HI, NOVEMBER!

Jumaat, November 01, 2019

Hi~ Assalamualaikum | Hi, November

November merupakan bulan kesebelas dalam kalendar Georgian dan merupakan bulan terakhir dalam lima bulan yang mempunyai hari kurang daripada 31 hari. November juga dikenali sebagai bulan kesembilan dalam kalendar Romulus. -wiki

November juga turut dikenali sebagai di antara bulan dalam musim luruh sebelum datangnya musim sejuk pada bulan Disember.

Pada kita warga Malaysia ni, November merupakan bulan pertama untuk musim tengkujuh. So, siap siaga warga kota dan desa yang sering terdedah dengan banjir kilat  banjir besar ni. Moga Allah pelihara kalian.

Buat Aien, november ni tak ada la special sangat dari apa-apa segi. Cumanya ada tarikh kelahiran beberapa orang yang penting dalam hidup Aien dan bulan ni kena dua kali dalam dua mggu pergi klinik. 👻

Pasai pa? Pasalnya si adik cucuk 4 bulan , tak buleh tarik pegi date kakak dan kakak pulak cucuk 18 bulan tak buleh tarik pegi adik punya date. Haa, nasib la labu.

Perancangan November tidak la meriah sangat kerana dah hujung tahun, cuti pun dah tak banyak. Budak-budak pun dah cuti sekolah, orang ramai bakal memenuhi tempat-tempat beriadah dan kita yang sendu ni cuma mampu duduk di rumah melayan karenah anak-anak kecil ni je la. Memandangkan minggu ni pun dorang start macam tak sehat.

Opening November seem like meriah dengan event sekitar kawasan berdekatan dengan tempat Aien tinggal terutamanya di Skudai dan Pontian. Haa, uolls tahu ke?

FESTIVAL KONVOKESYEN UTM -63 
sekaligus Pesta Makanan Viral Skudai, UTM bakal berlangsung dari 1 November sehingga 7 November. Wow, menarik kan? Boleh lagi cuci mata di awal bulan ni. Haha

UNTUK INFO LANJUT BOLEH LAYARI KLIK DI SINI

Macam biasa la kalau ada FESKO ni mesti ada jualan dan persembahan daripada artis jemputan. Antaranya Adam Corrie, Hael Hussaini, Rabbani dan ramai lagi. Jom bawak keluarga sanak saudara jalan-jalan cuci mata.

Yang keduanya menarik perhatian Aien semalam jalan-jalan di blog kak Mia Liana, terjumpa dia promote satu event di Bandar Pontian. So, sini Aien sharing lagi la kan,, untuk tatapan tambahan mata mana tahu ada warga blogger yang duduk di sekitar Aien ni kan.

UNTUK INFO LANJUT BOLEH LAYARI KLIK DI SINI

Syiok ni sebab kalau bab makan, Aien nombor satu. Bela saka buat masa ni, susah sikit nak diet. Uolls jangan dengki pulak. Makan bila sunyi, sedih dan gembira. Hidup untuk makan ke makan untuk hidup nih? 

Semoga November ini bawa barkah dan keajaiban buat kalian semua pembaca blog ni. Selamat berhujung minggu ya. 

Till the next event. ^^

10 ulasan

  1. Kejap je dah masuk November. Sekarang memang musim tengkujuh dan kena berwaspada lah dengan musim hujan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Musim hujan macam ni boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

      Padam
  2. The best month for me.. November Rain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rain rain go away. Aien suka hujan jugak, tapi takut bila diiringi dgn guruh serta kilat dan petir. Huwaaa~

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤