ROSACEA DATANG LAGI

Rabu, Januari 08, 2020

Rosacea datang lagi | Hi~ assalamualaikum 

Lamanya tak kena ni,, Dulu, buat pertama kali hadir di wajahku, dan setelah itu, daku membuat kajian tentangnya.

::Baca sini::  The Story About Rosacea 

Sebab apa boleh jadi? 

Mungkin sejak Aien bertukar skincare routine dan ada yang lain konon berani nak cuba dan PAP!  Masalah datang. Pada awal penukaran skincare ni, dia macam tak ada jelas sangat pada Aien, sebab mungkin moisturizer Honey Bee venom dari True Island itu banyak membantu.

::Baca di sini:: Beralih Angin pada HERV

Jujur Aien cakap ye, setelah dua bulan kot, rasa serasi dengan apa yang adanya barang-barang skincare Aien, sebab tu Aien berani nak tulis kesannya. Walapun begitu, Aien masih jenis malas nak bergambar apatah lagi berswafoto.

:: Baca sini:: Selepas menggunakan Herv Natural


Tapi, semuanya berubah sejak toner favorite dah habis sejak dua minggu lepas. Huwaa~ 

Nangis jap bila pedih, plus gatal, tambah tangan tak reti dok diam asyik nak kopek je. Nak cuci muka pun seram sebab pedih gais. Pedih yang amat, bila dah cuci takut nak guna apa-apa pulak. So, I decide just keep going la kan. Tapi tapi tapi... Ianya makin bertambah parah. 

APA TONER FAVORITE? 


Nampak dalam kotak pink tu, botol biru tu. Yep! Clinelle Lotion tu is my favorite sejak bertukar kepada Herv ni. Sebab dia ngam dengan produk herv ni. Yet, dulu Aien beli dua botol masa promosi Watson, dengan pembelian kedua dengan harga RM 0.10 je. Apak berbaloi! Lama kot Aien simpan sebab dengan dengan produk Good Virtue sangat tidak memberi kesan apa-apa. 

KENAPA? 

Rupa-rupanya selama tiga tahun memakai produk Good Virtue Co. yang langsung tak membawa apa-apa perubahan pada wajah kerana bahan-bahan yang ada tidak membantu kulit Aien. Dia mendap gitu tak serap. Kulit wajah Aien mati kerananya. Eh~ betul ke? 

Which is kebanyakan produk Good Virtue Co. mengandungi alcohol dan juga pewangi O M G !! Yang mana kedua-duanya itu adalah sangat dilarang untuk jenis kulit kering dan sensitif. Oh, silly me! 

Mungkin pada setengah orang ianya sangat membantu, tapi pada sesiapa yang terdiri daripada kulit jenis sensitif dan juga kering, usahla berangan memakainya. Jangan la. buat bazir duit walaupun produk dia boleh dikatakan murah di kalangan semua produk penjagaan wajah yang ada di drugstore. 

Yang tak bestnya untuk skin type dry plus sensitive ni, produk dia semua mangai rega.  Lagi yang suri rumah ni, tepuk dahi kejap la di hujung bulan macam ni.

Kembali la idung ku menjadi randolph. Merah dan gatal tahu. Huwaaa nak nangis la macam ni. Kenapa ingat Rosacea ni takkan kembali ye? Uh uh ... habis pipi dan hidung. Dahi pun dah kena juga sebab tangan tak henti nak menggaru. Okay, minggu ni nak peram dalam rumah je la. Tak mau keluar. ~T_T~

Dan pada masa tengah berduka pasal wajah, ada member ajak beli Mary Kay yang rega dia boleh buat menangis jugak. Lagi bertambah sedih plus hati bilang mau, poket kata tidak. Berganda la kau menangis. 

Dah la, 

Till next, Jaa Nee!

17 ulasan

  1. Alolo kesiannya semoga krmbali sihat ye aien

    BalasPadam
  2. Huish tu la salah produk, kena infection, kalau nak beli produk beauty .biar lah mahal, asalkan okay.

    BalasPadam
  3. Kan? Mula pakai tu elok je. Tapi lelama jadi ... meh! T^T

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. dulu kak pun ada masalah parut kat muka juga. tapi bila masalah dah hilang, alhamdulillah lega. tak kesah dah kulit tak putih sangat pun, asalkan parut jerawat hilang. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, biarbla muka bersih dari noda tak ada parut ke apa. Dari kena macam ni..

      Padam
  5. dulu pernah try krim malam good virtues tapi tak sesuai la dgn muka memang terus stop pakai. .huhu. pakai bedak sejuk dulu la aien mana tahu nanti dah ok sikit :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bedak sejuk yek? okay Nanti cuba try. thanks Tiara. ^^

      Padam
  6. laaa baru tahu kandungan alcohol tinggi dalam product GVC. Nasib baik tak pernah beli skincare brand ni

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tak pernah kena rosacea lagi.
    And yes Good Virtues Co. memang tak sesuai for sensitive skin. Ramai yang beli tak tengok bahan kat dalam hanya sebab ia murah.

    Saya tersepit walau macamana skalipun, saya takkan beli product lain selain yang saya dah biasa guna. Paling murah saya pakai is Hatomugi, botol besar (toner 500ml, moisturiser 180g) dan harga berpatutan. Paling kerap and favourite sampai sekarang is Kiehl's Calendula series. Bila tengok dah tinggal sikit, cepat2 pegi beli. Pencuci muka botol kecik pun boleh tahan sampai 4-5 bulan.

    Hope you'll recover from Rosacea soon :)

    BalasPadam
  8. Alololo kesiannya sis. Kta baru GVC tu gtu. no wonder kulit makin dry. banyak info tau dari blog sis

    BalasPadam
  9. saya pun ada eczema dan dulu ingat rosacea. Tapi bila cek ke doc eczema. utk skincare, paling penting kena guna toner sebab orang ada eczema dan masalah kulit lain especially kering-kering dan gatal-gatal ini, memang wajib kena toner utk buang sel mati

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤