Review Korea Drama Love Alarm Season 1 (2019) | Hi~ Assalamualaikum
Dalam banyak-banyak drama korea pada tahun 2019 ni, ini adalah di antara drama yang Aien tengok. Selepas tertengok Catch The Ghost hari tu, teruja pulak nak tengok korea drama yang lain.
Melihatkan pada pelakonnya, tak terdetik pun hati nak tengok walaupun genre kegemaran. Teruk kan? Memandangkan terjumpa satu channel yang menawarkan saiz video yang agak kecil, dan buat hilang bosan hujung minggu, makanya kita tengok aja.
Kim Jo Jo, merupakan seorang pelajar yang tak merungut dengan kehidupannya yang menumpang, akan tetapi sepupunya iaitu Park Gul Mi seorang yang gilakan populariti menganggap Kim Jo Jo ini umpama parasit. Apatah lagi orang yang disukainya memilih Jo Jo daripada dirinya.
Hwang Sun Oh, seorang remaja yang membesar daripada keluarga yang serba mewah, terkenal hasil dari Ibunya seorang pelakon dan ayahnya seorang ahli politik. Akan tetapi, dia ketandusan kasih sayang dari orang yang benar-benar ikhlas pada dirinya tanpa memandang harta keluarganya.
Lee Hye Yeong pula anak kepada orang gaji di rumah Hwang Sun Oh, berusaha melindungi Sun Oh selepas melihat lelaki itu cub diracuni Ibunya sendiri ketika kecil.
Namun, semua berubah apabila Sun Oh jatuh cinta pada Jo Jo yang tika itu juga disukai oleh Hye Yeong walaupun tahu Jo Jo mempunyai kekasih. Hye Yeong mengalah demi Sun Oh, akan tetapi Gul Mi memaksa Jo Jo untuk berpisah dengan Sun Oh.
Agak complicated kan? Jap Aien lukis.
Gigih I olls lukis. Haha Nampak tak dari peta ni? Ceritanya pusing-pusing kat situ la untuk siri pertama ni.
Bila satu sekolah dapat tahu bahawa Sun Oh suka akan Jo Jo tapi masing-masing tak kecam Sun Oh, tapi Jo Jo. Kesian Jo Jo tu. Tak pasal-pasal disebabkan sepupu yang busuk hati tu. Geram je Aien tengok Gul Mi tu tau. Acah bagus je. Tapi, dia tak sedar, orang yang suka dia tu la sebenarnya orang yang dia nak sangat jumpa di episod terakhir nanti. Haha Bak kata orang, ludah ke langit di jilat semula. Eh, ada ke pepatah ni? Lebih kurang la kan.
Duk Gu kasi smartphone pada Jo Jo untuk Jo Jo mengetahui isi hati dia sebenarnya. Well, dia tak bermaksud nak bagi kat Jo Jo, memandangkan orang yang dia nak bagi tu tak sudi. Haha Sayang seribu kali sayang. Aien dok tengok ni pun geram jugak. Ohh ya, untuk pengetahuan korang, drama ni berdasarkan webtoon yang popular di Korea. Kiranya adaptasi komik la drama ni
Ah~ tak sabarnya tunggu siri kedua yang setakat ni dorang dah buat pengumuman memang akan ada siri kedua. Palli!!
Kesian Sun Oh tu tau. Sedih dia sebab orang yang dia sayang semua tinggalkan dia. Ha, korang dah tengok belom? Kalau belom, boleh la cari di Dramanice atau di mana-mana link atas talian.
Till next drama. Jaa Nee!
aienienka
Gigih I olls lukis. Haha Nampak tak dari peta ni? Ceritanya pusing-pusing kat situ la untuk siri pertama ni.
Bila satu sekolah dapat tahu bahawa Sun Oh suka akan Jo Jo tapi masing-masing tak kecam Sun Oh, tapi Jo Jo. Kesian Jo Jo tu. Tak pasal-pasal disebabkan sepupu yang busuk hati tu. Geram je Aien tengok Gul Mi tu tau. Acah bagus je. Tapi, dia tak sedar, orang yang suka dia tu la sebenarnya orang yang dia nak sangat jumpa di episod terakhir nanti. Haha Bak kata orang, ludah ke langit di jilat semula. Eh, ada ke pepatah ni? Lebih kurang la kan.
Mata ke mata, hati ke hati, eh ternyanyi pulak. Hwang Sun Oh ni curious dengan Jo Jo ni ada pelbagai sebab. Antaranya, Jo Jo adalah satu-satunya gadis yang berani tengok muka dia. As seseorang yang popular, mesti la ramai orang suka tapi takkan tengok tegak ke arah muka dia kan? apabila Jo Jo tengok dia macam, eh aku kenal ke mamat ni? Trigger dia nak tahu Jo Jo ni suka dia ke? Twist dia kat situ la kan?
Dan bila Jo Jo bertarung dengan dirinya yang agak trauma tika ibu bapanya cuba membunuh diri mereka sekeluarga, tetapi Jo Jo sempat tersedar dan lari menyelamatkan dirinya. Ketika sekolah mereka menganjurkan school trip ke Pulau Jeju, Jo Jo teringat balik pengalaman pahitnya.
Walaupun boleh dikatakan drama ni cuba sembunyikan siapa developer aplikasi Love Alarm ni, dari satu episod, Aien dah boleh agak dah si Duk Gu ni. Duk Gu yang kelihatan nerdy je suka pada Gul Mi, tapi ditolak mati matian oleh gadis tersebut. Boleh agakkan sebab dia?
Sedih juga jadi Duk Gu ni, bila cintanya ditolak, dia cuba bangun balik. Walaupun tahu, sukarnya nak bangun kerana mereka masih berada dalam kawasan yang sama.
Duk Gu kasi smartphone pada Jo Jo untuk Jo Jo mengetahui isi hati dia sebenarnya. Well, dia tak bermaksud nak bagi kat Jo Jo, memandangkan orang yang dia nak bagi tu tak sudi. Haha Sayang seribu kali sayang. Aien dok tengok ni pun geram jugak. Ohh ya, untuk pengetahuan korang, drama ni berdasarkan webtoon yang popular di Korea. Kiranya adaptasi komik la drama ni
Melihatkan segala konflik yang dialami Jo Jo, Duk Gu telah memberikannya satu pelindung untuk aplikasi Love Alarm. See, dari sini Aien tahu, Duk Gu tu pencipta aplikasi ni. Bijak tak bijak?
Bila dimuatnaik pelindung ni, Sun Oh ditinggalkan Jo Jo demi untuk tidak melukakan hati mana-mana pihak dan dia dapat bebaskan dirinya dari bebanan perasaan. Heartbroken? No one want it right?
Kesudahan untuk siri pertama ini, adakah Jo Jo cuba nak buktikan bahawa dia memang tak suka dah dengan Sun Oh tu ataupun hatinya masih milik Sun Oh lagi?
Kesian Sun Oh tu tau. Sedih dia sebab orang yang dia sayang semua tinggalkan dia. Ha, korang dah tengok belom? Kalau belom, boleh la cari di Dramanice atau di mana-mana link atas talian.
Till next drama. Jaa Nee!
19 ulasan
Sejak ada akaun Netflix, jarang layan drama korea huhuu. Skrg tgh layan Izombie. Mungkin nanti boleh layan drama2 korea semula..
BalasPadamHuish,, tengok zombie nanti sampai terbawak ke alam mimpi. ^^
Padamsuka tgk trailer dye tp x de kesempatan lg nak tgk the whole drama.
BalasPadamItu la kan. Aien pun baru berkesempatan tengok Hhaha
Padamnanti ray pun nak tgk jugak. thank you for the review akak.
PadamSyoknya ada masa layan drama. nak tengok drama melayu pun kena sambil buat kerja lain. drama korea xleh tengok sambil² sebab kena tgk subtitle gak..huhu
BalasPadamHaha ini pun sambil2 kak. Sambil2 nyusukan anak. ^^ selalu hujung mggu balik kg mentua, tak ada line. jadi bila boring nak pegang telefon tu, tengok drama. haha
Padamohh guna phone.patutlah pun boleh tengok anytime..kalau fza, tak puas tengok guna phone. Hihi
PadamHaha Paksa la guna fon kalau Nayla dah konker laptop, tak da can la untuk Ibu dia ni. ^^
PadamTak pernah lagi tengok drama nie . sekarang tengah tengok Dr John , saya lebih suka yang medical and history . Best ! yang baru-baru nie ade yang boring , ade yang best dari awl smp akhir .
BalasPadamOoohh, ni test Encik Suami ni. Kadang2 layan jugak laa genre ni, tapi geli tengok kena bedah..
PadamWow boleh layan vote ni.. tapi xde Geng la nak tgk cite mcm ni
BalasPadamTengok sorang-sorang pun jadi la ma.. HAHA
PadamDah tengok.. tak sabar juga nak tengok sambungan dia..
BalasPadamBila ntah tu tak tau la... Haha
Padamsaya tengok drama ni sebab episode dia pendek je, tak sangka bersambung ke musim kedua. rasa tertipu kejap..hehe
BalasPadamCerita best kena sambung. Haha
PadamAssalamualaikum... DRama korea memang berhantu.SS kalau dah start tengok memang tak buat kerja lain dah. heheheh tak sabar nak habis episod.
BalasPadamTau tak apa. Tengok mood dengan drama nya. Kalo best, memang tak leh stop. Kalo tak ada mood, ko paksa la macamana sekalipun jengah pun tidak.
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤