WARKAH BUAT KELUARGA

Ahad, April 21, 2019

Hi~ Assalamualaikum

April, dalam senyap-senyap bulan ini berlalu, terbuka satu kisah yang sekian lama sering kali berulang. Keluarga, orang yang paling rapat di hati yang selalu dirindui, menjadi duri dalam daging pertumbuhbesaran seorang manusia. Ibu bapa, pencorak anak-anak. Namun, ianya bukan tugas yang mudah. 

Aien, anak kedua daripada tujuh adik beradik membesar dalam keadaan yang serba negatif. Lumrah Ibu bapa asian, terutama di Malaysia selalu membandingkan anak mereka dengan orang lain. Penderaan mental bukan lagi benda yang asing di kalangan institusi keluarga bangsa kita ini. Mungkin kita tak tahu apa rahsia di sebalik tembok sesebuah rumah. Akan tetapi, kita menjadi manusia yang menilai orang melalui luaran. Nama juga manusia, tetap tak belajar daripada kesilapan. Mengulang kesalahan yang sama, walau telah meminta maaf. Maaf itu tiada ertinya jika hati masih juga ego dan taksub dengan tiket keibubapaan. 

Seawal usia 13 tahun, sebaik saja tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah kami di hantar ke bumi semenanjung membesar di luar pantuan yang bernamanya Ibu dan Ayah. Ya, memang bagus hantar anak belajar di asrama, tapi kalau jauhnya seribu batu, telefonnya sebulan sekali pulangnya setahun sekali, sama saja dibuang keluarga, kan? Fikir si anak yang biasa diherdik, dimaki sedari kecil. Hanya kerana permasalahan kewangan, disamping kerapatan kelahiran anak-anak, mereka menjadi mangsa. 

Saat ini, anak-anak sudah menjauh kalian cuba merapati dengan menuntut hak sebagai Ibu bapa, betapa berkecainya hati sang anak. Terikat antara perasaan sendiri dan taatnya seorang anak. Dibuat baik tidak disebut, kejahatannya dicanang seluruh kampung. Mengalir lagi air mata si anak, mencari apa dosanya lahir ke dunia ini? 

Pintanya dari kecil, "Allah, matikan la aku sekiranya aku menyusahkan Ibu bapaku.." tapi masih juga Allah panjangkan umur menahan rasa hati sehingga kini, ditanya oleh si Bapa, "Apa lagi yang kalian mahukan?". 

Sebak lagi di dada sang kakak mendengar kisah si adik. Sang kakak, bersyukur dikurniakan memori wiper. Saat dia mencipta memori baru, kenangan lama hilang dari ingatan. Cukup saja pengalaman hidup dalam aura negatif. Kini, dia mahu bebas dari aura itu. Salahkah kita menasihati si Ibu dan Bapa untuk mendengar luahan si anak? Katanya si anak berbicara kasar dengan diri. 

Kami, sudah jauh wahai Umi dan Ayah. Jauh memendam rasa dan pintanya cuma satu. Berhenti menilai kami seorang demi seorang. Kami bukan peserta yang ingin dinilai oleh kalian. Kami cuman anak-anak yang inginkan belaian kasih dan sayang. 

Sedih melihat keluarga yang semakin jauh. Iri yang hati melihat orang lain tersenyum dipeluk Ibu dan bapa mereka. Adakah mereka juga hidup dalam kepura-puraan?

Detik ini, sang kakak cuma mahukan adik-adik terbuka hati memaafkan kedua orang tua mereka. Namun, hati mereka sudah tawar. Katanya, jahat-jahat mereka orang tua kita. Maafksn mereka atas kesilapan lalu mereka. Lepaskan beban hatimu agar kamu boleh tersenyum seikhlas hatimu. Dunia semakin parah, redha mereka kita perlukan. Walau hati kita terluka teruk, mereka la syurga buat kita. Jika tiada hati untuk memaafkan mereka, letakkan dirimu di tempat mereka. Kerana satu hari nanti kita pasti melaluinya. Apa yang kita lalui sekarang, mungkin saja bakal dilalui anak-anak kita dan kita pula merasa apa yang dirasa oleh kedua orang tua kita. Sebaik mana pun usaha kita untuk mengelak, Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuannya. 

Pedih hati, tak dapat berbuat apa-apa. Doaku buat kalian, semoga diperlembutkan hati untuk memahami dan memaafkan mereka. Giliran mereka pulak inginkan perhatian kita. Membayangkan suatu hari tanpa mereka, saat itu kerinduan kita tiada ubatnya. Kerana mereka, kita hadir ke dunia walaupun tidak diingini. Kerana mereka juga dalam diam kita membesar dengan luka penuh di hati. Kerana mereka juga, kita belajar erti kehidupan. Mereka asal usul kita. Tanpa mereka siapa lah kita. Maafkan mereka kerana culas dalam membesarkan kita. Maafkan mereka kerana masih ego atas tiket orang tua kita. Tapi, kita berhak memilih untuk lepaskan mereka pergi dengan atau tanpa penyesalan. 

Dan aku, sejak bergelar seorang Ibu, aku belajar perlahan-lahan perasaan Umi. Ditambah memegang title anak yang juga agak rapat ini, membuatkan aku terkenang perasaan Umi saat ayah kerja jauh, memikirkan keluarga dan dirinya. Kita manusia takkan pernah dapat membaca hati dan minda orang lain melainkan si anu berbicara dengan kita. 

Perasaannya tak jauh beza cuma aku beruntung dikurniakan suami yang boleh membantu serba sedikit. Jika mahu ditolong, cakap. Jika tak mahu tolong, juga kasi tau. Supaya tidak membuat andaian sendiri antara sama lain. 

Tika ini, aku mengerti yang mana kesilapan orang tua kita dan mereka menjadikan kita mangsa keadaan. Percaya la adik-adikku, tiada Ibu bapa yang tak sayang anak mereka. Cumanya sikap mereka itu membuatkan kita kecil hati. Sikap di luar sedar mereka itu, membuatkan kita rasa tidak dihargai yang kebanyakan masa mereka tidak nampak. 

Stop blame on us, fix your marriage away. Kami dah penat. Benda begini seharusnya berakhir sebelum kami ditinggalkan dalam penyesalan. 

Maafkan mereka dan doakan mereka supaya dilembutkan hati dan diturunkan ego untuk berbicara dengan kita heart to heart. 





3 ulasan

  1. Allahu... Kuatnya awak dan adik beradik yg lain. Faham, kadang2 ibu bapa ini ada kerenahnya. Sometimes, kita mengharapkan yg lebih baik. Tapi, percayalah, Allah bagi ada hikmahnya. Tengok awak dan adik beradik skrg, kuat kan? Relationship masih boleh dibaiki, tapi kekuatan itu yg susah dicari. Untungnya awak semua, dah dapat dah kekuatan itu.

    Anyway, you have such a strong and pure heart. Being able to forgive them is not easy, I believe. Apatah lagi, perasaan disakiti itu ada sejak kecil lagi. Teruskan. May Allah reward you with His blessings. InshaAllah amin :)

    Salam from https://insyirahanorpiah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Kesiannya aien.. tapi mama Tau aien seorg yg tabah Dan kuat.. u are abetter person

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤