ONE WEEK LATER...

Isnin, April 08, 2019


Hi~ Assalamualaikum

After a week of April huh Nur~ What a good blogger. Gone by sickness that melanda our little family starting by Nayla got demam on 3rd April. Ingatkan demam nak tumbuh gigi ke hape. Tak jugak. Rasanya disebabkan heating yang terlampau panas, yang kita dewasa pun tak boleh nak co-op and later she just doing fine.. And somehow balik rumah nenek dia boleh pulak suhu hit 40°c. Wow! Malam tu jugk bawak p klinik, sumbat ubat bontot. And alhamdulillah she is okay. Cuma sekarang tinggal flu, batuk dengan sisa kahak degil yang masih sangkut di sistem pernafasan dia. Suara pun jadi besar. Comel je. Alih-alih lepas dia dah okay, Ibu pulak kembali dengan batuk yang sangat berbahaya untuk ibu mengandung. Sampai terkencing-kencing, lagi. Cuma kali ni disertakan dengan flu sikit. Actually hidung tersumbat dek kahak degil tu jugak. Geram je nak bernafas bila nak tido. Adeehhh~ sakit itu penghapus dosa Nur. Usah kau membebel di sini. 

Well, everything just doing fine. Suhu yang semakin panas, dengan kadang-kadang jerebunya. Allah~ dok rumah pun terasa bahang apatah lagi kalau di luar. Sampai adik ipar suh mak mentua pasang aircond. Haha Sebab panas sangat. Nak lepak kat pondok belakang rumah, angin pun tarak. Aduhh~ dugaan akhir zaman ni Ya Allah. 

Punya tak tahan batuk tu, ajak Tuan Izwan p klinik. Nak tengok kat tekak tu luka ke tak, sebab peritnya terasa. Sampai longlai rasa badan. Makan pun tak ada selera. Sian naa anak Ibu sorang dalam ni. Last, doc cuma kasi ubat batuk (makan bila rasa perlu ja) ubat kumur untuk cuci tekak tu dan gula-gula untuk legakan tekak tu. Fuh, faham la kan tekak tu yang kurang dapat air. Musim panas Nur. Minum air banyak-banyak. 

Uolls.. jaga diri tau. Semoga kita semua sentiasa sehat ye. K la nak cek out. Tak terdaya rasanya dengan batul tak henti ni. Pray for me k...


6 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤