Rajuk Rindu By Aisya Sofea

Selasa, Disember 31, 2019

Rajuk Rindu by Aisya Sofea | Hi~ Assalamualaikum

Terutama sekali, terima kasih Kak Sha Mohamed perkenalkan Ookbee Buffet pada Aien. Dah lama rasanya tak membaca novel. Bila Kak Sha kata buat review dia ada baca novel di Ookbee ni, tergerak hati nak muat turun aplikasi ni. Seronok wei! 

Apa Itu Ookbee Buffet? 



Ookbee Buffet merupakan satu aplikasi dari Thailand kalau tak silap, yang menggumpulkan bahan bacaan dari jenis majalah, novel mahupun surat khabar di atas talian. Anda akan diberikan tujuh hari percuma untuk plan Premium selepas me-log masuk akaun. Selepas tujuh hari, semestinya kena bayar. Terdapat dua jenis langganan selama sebulan sebanyak RM 25.83 untuk Basic dan Premium sebanyak RM 36.25. Tapi jangan risau, terdapat potongan hebat sebanyak 16% jika anda melanggannya secara tahunan.


Novel pertama yang Aien baca lepas melanggani Ookbee Buffet ni adalah seperti tajuk di atas. Ades~ Lamanya tinggalkan dunia novel ni. Sejak dah berkahwin ni, novel ntah ke mana. Haha 



Rajuk Rindu yang ditulis oleh penulis terkenal Aisya Sofea memang tak menghampakan. Siapa tak kenal Aisya Sofea ni kan memang rugi la. 

Novel ini berkisarkan tentang  Sheikh Amiruddin seorang jejaka yang berkaliber dan kacak yang sekali pandang mampu menawan hati wanita. Namun tidak bagi Su. Padanya lelaki itu sombong, angkuh dan ego. Setelah mengetahui bahawa mereka adik beradik sepupu, segalanya berubah. Sheikh Amiruddin mula menyenangkan hati Su. Malah dengan kehadiran dua orang anak saudaranya lagi merapatkan hubungan dia dengan lelaki itu. Namun, kemunculan angah adik lelaki Sheikh Amiruddin seolah-olah mencabar keegoannya.

Kehadiran Sherina yang kononnya ingin menawan hati anak-anak yang ditinggalkan pada Sheikh Amiruddin turut menganggu-gugat hubungan mereka. Hubungan Sheikh Amiruddin dan Su semakin tegang apabila su mula mempersoalkan kejujuran Sherina. Ternyata Sheikh Amiruddin lebih percayakan bekas kekasihnya hingga menuduh Su cemburu dan mengadakan cerita.

Bagaimana akhirnya hubungan Su dan Sheikh Amiruddin? Sampai bilakah Sheikh Amiruddin cemburu akan hubungan adiknya dengan Su? Bagaimana pula hubungan Sherina dengan anak-anak yang dibesarkan oleh Sheikh Amiruddin? Adakah dia seorang mummy yang boleh dipercayai?

Secara purata novel ini memaparkan 20% cinta, 70% kekeluargaan dan 10% konflik.

Sambil baca tu, dok la membayangkan siapa yang bakal menjadi Sherina gedik ni kalau diadaptasikan kepada drama? Haha

Bagi Aien, novel daripada Aisya Sofea merupakan must read novel kerana beliau adalah salah seorang novelist yang lama juga bertapak dalam dunia penulisan bersama Alaf21 ni. Banyak syarikat penerbitan dan penulis hebat namun tiada yang setanding dengan Alaf21 ni. 

Selain daripada itu, novel Rajuk Rindu ini merupakan novel ke 16 beliau bersama Alaf21. Wow, hebat tak? Susahnya nak menghasilkan idea yang berbeza sambil menaip lebih daripada 500 muka surat. Adoo~ Dulu dulu ye la berangan nak jadi penulis novel, tapi sejak menyedari diri tak boleh nak tetap dengan satu-satu idea dan ayat terabur nak habis, memang tak lepas la dengan tuan editor. Sebab tu, buruk-buruk sesebuah novel tu  sekurang-kurangnya mereka berjaya menerbitkan karya mereka. 

Semoga untuk tahun 2020 Aien akan kembali menjadi warga pembaca. 

Till next novel. Jaa Nee! 

5 ulasan

  1. wah senanglah boleh baca online. Langgan setahun terus senang dan lebih jimat ada diskaun. Eh, blog berwajah baru sudah :)

    BalasPadam
  2. lama tak baca novel aisya sofea, zaman sekolah dulu memang layan novel dia je lah..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Zaman sekolah memang legend novel Aisya Sofea. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤