10 TEMPAT MENARIK DI MIRI WAJIB PERGI

Isnin, Februari 03, 2020

Bendera Daerah Miri

10 Tempat Menarik di Miri Wajib Pergi | Hi~ Assalamualaikum 

Cuti sekolah bakal menjelang bulan tiga nanti, korang ada yang dah susun plan ke? Kalau belum, meh Aien nak share dengan korang tempat best jika korang nak ke Miri, Sarawak. 

Seperti yang korang tahu, Bandar Miri merupakan salah satu bandar di Bumi Kenyalang yang terkenal dengan apa ya, HAHA malunya nak ngaku anak jati Miri sebab Aien pun tak tahu. Adeh, sedih la. Yang Aien tahu, Miri terkenal sebab dia dekat dengan Brunei Darussalam. Ada lagi la sebab apa korang mesti singgah Miri. Meh, tengok!

1. Hawaii Miri

Korang ingat, Miri ni tak ada pantai lawa ke? Ada.. Kalau rasa nak fefeeling, mohon la bawak diri mendengar deruan ombak pantai.

Lokasi: Kampong Bakam, Miri



2. Taman Negara Loagan Bunut

Selain Taman Negara Mulu, Taman Negara Loagan ni juga korang wajib singgah. Sebelum tu, pastikan korang baca la dulu kisahnya baru terjah. Kenapa? Korang kena tengok sendiri keindahan semulajadi tempat ni. Tak best la spoil kan.

Lokasi: Loagan Bunut National Park, Miri



3. Bukit Kanada

Sudah la tadi Pantai Hawaii, ada pula Bukit Kanada, tak meriah koo Sarawak ni. Di Bukit ni ada Muzium Petroleum dan korang boleh tengok sunset serta keindahan bandar Miri di waktu malam. 

Lokasi: Bukit Kanada, Miri 


4. Pantai Tusan Bekenu

Pernah tengok gambar viral pantai di Malaysia ada lampu warna biru di persisiran pantai dia? Haa, kat sini la pantainya. Fuh, terujanya kalau dapat tengok dengan mata sendiri. 

Lokasi: Exit Jalan Bekenu-Miri Coastal, Miri



5. Miri Crocodile Farm & Mini Zoo

Rugi kalau pergi Miri tak singgah Zoo kat sini. Bukan untuk kanak-kanak je tau, malahan untuk orang dewasa sama. Jangan sombong, ambil ilmu tentang jenis buaya di Sarawak. 

Lokasi: Lot 164, 24KM, Miri-Kuala Baram Road, Miri



6. Piasau Nature Reserve 

Hutan simpan yang terjaga. Hutan ini cukup kaya dengan flora dan fauna yang pelbagai. Yang paling menarik, korang berkesempatan melihat burung kenyalang yang menjadi kebanggaan Sarawak dalam alam hijau ini. 

Lokasi: Piasau Reserve Park, Miri


7. Boulevard Hypermarket 

Miri bukan saja kaya dengan alam semula jadi, dan jika korang rasa rindu nak tengok pusat membeli-belah, Miri ada juga pusat membeli-belah yang jadi tarikan pelancong dari Brunei. Boleh la shopping cuci mata, sambil makan dan beli keperluan. 

Lokasi: Jalan Merpati, Miri


8. Luak Bay Esplanade

Lokasi kegemaran warga tempatan mahupun pelancong untuk berkelah dan berkhemah serta ber-BBQ sambil menikmati angin pantai dan melihat keindahan matahari terbenam. Jika bertuah, korang mungkin dapat mengira bintang juga. 

Lokasi: Luak Esplanade Bay, Miri


9. Air Terjun Pantu

Salah satu sebab kenapa air terjun ni kurang mendapat sambutan walaupun keindahannya tak kurang hebat dengan air terjun yang lain adalah kerana kedudukannya agak jauh daripada HQ Taman Negara dengan pendakian dan perjalanan turun naik bukit yang secara keseluruhan memakan masa sekitar satu jam. 

Lokasi: Taman Negara Bukit Lambir, Miri


10. Gua Rusa

Mendapat nama Gua Rusa kerana penduduk setempat sering terlihat rusa datang berteduh ke dalam gua ini dan menjilat garam yang menyelaputi batu kapur pada gua.

Untuk sampai ke gua ini, korang perlu mengikuti trek yang sepanjang 3KM yang mana korang boleh menikmati pemandangan hutan hujan dan sungai yang mengalir segar.

Lokasi: Gua Rusa, Gunung Mulu National Park, Miri


Tergoda bukan? Haa, jangan kan korang bahkan Aien sendiri rasa macam nak balik Miri je terus ni. Hadeh! Kau tunggu aku balik nanti. Kau tunggu.

Apa lagi korang, jom ke Miri. Jangan risau, untuk ke Sarawak dan Sabah korang tak perlu passport melainkan korang berkad pengenalan MERAH kerana sebaik saja tiba di mana-mana Lapangan Terbang yang ada di Sarawak atau Sabah, korang akan diberikan pass kebenaran melawat selama seminggu. Jangan hilangkan tau!


kredit: Telegram Tauk ka sik Kawu? 

14 ulasan

  1. Tak pernah lagi pergi....bila baca blog ni dapat sedikit gambaran apa yang menarik di miri...

    BalasPadam
  2. Tak pernah sampai Miri.. Tapi kalau ada rezeki ke sana, memang wajib terjah tempat2 menarik.

    BalasPadam
  3. bestnya kalo berpeluang ke sarawak..

    BalasPadam
  4. belum pernah sampai ke sarawak
    ada budget nanti nak pergi jgk lah

    BalasPadam
  5. Bestnya dah 3 kali ke Miri melawat saudara kerja disana, memang best disana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis. saya dah lama tak balik. *-*

      Padam
  6. bestnya. belum pernah sampai lagi ke sabah dan sarawak :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom la jalan ke sana. Aien sabah dekat tu je tak sampai lagi. HAHA

      Padam
  7. Balasan
    1. itu la tu. malu nak ngaku tempat sendiri sebab tak pegi lagi.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤