macam jelly. Haa, Islam itu tidak memudaratkan. Tak apa Nur, slowly cuba untuk esok yaa. Niat dapat ganti separuh bulan pun jadi la. 

Eh, ni dah jadi ratapan aku takdapatgantipuasa je. Ahahaha

Early March, nothing happened to us. Just planning second week nak pergi Melaka sebab Umi dan Ayah Aien turun dari Bumi Kenyalang. Adik bongsu perempuan telahpun selamat berkonvo pada 13 March ritu, sebagai graduan Archicture. Moga terus maju dalam usaha mencari kerja pulak ye. Semoga juga dipermudahkan usaha kau nak bayar duit pinjaman pembelajaran. Haha You knoe what I mean. Kah~ 

Second things happen, my older sister, the only sister atas Aien telahpun dipinang orang dan in shaa Allah bakal melangsungkan majlis pernikahan sebelum puasa ni. Juga Aien doakan moga dipermudahkan urusan ya sis. Jangan stress-stress. Pasni boleh la tarik napas sekejap.

Itu cerita bab keluarga besar. Bila musim cuti sekolah, Tuan Izwan ngajak p mandi pantai. Eh, baru teringat hari tu nak update Nayla mandi pantai. Haha

Jauh nun ke Mersing kami pergi, menyewa bilik di Kg Sri Pantai. Best! Sunyi. Haha Sayangnya kami tak ada bawak dapur kecik untuk bakar-bakar malam tu. Sudahnya pergi makan sekitar kawasan kampung yang sendu macam tak ada orang sangat. Mungkin ramai ke Pantai Air Papan sana kot. Sempat jugak jenguk Istana Flinstone Diraja yang separa siap. Lawa! Macam betul-betul dalam kartun tu. Sayang, Aien tak buleh turun sebab Nayla dah tidur kepenatan mandi pantai.

Sebelum balik, konon nak la merasa Asam Pedas warga Mersing, juga sendu sebab tak kena layan. Geram pulak rasa hati kita datang nak makan, pekerja boleh buat don't know dengan meja bersepah tak dilapkannya. Maka, bai bai la untuk mereka. Pengajaran buat Aien, tapi tak tahu la untuk orang lain. Mersing lagi susah nak cari makan daripada Miri. Haha

Pahtu, sampai Pekan Nenas baru melantak makan lagi sebelum sampai rumah mak mertua. Lagipun tak berapa syiuk jalan sebab masing-masing kurang sehat. Dengan batuk pe semua. Leceh pulak rasa.

Tu je la kan. Untuk March ni. We'll see what happen in April. Perancangan tu tak ada apa la. Cuma yang di remark dalam kalendar istiqamah setiap bulan adalah my monthly check up. Kah~ Kali ni nak kena standby tanya how to travel balik Miri ni. Tak shabar rasanya. hehe

Till we meet next month. haha dalam setengah jam lagi. K bai. 

4 ulasan

  1. my birthday month hasn't been since my health actually deteriorate for quite some time. right now i am focusing on getting better. all da best for april

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut la senyap je. Moga diberi kesembuhan segera yaa.. ^^

      Padam
  2. banyak juga tu jalan2 in March. mine.. sendu hee dok golek2 kat rumah ja =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki dapat jalan².. lepas ni dok je kat rumah bila cuti husband dah tggal bpe je. haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤