Happy 3rd Anniversary

Selasa, Februari 11, 2020

Happy Anniversary to Us! |Hi~ Assalamualaikum

Riangnya dalam hati,, Ibarat berkahwin lagi gitu. Tiap kali anniversary mesti naik gambar dari keluarga laki time depa nak naik belon. First time katanya. Ni ntah bila lagi nak naik tak tau eh. 

Tahun ketiga, masih di fasa pertama. Orang kata masih tahun jagung gitu. Fuh, rasa macam dah sejuta tahun. Padahal anak baru dua ketul. Hadiah memasing untuk ulang tahun kali ni  demam berjemaah. Sebab tu blog sunyi sepi ja tak ada berjalan sana berjalan sini. Demamnya sampai kepala pusing nak pitam. Bangun terhuyung hayang gitu. Dengan Izz pun agak meragam sebab dia kena sama tempias. Alhamdulillah Nayla tenang je bila kami berjalan serupa zombie. Dia sahaja tenaga tak sudah sampai tak mau tido. 

Stressnya usah dibawak bincang. Haha bila dah demam, ko p layan tak dak selera memang anak meragam. Kah! Sendiri dah tau, tapi nak marah jugak. 

Astaghfirullah al adzhim.. Patut sakit jadi penghapus dosa, ini.. Alhamdulillah sekarang semua dah baik-baik, moga setahun sekali je la. 

Kenangan untuk ulang tahun kali ni. Mencabar sikit. Apa-apa pun iyanya pengalaman. Tak kena mana nak tau. 

Satu lagi, Izz boleh kena jangkitan kulat, keesokan hari demam tu. Nasib ayahnya memang nak ke klinik, saing sekali la. Doctor kata trigger dia sebab berada tempat lembap. Padahal Aien baru tukar serbi serba alas cadar. Sob sob je rasa. Habis satu badan mulus Abe Izz kena flare merah-merah. Takut dia kena demam campak ke, eczema ke. Macam-macam dalam kepala. 

Setelah seminggu ni, guna cream klinik kasi, sapu dua kali lepas mandi. Alhamdulillah okay kecuali pipi dia kadang merah-merah macam pikachu. Suka sangat nangis-nangis p cari alas kaki untuk meratap. Anak la anak...

Baru dua dah huru hara. Acaner nak tambah ahli club ni? HAHA

Sekian, selamat ulang tahun buat suamiku. Terima kasih cinta, atas segalanya. ♥ 



12 ulasan

  1. Happy 3rd anniversary Nur dan suami... kesiannya la kena demam berjemaah. Faham perasaan tu.. semoga bahagia dan sihat bersama family tercinta ya.
    ~dah follow... hope we can be friends😊

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. selamat hari ulangtahun ^_^

    BalasPadam
  3. waa happy anniversary aien semoga kekal til jannah

    BalasPadam
  4. alhamdulillah !! semoga kekal bahagia selamanya. adoii demam.. get well soon semua..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤