FEBRUARI | Bulan mencabar selepas percubaan

Sabtu, Februari 29, 2020

Hi, Assalamualaikum! Lama rasanya tak update jurnal buat Februari ni. Moh ler kita recap what is happening in this month for my little family. 

Demam berjemaah 

Bermula dengan paknya, pulang dari kerja terus rebah. Aien heran, pasai pa laki aku ni? Tengok berselubung macam negeri Johor ni dilanda salji gitu... Rupa-rupanya dia kedemaman. Allah, suhu malam tu naik sampai 39° dan dia bertahan la sampai esok demi sebuah MC. Kah! 

Bila paknya dah empat hari, baru doktor amek sample darah, sebab takut dijangkiti demam virus, tapi alhamdulillah tak ada pulak. Dia punya melepek tu macam tak boleh bawak bincang. 

Hari keempat tu paknya dah baik demam, cuma tinggal sengal-sengal badan dan kurang selera makan, maknya pulak amek alih. 

Adoo~ kalo pak demam tak ada la risau sangat, tapi kalo mak demam. Habis! Lagi bila si baby demam pun lebih manjanya. Ado! terasa nak pitam aje la. 


Izz diserang jangkitan kulat

Well, this is the most worried thing. Apa-apa yang kena kat anak. Tengok muka selamba, yet dalam hati apa aku kena buat, nak buat macamana, jadi ke? kalau tak jadi macamana? Dia punya panik usah diceritakan. 

Malam apaknya demam, we were sleep without using more fan (actually dalam bilik tu sampai tiga kipas kau) So, kami cuma guna mana yang rendah. Yang tinggi ditutup demi menghormati paknya yang gigil kesejukan. 

Sudahnya bangun pagi, Izz resah gelisah dan badan dia sedikit panas. Dedor kata orang johor. Risau ati maknya ni, sebab dia baru diberikan makan bubur bersama serbuk ikan bilis beberapa hari ni. 

Badan dia serba serbi naik bintik-bintik merah, tapi bukan keseluruhan badan. Cuma sebahagian tempat seperti di celah kelangkang, leher, perut dan belakang. Bila kena air, makin naik warna merah tu. Pergh~ maknya risau. Kabo ler dekat si apak ni tadi. Memandangkan apaknya nak ke klinik ngambik MC, saing-saing la yer. 

So, doctor declare Izz Najmi dijangkiti kulat yang ibarat flare move on like satellite. kata doctor. Ohh,, omaknya takut jika si Izz kena eczema, alhamdulillah doctor bilang tiada tanda-tanda itu. Cuma seperti jangkitan saja. Diberikan ubat sapu dan syrup dan doctor pesan sekiranya dalan tempoh seminggu tak baik, mohon la datang kembali untuk direfer pada yang lebih pakar. 

Alhamdulillah, dalam dua hari flare tu surut, yet kulit dia macam more dry type. Perhaps his aunties called him "TEMPE" haha. Sebenarnya dorang geram tengok he most beautiful nephew yang dorang ada dengan comel bam gitu. KAH! 


Ulang tahun ke-3 kami

Semuanya sudah sehat selepas diziarahi dua kali oleh mak mentua, paknya pun dah bekerja kami cuma sambut ulang tahun dengan bicara santai aja. Tak terdaya nak grand celebrate. Ala~ baru tiga tahun. Haha Jauh lagi nak ui perjalanan ni.. 

But, every year I was remind by Facebook, so yeah. Maybe over sikit di muka buku tu. Haha 


Bulan ke-7 buat Izz, dan 21 buat Nayla

Kira pakai bulan ni senang sebenarnya. Sebab tiap-tiap akan ingat tarikh lahir dorang ni. Bila anakanda sekalian udah mau beralih bulan, maka masing-masing keluar la pe'el masing-masing. Kata orang tua dulu, nak berubah bulan. Ingat serigala jadian aja berubah, babies pun ye. 

Ada anak itu indah, yang luar biasanya kesabaran parents kena dalam sedalam teras bumi. Kerna mereka penuh dengan imaginasi. 

Izz dah masuk bulan kedua proses suai kenal solid food. Setakat ni, selain dari kejutan jangkitan kulat, tengok dia okay saja. Back on track serbuk ikan bilis tu, okay pulak. 

Risau kalau dia kalah dengan peluh sendiri, sebabnya bila panas konfem meragam. Eh, kita yang dewasa pun bising apatah lagi dia. Apada~ 

Nayla, currently nak tumbuh gigi yang ke16 dan 17. Gigi taring sebelah kiri dan sebelah bawah kiri jugak. Pergh~ penuh dah gigi anakku. 

Setakat ni mangsa gigitan cuma ayah dia saja. Itu pun, jenuh nak mengajar dia macamana nak gosok gigi. Di kasi berus gigi, digosok pada sang itik sampai kembang berus gigi tu. Adoii~ anak la anak. Pandai dia tiap kali mandi, minta berus gigi. 

Bila hari appointment dia, tak sempat nak suruh pergi pemeriksaan gigi sebab hari ahad, ramai orang. Dan paknya dah tak sanggup ler nak menunggu lagi.

Over all, anakanda sekalian is alhamdulilah sihat on their track. 


Interview kerja di tempat lama

Berpuluh kali kakak di tempat Taska lama Aien kerja masa ngandungkan Nayla tanya. Akhirnya, kali ni terbuka hati nak hantar resume. Hantar pagi resume, tengahari dah dimaklumkan esok pagi untuk interviu. Oh, neves dia usah dikira. Macamana ni? Walaupun tempat lama, takkan la nak buat pakaik redah je kan? Aci tak aci la kena ikut prosedur.

So, bila dah interview, rupa-rupanya keadaan masih sama macam masa Aien kerja dulu. Pengurusan dan orang bawahan tak sama info yang diberikan. Al-maklum la dorang dah dapat pegawai baru. Sedih? Oh, tak apa la. Tak kerja tak apa. Janji jangan pisahkan dengan anak. Duit boleh dicari dengan cara lain. Masa dengan anak-anak we can't gostan.

Ini adalah pendapat seorang surirumah. Bukan menafikan bahawa wanita pun perlu kerja dan duit sendiri, yet... Yah, my opinion.


Izz suspek kena hives / rashes virus


Wah, wah wah.. selang dua minggu, Najmi kena lagi. Bergegas mak pak ke klinik dapatkan nasihat lagi. Siap kena ambik darah, sebab risau antara allergy atau sebaliknya. 

Sudahnya keputusan, a bit of allergy reaction. And some of them might be virus. Huwaa~ T^T Doctor suruh alert dan keep monitor in case rashes tu naik ke muka dan memang kena refer. Alahai anak bujang Ibu. 

Actually, again, Ibu buatkan bubur ikan bilis untuk dia. Mungkin itu allergy dia. Orangnya pun tengah dalam demam-demam lepas 'noreh getah' kat kampung nenek dia jumaat sabtu minggu tu. haa~ hamek sekali lagi. Ibu is kenot la Nami... 


Penutup 

Sudahnya februari di hari terakhir yang tarikh ini cuma 4 tahun sekali. Dan bulan ini, terlalu banyak dugaan sampai Aien rasa macam hopeless sangat-sangat sebab I have no one to tell about. Yet, here I am again. Living, in good shape, alhamdulillah. 

Alhamdulillah for yesterday, 
Alhamdulilah for today, 
Alhamdulillah for tomorrow. 

Apa-apa pun yang berlaku cuma ujian sedikit daripada yang Maha Pencipta. Sama ada tanda peringatan bahawa bila-bila masa dia boleh beri tak kira sebaik mana kita jaga. Atau tanda sayang Allah itu, mengingatkan kita ketika ini cuma sedikit kita rasakan berbanding dengan orang lain yang mungkin lagi besar dugaannya dari kita. 

Alhamdulillah for Februari. The second period is over. Semoga bulan ketiga mendatangkan yang terbaik buat kita. 

Oh ya, entry ini disimpan sementara masih ingat kisahnya. Sebelum mengakhiri tinta, Tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yasin kerna berjaya menjadi PM kita yang ke-8. Selepas seminggu pergolakan politik dalam negara, akhirnya pilihan Tuanku Sultan Abdullah yang terbaik. Tahniah sekali lagi. 

14 ulasan

  1. Allah.. banyak betul dugaan aien.. Tapi sha yakin Aien sentiasa kuat untuk melaluinya.. luahkan saja disini.. akan ada yang sudi membaca dan memberi semangat.. Pilihan setiap orang itu berbeza.. Sha doakan semoga usaha Aien diberkati.. bukan mudah menjadi suri rumah sepenuh masa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Sha. T^T atas kata-kata semangat. Moga kita ibu2 yang bekerja mahupun suri rumah terus kuat mencari pahala menjadi wanita hiasan syurga. :)

      Padam
  2. Samalah kak, Februari Hana pun agak mencabar dengan macam-macam dugaan :') But alhamdulillah Allah sayang lagi kat kita kan?
    .
    So, good luck untuk bulan March ni! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh, agaknya Februari yang ada 29 hari, tu la semua huru hara kan?

      Padam
  3. This post prove that you're so strong and smart on handling problems. May this month will be the best for you. <3

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah. Anggap itu hadiah dari Allah.

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan2 mendatang

    BalasPadam
  6. adui kesiannya aien, sampai dua sekali demam. Semoga kuat menempuh ujian ye. Take care jugak tau aien!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dugaan tu di februari. Sekarang alhamdulillah dah sehat. Hehe Thanks Pana! ^^

      Padam
  7. Semoga dipermudahkan semua urusan ya aien.. bulan feb bulan memcabar.. mungkin bulan mac, bulan senyuman 😊 inshaallah

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤