Hi~ Assalamualaikum | Salam Jumaah dan Izz dah 3 bulan!
Pejam celik pejam celik ye,, dah tiga bulan dah bucuk macam Ibu nih.. Masa korang kecik gini la rajin bebeno Ibu up tiap kali month-day korang. Bila dah dapat kaki nanti,, payahnya...
Huish.. sungguh Ibu masih terpesona, eh.. Terkilan,, eh lagi bukan. Lagi terkesima gitu... Kagum? bukan.. bersyukur sangat,, alhamdulillah dengan kehadiran awak, Nami.
Yang terkilannya Ibu nak nama Niyaz, ayah berkenan dengan Izz Najmi ni. Tak apa la. Simpan untuk bakal adik kamu pulak ye. Bila tu tak tau la kan. :)
Benar la kata orang, tiap anak lain pengalaman. Tiap anak itu ada cerita dia sendiri. Kamu punya cerita, luar biasa bagi Ibu dan nak semat kat sini biar Ibu ingat sampai bila-bila.
Macam cerita kakak, Ibu pun dah lupa dah, macamana perjalanan dia kalau tak diabadikan di sini.
Kita akan ingat bila kita berada dalam situasi yang agak sama, tapi tak serupa. Ye kan?
Maaf la Ibu selalu biarkan Nami sorang-sorang sampai nangis baru Ibu datang. Hehe Nami kan good boi. Sebut good boi, dah 3 bulan baru Ibu perasan, awak ada dua pusar!! O My Allah! Ibu pun googling why the wrong with dua pusar ni. Haa, anak Ibu sorang ni terlebih cerdik laa. Moga Ibu diberi kekuatan la nak handle awak punya gaya nanti ye. Sekarang ni masih good boi lagi. Alhamdulillah.
Izz Najmi,, Bintang kekuatanku. Yang beri semangat masa Ibu confius sangat-sangat bila tau awak ada dalam rahim Ibu. Itu pun awak dah empat bulan, baru sedar. Maknanya, hadirnya awak, tak banyak ragam. Bertambah senang jika nak dibandingkan dengan kakak. Tapi, iBu tak nak la bandingkan anak Ibu. Serius Ibu pun sedih tengok kakak, a bit regret sebab masa dia even Ibu jaga pantang semua, still ada khilafnya. Maafkan Ibu kakak.
Kita sama-sama belajar ye anak-anak. Ibu ni kena kasi positif vibe awal pagi supaya hari kita lalui itu berjalan dengan aman dan damai. Walaupun dalam hati Ibu terdetik tak sabar tunggu awak besar, tapi Ibu nak awak stay macam ni boleh tak?
Nanti awak dah besar, awak dah tak nak Ibu peluk awak. Gomol awak. Nanti awak dah besar, Ibu awak dah tak pandang. Nanti awak dah besar, Ibu awak tengok sebelah mata ntah sudah entah tak. Addooo~ mak mak be like.
Anak-anakku sayang,, buah hati Ibu, permata jantung Ibu.
Kakak dah tak sabar nak main dengan awak, awak pun Ibu tengok asyik tengok je kakak lari sana, lari sini. sabar ye. Pejam celik je. Esok lusa tengok dah korang main entah ke mana.
Jangan la diikutkan perangai buruk Ibu ni. Moga Allah kurniakan anak-anak Ibu, sifat soleh dan solehah, jadi penyelamat Ibu dan ayah di dunia dan akhirat. Korang je la saham Ibu dan ayah yang paling berharga.
Jom la kita momento kejap. 2344, masa ni Ibu dah tak tahan sakit awak nak keluar. Tapi, ayah baru masuk tido. Sebabkan, nak elak benda bukan² terjadi.. sekali lagi Ibu dan ayah redah tengah malam demi anak-anak.
Kakak, redah tengah malam, tapi sakitnya sampai ke siang. Awak, memang dah sakit yang amat sampai dalam perjalanan Ibu asyik ketap gigi. Tepuk tangan ayah, bila ayah rasa nak speeding. Masa ni, Ibu tak tahu anak Ibu good boi. Apa pun Allah bagi Ibu is redha, cuma kalau lelaki.. Ibu nak rehat kejap. Sebab mental Ibu tak berapa nak kuat.
Alhamdulillah, usai saringan semua. pup pap pup pap.. kita dah kat labour room. Tunggu jalan untuk awak keluar je.
Mengandung adalah nikmat, bersalin adalah rahmat. Sakit kedua-duanya adalah penghapus dosa. Hadirnya kalian dalam hidup Ibu, adalah satu anugerah yang tak terhingga.
Sakit punya sakit, disebabkan Ibu tak tahan sangat.. Sebelum subuh Ibu push awak. Awak sedap tidur masa tu. Keluar pun tak ada nangis. Haa, belom apa-apa lagi dah kena puk buntot. Ibu kepenatan boleh pergi dodoikan awak. Hahaha
Nikmat kedua tak terhingga, hasrat Ibu nak pegang anak Ibu fresh from oven tercapai. Kecik je awak masa tu. Sekarang dok kat dada pun terasa dah sadonya Shaolin Ibu nih..
Momento sungguh. Dalam pantang pun awak tak banyak ragam. Terima kasih anak-anak Ibu, masing-masing behave je dalam pantang. Ibu je la yang nak emo lebih. Yela,, kita pantang dengan mil. Dari sudut penjagaan dah sempurna, cuma kita saja yang tak selesa kan?
Kalau nak pantang dengan Opah, kesian kat ayah pulak..
Bila diri sendiri dah segar, tak sabar nak balik rumah. biar pun buruk macamana, rumah sendiri is the best.
Doa kan kita dapat pindah ke tingkat rendah sikit. Senangkan kerja ayah yang saban minggu berangkut kita anak beranak. Lama-lama ayah tu tinggal tulang je. udah ler memang kecik je.
Apa pun anak, Ibu doakan kamu.. mOga jadi anak yang soleh, membesar dengan sihat walafiat. jadi la bintang kekuatan Ibumu ni, biar Ibu dapat berteduh pada kamu hartaku dunia akhirat.
Happy 3rd month-day. 🎈 ♡
8 ulasan
Alhamdulillah..tahniah..dah habis pantang dah ye.
BalasPadamTerima kasih sis. dah~ tp pantang 100 hari belom lagi. hehe
Padamalhamdulilah... semoga izz najmi menjadi anak yang baik dan soleh buat ibu n ayah ya
BalasPadamTerima kasih sis atas doanya. Aamiin ya rabbal alaamiin.. ^^
Padamso sweet la ibu cerita pasal nami dan nimi kat sini. stay strong my sista. moga Allah permudahkan perjalanan hidup kalian sekeluarga. ^_^
BalasPadamAamiin. Moga terus kuat untuk keluarga kecil kami. ^^
PadamSemoga Najmi akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah serta berjaya di dunia dan di akhirat, Insha Allah.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..
BalasPadamhttps://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html
Terima kasih sis. ^^ eh,, iye ke? Terima kasih sekali lagi.. :)
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤