Salam Jumaah!

Jumaat, Disember 06, 2019
Salam Jumaat | Hi~ Assalamualaikum 

Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad wa 'ala alihi saiyyidina Muhammad.

Ingat lagi minggu lepas, Kisah sedih di petang Jumaat Aien? 

Setelah seminggu Aien perhatikan mereka ini, alhamdulillah blog kembali seperti biasa. Tiada yang pelik lagi berlaku. 

Apa yang berlaku? 

Kisahnya adalah seperti yang Aien maklumkan dalam entry minggu lepas, agak terkejut melihat akan 'mereka' ini. Sangat terkejut sebenarnya. Jika dahulu, rakan blogger yang lain pernah kecoh pasal viewer dari negara forbid, kali ni, Aien dari referral link yang menakutkan. Macam, jika dilihat entry yang sentiasa di atas itu, cuma yang sama. Tak pernah berubah untuk bulan lepas. Curious la kan, sebab kita bukan blogger yang gempak. Haha 

Bila sebut pasal referral link, biasanya pasti ada yang mengesyorkan kepada mereka pautan kita ni kan? Aien gigih tekan tau sebab nak tengok. Alih-alih kata pihak blog dan banned dia sebab langgar peraturan blogger. Shame on you! 

Sedih, takut, dan gementar masa tu. Sebab criminal mind mula bermain dalam kepala. Dah la suka tengok benda-benda macam tu kan, lagi-lagi cyber criminal ni. Sekarang memang itu berleluasa. 

Sekarang ni pun, boleh dikatakan ada juga la viewer dari negara asing tapi, tak dah bukan dari referral link yang aneh. 

Sehari selepas, Aien minta tolong pada rakan blogger you know who you are dia suruh tukar keyword dalam post tersebut baru la post tu dah tak naik by day. Naik, tapi lambat tak macam sebelumnya. 

Aien tak tahu la macamana kan, sebab kita ni menulis ikut rasa. Itu la nye. Sedih! 

Pasal link blog tak boleh share di muka buku dan Instagram tu, bila di tanya pada carian google, rupanya banyak blogger lain dari seluruh tempat mengalami masalah yang sama. 

Dengan benda macam ni berlaku, harapnya dapat bertukar ke laman sendiri tercapai. jangan la pisang berbuah tiga kali. Sedih berganda-ganda tau. 

Zaman sekarang, semuanya di hujung jari, tapi dari hujung jari tu jugak, ramai manusia ambil kesempatan dalam kesempitan. 

Oh, tak apa la, moga Allah saja membalas perbuatan kamu tu. 

Nasib ada karya pendek dari Rin Ahmad mengubat hati lara ni. Tu yang slow bangun balik. Dengan harapan moga Disember ini berlalu dengan penuh kenangan terindah. 


Selamat berhujung minggu semua. Jaa Nee!



10 ulasan

  1. takde pulak jadi macam tu tapi memang nampak la ramai yang kena block bila share link blog dekat FB. Dah lama tak share kat FB sebab takut kena jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, dorang kata sebab blog dan blogger ni kategori spam di fb. itulah mark tu tak kasi. ^^

      Padam
  2. kesian aien.. mama punya link blog pun problem xleh letak di ig dan facebook mama pun pening tak tau sebab.. link dari negara pelik tu mcm mana boleh jadi ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau la Mama. Itu yang buat sedih sgt. Ada kata kena spam viewer.

      Padam
  3. risau betul bila benda macam ni terjadi. sedangkan kita menulis suka suka je kat blog. itupun ada yang dengki.

    BalasPadam
  4. Harapnya tak ada lagi gangguan dari makluk-makhluk asing tu..
    Sha memang dah lama tak share link dekat FB or IG dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja la nak test share kat media sosial, tak berapa lama lepas kena blog haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤