DAH HABIS BERAYA KE TU?

Rabu, Jun 19, 2019

Assalamualaikum w.b.t

Hai, lama tak jumpa kan? Sejak dari Ramadhan lepas rasanya mood nak menaip entry untuk blog semakin merundum. Nak kata berkabung di masjid tak ada la jugak. Busy pun tidak tapi penatnya yang amat. Emosi dan mental kurang sihat, menyebabkan otak langsung tak boleh menghasilkan idea untuk entry. Eceh..

Memandangkan kita masih dalam bulan Syawal lagi, Aien nak ucapkan Selamat Hari Raya la pada uolls yang  keep coming here, (eh, ada ke? ) hehe dan tak jumpa jugak Tuan Tanahnya ni. 

Well, bila dah raya mesti kita nak ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kan? Tapi, Aien serius segan giler kalau ada member kata nak datang beraya. hee~ bukan apa tahun ni tak ada buat persediaan apa-apa melainkan baju raya saja. Nak berbeli pun fikir bajet untuk berpantang nanti. Moga lepas pantang mood nak deco rumah tu datang la ye, dengan harapan Raya tahun hadapan in shaa Allah orang dah boleh datang beraya. Haila, dah fikir raya tahun depan. Puasa yang lepas dah ganti ke? Haha Alhamdulillah puasa tahun ni penuh walau sarat mengandung. Rezeki adik la, dan terima kasih juga izinkan Ibu berpuasa. Betul la kata orang, semua itu tinggal hendak dan tak je. Tak apa, lepas berpantang nanti. Kita slow² ganti yang kakak Nayla punya pulak. 

Sebut pasal ziarah ni, Aien nak kisahkan la sikit ni. Ada sorang member ni, raya tahun lepas tak ada pulak dia sibuk nak datang ke hape, or mungkin sebab Aien berpantang jauh kot (sangka baik) tetiba tahun ni, dari raya pertama dok tanya ada kat rumah ke tak? nak datang. Hadoh hadoh hadoh... Kita ni, tau dia ada anak kecik, sibuk nak kutip duit raya untuk anak dia. Halah, kita pun ade. Tak sibuk jugak nak beraya. Rasa malas lagi ada sebab si kecik ni tak nak dengan orang. Meleset kat ayahnya aje. Sian pulak. Baik dok rumah makan kek lapis yang Mak ayah bawakkan hari tu. Haha 

Tahun ni, masih beraya dengan MIL sebab awal Ramadhan dah balik Miri. Parents pun datang sini tapi beraya di Melaka. Cik Suami ajak ke Melaka, malas je lebih nak jalan jauh ni. Masa tu sibuk je sakit muntot bagai. Ade je alasan kan? haha

Sudahnya berjumpa dengan keluarga pada Raya ke-empat sekaligus di majlis sambut menantu kakak di Bukit Gambir. Haa~ senang. 


Hasilnya ,inilah potret Raya kami. Boleh la dari tak ada. Kami pun lambat datang sebab sibuk singgah Raya di Kluang. Belom tambah dengan jammed highway lagi.


Yang ni, family penuh la jugak except adik ipar sorang tak ada. Tiga dah menantu laki Pak Ashadi. Cucu pun nak tambah dua lagi tahun ni. Haha Such a happy family je nampak. Tak tahu menahan bahang panas bawah khemah ni macam apa. Well, semoga Syawal hadapan kita masih boleh tersenyum begini lagi. 

Tu je ceritera Raya keluarga kami. Nak jalan sangat pun Cik Suami tak berapa sehat dek cuaca yang tak menentu sekarang. 

Selamat Hari Raya dari Aien,
Maaf Zahir Batin. 😘 

2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤