Happy December! | Hi~ Assalamualaikum
Ini bulan baru, apa yang berlaku semalam harus ditinggalkan di belakang dengan harapan dan azam baru. Yes! Gambatte ne!
Dan tak lupa selamat ulang tahun kelahiran buat adindaku Sofie Adie yang ke?? Moga Allah berkati kamu dengan segala apa yang ingin kamu kecapi dan permudahkan segala urusan buat dirimu, dan semoga kamu diperluaskan rezeki olehNya.
Terasa sayang nak biarkan blog tanpa apa-apa. Walaupun pada hakikatnya selalu juga buat pada masa tertentu tapi tidak pada masa kita ada idea yang banyak. Membuahkan laharnya habis meletus kebaboomm!!
Mungkin kehadiran dugaan semalam membuat Aien terpaksa buat keputusan untuk beralih ke sisi baru. How can we said about it? Biarkan iyanya berlalu dengan harapan dapat membina satu semangat baru buat diri ini.
Should I say, thanks for those make this happen? Yeah, you. you.
And mungkin cukup masa untuk peralihan baru. Yaa, tahun baru kan tak lama lagi, korang pun dah nak pergi bercuti tak lama lagi, krismas is around. Ya~
Ceritanya untuk November tamat semalam. Terima kasih kerana membantu Aien untuk buat keputusan ni, dan pada kamu, yang buat suggestion ni pada Aien, yah~ terima kasih jugak.
Bila ditengok balik, rupa-rupanya November 2010 adalah merupakan ulang tahun Aien bersama blog ni. Dari zaman ntah tulis padam tulis padam, edit, buang, edit buang. Kali keberapa baru wujudnya blog AIENIENKA ni.
Pada era tu, sibuk dok follow giveaway sana, contest sini, kenal rakan blogger yang lain. Dan, masa tu dok saing-saing ngan beradik. Hahaha Lagi-lagi bila contest yang kena tag orang tu. Haaa adik beradik mana yang ada blog la jadi mangsa. Haha
Ntah, yang wujud adindaku seorang je. Yang kian laju meninggalkan sisternya di belakang.
Tahniah adik, berjaya cipta satu entiti baru untuk diri kamu. Orang bangga punya adik seperti kamu. Well, good luck dalam apa jua kamu nak dan bakal buat. Semoga semua dipermudahkan urusannya.
Apa yang berlaku disember ini banyak, antaranya Sabtu nanti ulangtahun hari lahir mentua Aien, and semalam gigih ajak En. Suami pergi Aeon Mall semata-mata nak kejarkan Black Friday sales yang berlangsung empat hari. Dan Aien nak grab something yang mentua nak dan perlukan untuk rumah, dan sebagai ucapan terima kasih sebab jaga Aien dalam pantang Julai lepas.
Luckily again, nak beli barang tu kena ada member card dan bila buat tak perlu bayar. Yeay! Haha sakan shopping semalam dengan rezeki anak-anak, alhamdulillah dapat dorang baju baru. Ada sales, apa lagi, rembat banyak-banyak. Kah!
18 Disember macam biasa check up adik mok kita, yang ke lima bulan. Yosh! Opah dia kata susut sikit sebab selsema dan Ibu pun tak sihat ni, adeh. Selera makan ke laut. Nasib je la lapar lepas susukan dia, bantai la makan. Since khamis lepas, mood dalam rumah ni gloomy sikit sebab En. Suami tak sehat, saing dengan bini bertuah dia ni, Kakak Nayla yang on off demam dia. But currently tengah flu sebab asyik kena bersin dengan Ibu je. Haha
Tak tahu la, Aien ni jarang demam. Setahun mesti akan kena sekali la, tapi bila dah demam mesti terus kondem. Dengan dibawak shopping semalam, dengan harapan sihat la lepas tu, halah~ tak jugak. Bahkan sekarang dah start kepala menggong. Nasib la labu~ Bila demam tu, nak saing dengan En.Suami. Mana taknya, tak pernah nak demam sorang-sorang. mesti wajib seret dia sekali. Seronoknya bila dia demam, tak ada ajak kita. Haha
Bila sang Ibu asyik demam, susah household tu nanti, tiada enjin penggerak. Ini pun, ado la kasih~ pejam mata je tengok sini sepah, sana berterabur. Tunggu nanti dah sihat sikit, siap la kena semua tu.
Dah la, bebel panjang-panjang tak ada siapa nak komen pun tak best jugak, ada unknown reader yang sibuk spam view yang entah apa-apa tu, haram jadah la dorang tu.
Kan, terbebel lagi. Dah! Harapan semoga bulan terakhir bagi tahun 2019 ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus sukses pada tahun hadapan.
Jaa Nee!
8 ulasan
happy disember aien..noga baik2 saja untuk kita semua pada bulan ni :-)
BalasPadamiN shaa Allah mudah-mudahan bulan terakhir di tahun ini mampu memberi kita semangat yang baru. ^^
PadamSyafakillah aien bykkan minum air kosong. Happy anniversary buat blog ni yee
BalasPadamokay, tHanks Mama. ^^
PadamHappy birthday untuk adik Aien. december ni marilah kita terus bersemangat untuk update blog secara konsisten.chaiyuk!
BalasPadamYosh! Gambatte nee!
PadamWah.. busy Disember nie.. Hope semuanya baik-baik sahaja..
BalasPadamBusy la jugak. sebab hujung tahun kan. Mengharap sinar baru pd tahun hadapan. ^^
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤