Sedap ke makan di Yume Yatai?

Selasa, Januari 14, 2020
sedap ke makan di Yume Yatai?

 Assalamualaikum , Hi! | Sedap ke makan di Yume Yatai? 

Post entry ni asyik tertangguh je, alhamdulillah akhirnya malam ni dapat jugak tulis serba sedikit pengalaman makan di Yume Yatai Street Food. Sebenarnya Aien sendiri tak tahu kewujudan gerai kecil yang kelihatan viral di media sosial dan ramai mengatakan makanan di sini sedap dan view dia sangat menarik di malam hari. Bila adik datang dan dia kata nak cuba makan di sini, apa lagi. Kita bawakan saja. Jom!

Apa Yume Yatai? 

Yume Yatai merupakan gerai kecil yang menjual street food seperti di Jepun yang berada di hadapan sebuah kedai kek. Jika anda yang pertama kali datang seperti kami, boleh cari di waze atau maps Yume Yatai. Secara langsung, anda akan dibawa ke sini. Destinasi anda ini mungkin akan keliru sedikit sebab nama pun gerai comel, tak kelihatan kewujudan papan tanda mereka.

*ps* review ini jujur dari hati yang amat mengharapkan apa yang viral itu indah. 

sedap ke makan di Yume Yatai?

Tak sempat pulak nak snap gambar di tempat pesanan dek kerana hati dah terbakar. Kita ni ibarat pelancong la kan, memandangkan tahun 2020 merupakan tahun melawat Johor, dan pengalaman kami agak pahit di gerai comel ini.

Bayangkan kami datang tu mungkin agak *awal* memandangkan dia tulis dalam google bisnes dibuka dari Jam 6 petang - 12 malam pada  hujung minggu dan jam 6 petang - 10 malam pada hari selesa sehingga khamis manakala pada hari Isnin tutup. 


Tak ada sambutan, seperti biasa adab mereka Jepun atau Korea Selatan yang sentiasa menghargai setiap pelanggan mereka. Yala, mereka menjual makanan negara timur itu, seeloknya adab itu ditekankan jua. Kami tahu, awal jam begitu mungkin mereka sibuk nak set up semua, tapi apa yang kami lihat, para pekerja sibuk bermain gadget masing-masing.  Anda pulak bagaimana rasanya?

Adik terus pergi pesan makanan yang memang nampak sedap di media sosial.

sedap ke makan di Yume Yatai?

Kami ambil daging itik bakar dan kambing madu yang dikira 3 batang RM15. Ada lagi makanan laut yang lain seperti sotong besar, ayam potong dan lain-lain. Dah biasa makan tu, kita cuba yang lain dari yang lain. Ye dak? Daging itik dia sangat sedap. Lembut dan kenyal-kenyal rasanya. Manakala daging kambing dia ada sedikit hanyir. Barangkali tidak diperap dengan baik. 
sedap ke makan di Yume Yatai

Yang ini pulak baby squid yang dikira dua batang RM15 dan juga abalone yang kurang pasti berapa ni. Dan Aien order mee udon miso untuk kakak Nayla dikira ambil dua batang bahan-bahan lain, pilih antara udon atau ramen dan tom yam atau miso dikira RM6 semangkuk. Boleh je nak tambah. Lupa pulak nak ambil gambar menu. 

Mana gambar yang tak ada korang boleh tengok di google ataupun twitter yang mengviral-kan tempat ni, taip saja YUME YATAI, berlambak la gambar akan keluar. Jangan risau.


Selepas pesan makanan, dorang cakap boleh masuk ke dalam yang mana bangunan milik kedai lain. Kami terpinga sebentar? Dipanggil berulang kali tak dengar, dijerit baru menoleh. Pergh~ menyirap darah memasing. Inikah dinamakan layan mesra dari staff? Pfft~


Petals and Bakes ni la kedai dia. yang mungkin tak berapa nampak masa beroperasi mereka, yang diambil gambar tika kami dah nak balik. Untuk suaranya hak pengguna. Eceh waahh~ 

Masa operasi yang tertera adalah isnin sampai ahad jam 9 pagi sampai 5 petang. Dan ini membuat kami ragu-ragu nak masuk. Sebab masa tu memang tak ada orang lagi. Dan pandangan pertama kami dari tempat ni sangat-sangat teruk.

Kami yang pelik sangat ke atau kami yang high demand, atau dorang yang krik krik? Haha I don't know either. Tapi, bukan tak support bisnes melayu tapi gini la kan. Aha~ 

Disebabkan rasa tak sedap hati tu, kami beli la kek dari kedai petals and bakes ni tadi. Ahak~ nampak sedap kek dia. 


Bila minion nak pesan kek, tak nampak la servis caj yang kat atas tu, p la bayar rega sebijik ikut terpampang pada kek tu. Alih-alih adik tu habaq mai, 'kak, tak cukup dua ringgit.' Kami, untuk apa? servis caj? Dan apa yang kami dapat? It's so funny la.

Tapi jangan risau, kami bayar. Takut kang kena cari di alam maya kang.
Yang dibeli, ada dua jenis. yang diambil gambarnya cuma si cantik Oreo Cheesecake ni. satu lagi Burnt Basque Cheesecake yang sangat awesome. Nasib kek ko sedap dek.. Kalo tak, nak maki jugak lagi. 


Disebabkan rasa sebel yang tinggi, Sembang punya sembang, Pergh~ tak mencapai ISO. Gaya dah ada, adab tak ada. Dah macam pengkritik makanan pun ada. haha 

Nasib semua sedap, oden miso dia sampai Kakak Nayla tak habis main lagi, miso dia dah habis. Haha 


Puas hati dia dan adik bermain ditemani ayah memberi peluang Ibu sembang dengan adik-adik yang dah lama tak jumpa. Paksa pesan oden baru. Tambah lagi oden tom yam satu, miso satu dan daging itik serta daging kambing yang kemudian ini yang agak kuat lagi bau hamis dia. 

Habis semangkuk udon miso Kakak Nayla makan. Fuh, lapar sangat tu nak. Benda pertama kali dia makan. 

Best makan kat sini, tempat solat dan taman permainan kanak-kanak disediakan. Itu je la nak puji. Aien siap mandikan bebudak ni kat situ, haha berjalan dari petang hari sampai ke malam, jumpa tempat macam ni, jangan dilepaskan peluang. Kalau tak memang mengajak Encik Suami singgah Petronas la gamaknya. 

Jawapannya? 

Sedap makan kat Yume Yatai ni. Tapi disebabkan sikap pekerja yang agak sangat la tak mengalu-alukan pelanggan membuatkan kami seperti tak dihargai. Ye la, siapa la kami kan. Kalau tak datang pun tak apa. Tak luak pun rezeki dorang. Tapi tu la,, tak buleh nak kata apa la. Ini ikhlas dari hati, nak berniaga mesti kena ramah. Kalau tak ramah, makanan sedap pun kena pakai kira. Bila dah sedap, tapi tak ramah pun boleh buat orang kecik ati gitu. 

Oh ya, sebenarnya di Petals and Bakes tu boleh order makanan goreng-goreng gitu. Kami pun picisan tak dapat *layanan istimewa* seperti yang diwar-warkan di laman Twitter. 

Dah la, tunggu la makan kat tempat lain pulak. Benda viral ni kadang buat orang wonder, apa yang menyebabkan dia viral? Haha 

Till next jurnal, Jaa Nee!


9 ulasan

  1. hehe kena bgtau boss depa ni pekerja dok main gadget. bukan kt kedai ni ja rasa demam gadget ni kt kedai2 lain pun. blh haihhh main xdak sapa marah.. kita pun dok main gadget tp tengok keadaan lew.. hg tngh kerja hg tngh dok layan org.. xkan laaa kenot think..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau mana satu boss dorang siti. Tengok semua sama jaa..😂

      Padam
  2. ohh haaa satu gi nak bbebel.. kite faham da rasanya bila terkena yg viral tu x semuanya indah kuikui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha selalu terkena, tapi tu la nak cuba jugak apa yang menyebabkan dia viral. Kah!

      Padam
  3. Dear Aien Ieka,

    First of all, thank you so much for your lovely uploaded photos! We are truly appreciate every photos you have taken and uploaded ♥️

    And thank you for your feedback on your unpleasant experience during your visit to our stall. We duly noted on every bits of it and we will improve from time to time insyaAllah.

    During your visit to our place, the floor manager was actually away from work as he took a week leave, and left the place unsupervised. We are actually always remind our staff to take a good care of everything especially the customer service & space cleanliness, but due to unsupervised event, we could not deliver our service as per how it is supposed to be. We are truly apologies ����.

    And of course, we have warned our staff to take extra careful and care about the matter as we know and noted that the service is the top priority apart from the food taste.

    We hope that we can serve you even better and we are looking forward to serve you again in the future.

    You may contact us directly via stated phone number to notify us if you are still experience the bad service from our staff. Thank you.

    Regards,
    Yume Yatai (& on behalf of Petals & Bakes)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. sedap memang sedap, tapi tu la. kurang friendly cs dia.

      Padam
  5. Geramnyaaaa baca..haha..saya pun memang sensitif kalau staff tak friendly ni :(

    BalasPadam
  6. betul,ada sesetengah tempat makan nak kita yang terhegeh-hegeh kat diorang.Nak makan pun rasa tak best kalau dapat layanan macam ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤