Bakal Merindui Andai Benar...

Sabtu, Oktober 05, 2019


Hi~ Assalamualaikum | Bakal merindui andai benar ia akan terjadi. 

Khamis lalu, Encik Suami bertanya, nak tak pindahkan rumah bawah? Ada orang tu nak keluar bulan 11 ni. 

Daku menjawab of course mahu, sebabnya penat naik turun tangga duduk tingkat tiga ni. 

Dua hari berfikir. Syioknya dapat pindah. Dapat deko rumah baru. Dapat beli perabot dah pelan-pelan. Dah dok tingkat satu, mesti dok lama sikit walaupun kuarters je. Girangnya hati seorang pengurus rumah tangga ni. Encik Suami pun tak payah nak turun naik tinggi-tinggi tiap kali balik rehat. Tak payah bersusah payah tiap kali kalo angkat tong gas bila emergency habis. Dan tak susah la jugak tiap kali berbeli barang keperluan rumah. Tingkat satu je. Naik 18 tangga ja dah sampai. Daripada yang sekarang dekat 50 anak tangga jugak tu. ke lebih? haha 

Itu la delima bila duduk rumah tinggi ni. Tapi, petang tadi, dengan hujannya. Dengan redupnya, dengan sepinya di tingkat tiga ni buat Aien terfikir. Mahukah aku dengar bebudak lari-lari tiap petang kat tingkat satu tu?  

Hati menjawab, tak apa. Lagipun nanti Nayla ada kawan. 

Encik Suami pun ada kata, rumah tu sekarang catnya warna terang. Masa tak fikir panjang, kata cat aja. Hehe 

Aduh, berbolak balik pulak hati ni. Ikutkan penat nak je pindah. Tapi, ikutkan tenang. Adooo.. 

Okay, be positif. Akan tenang jugak kot. hehe Lagipun dok tingkat satu, senang keluarga nak datang. Kalau duduk atas sangat ni, mesti orang berdolak dalih nak datang. Sebab malas nak panjat. 

Gambar di atas adalah view dari belakang rumah. Syiok kan? Agak-agak kalau duduk tingkat satu? dapat ke view ni? 😅 

Fikir-fikirkan laa.. 


6 ulasan

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan kak! Blogwalking malam minggu sini :D

    BalasPadam
  2. Duduk tingkat bawah pun kalau orang taknak datang tetap taknak datang haha

    BalasPadam
  3. Selamat merasa suasana baru. Yang penting selesa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Apa pun resultnyaa,, terima dengan hati terbuka. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤