Perginya takkan kembali | Hi~ Assalamualaikum.
Sebelum apa-apa, mari kita sama-sama sedekah al-fatihah buat allahyarham. Al-Fatihah,
credit: carian google |
Berita sedih yang diterima semalam merupakan khabar trauma buat sesiapa sahaja. Walaupun arwah bukan la kenalan rapat Aien, tapi beliau merupakan teman sekerja Encik Suami.
Serba sedikit tentang arwah yang Aien dengar daripada Encik Suami, adalah merupakan seorang yang baik dan sepanjang hampir tiga tahun berkahwin dengan Encik Suami, adalah dalam kurang dari sepuluh kali Aien berjumpa dengan arwah.
First jumpa masa majlis mengundur, beliau datang dan diperkenalkan oleh Encik Suami. Terkejut, dan satu je ayat terdetik dalam hati. Baiknya Encik Suami berkawan tak memilih orang. Hati kecil ini sangat terharu melihat keadaan arwah buat masa tu. Beliau boleh dikategorikan sebagai seorang cacat rupaparas namun itu tak menghalang beliau untuk bekerja.
Kali kedua berjumpa tika Pertandingan bowling anjuran Kelab Keluarga tempat kerja Encik Suami dan melihatkan beliau juga turut serta dalam bermain bowling, jelas kelihatan, arwah memiliki semangat yang waja untuk hidup.
Dan masa menunggu tarikh Izz lahir, Encik Suami khabarkan bahawa beliau disahkan menghadapi kanser kulit dan bakal menghadapi pembedahan. Allah~ arwah memang sepatutnya pencen tahun hadapan kalau tak silap Aien, akhirnya pergi tanpa kembali buat selamanya.
Sedih, sebak tika petang semalam jam 3 petang, Encik Suami hantar pesanan, "Abang Jabar dah meninggal."
Zap! Sentap.
Baru Ahad lalu, Encik Suami dan pengawai atasan menziarahi arwah apabila mereka dimaklumkan oleh adiknya, beliau dimasukkan ke hospital semula kerana didapati kanser sudah merebak ke hati dan berada di tahap ke-empat. Allah~
Sedih. Bulan lalu, sempat juga kami menziarahi arwah di rumah ibunya di Pasir Gudang. Terkejut melihat dirinya terlalu kurus dan tangannya sudah tiada. Sedih kerana beliau seorang yang kuat semangat itu, telah tiada. Namun, masih juga tidak berputus asa. Masa boleh tersenyum bercerita akan sesi rawatannya yang dipindahkan dari satu hospital ke satu hospital kerana kekurangan pakar. Bayangkan, dari Izz lahir sampai Izz dah 2 bulan, baru dapat ziarah arwah. Dan kini..
Kembalinya beliau selepas zohor tadi, dan telahpun dikebumikan selepas solat asar. Encik Suami pun tak sempat melihat jenazah kerana kesesakan lalulintas dan cuma berkesempatan melihat kuburnya.
Moga arwah tenang di sana. Bersemadi bersama roh-roh orang yang beriman. Al-Fatihah.
credit: carian google |
6 ulasan
Takziah buat suami aien atas kehilangan sahabat sekerja..
BalasPadamTerima kasih Kak Sha ^^
PadamØ¥ِÙ†َّا للهِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
BalasPadamAl-Fatihah...
بِسْــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØِÙŠْـــــــــمِِ
اَÙ„ْØَÙ…ْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَÙ…ِينَ ۞ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ ۞ Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإيَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ ۞ اِÙ‡ْدِÙ†َا الصِّراطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّØ°ِينَ أنْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّÙŠِÙ†َ
آمِّÙŠْÙ†...
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para shuhada dan solihin.
اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†...
Aamiin ya Rabbal alamin. :'(
PadamTakziah , al fatihah . Semoga beliau di tempatkan dikalangan orang yang beriman .
BalasPadamSaya pernah hilang kawan baik lelaki , sakit dalam perut . Doktor gov cek ala kadar je cakap gastrik , sekali dah seminggu sakit makin teruk dia g hosp UIA , check ada masalah dalam perut . Macam sakit gangrene macam tu kat usus . sedih sangat , baru balik melawat dia tak sampai 10 minit , dia pergi tinggalkan kitorang . Mungkin dia nak jumpa kawan-kawan dulu sebelum dia pergi jauh .
Kan? selalunya macam ni yang kalau boleh nak dielakkan, tapi nak buat macamana, ajalnya telah tiba. :'(
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤