CHINESE DRAMA | Find Yourself (2020)

Khamis, Mac 19, 2020
Hi, Assalamualaikum | Berjaya juga tengok drama ni sampai habis. Pada mulanya memang drama ni ada tersimpan dalam wishlist, nak tengok tak ada mood. Sekali dah nak tengok. Pergh~ banyak juga nasihat best dalam ni boleh digunapakai. 



Drama yang berdurasi 45 minit pada setiap 41 episod ini agak berat jugak nak habiskan memandang terlalu banyak episod dia. Tapi, kita ada cuti yang panjang kan?  Tengok la demi adik manis yang baru nak naik ni, Song Wei Long. 

First Aien kenal dia, dalam cerita Love The Way You Are , dan lakonan dia best sangat. Plus dia comel. Muda lagi. Kemungkinan untuk dia jadi next best actor ni tinggi kot. 

Sementara heroin dia pulak, Victoria Song, penyanyi dari kumpulan f(x) kalau tak silap la kan, beralih menjadi pelakon di tanah air sendiri sejak beberapa tahun ni. Hasil lakonan dia juga tak mengecewakan sejak Aien tengok dia dalam Moonshine & Valentine juga sebagai heroin. Orang nya lawa kot. Manis gitu. Juga berpontensi untuk berlakon lebih banyak drama. 

Sinopsis

Drama Find Yourself ini mengisahkan kisah cinta antara seorang wanita bekerjaya He Fanxing  dan lelaki muda, Yuan Song. Lebih kurang mengisahkan perjalanan hidup He Fanxing dalam mencari erti cinta sejati dengan selingan persahabatan serta keluarganya. 

Dalam masa sehari gigih Aien habiskan seluruh drama ni demi nak mengetahui adakah He Fanxing ni dapat bersama dengan Yuan Song ni balik ke tak? Phew..

Jalan cerita yang agak perlahan tapi kena pada rentaknya membuatkan korang takkan boring demi persahabatan unik antara He FanXing dan kembarnya He CanYang serta bersama Song Xue dan Yang LouYu. Boleh dikatakan setiap karakter dalam drama ni memberi impak juga pada Aien yang menonton dan terfikir best juga ada kawan gitu. Hehe

Okay la, korang baca sendiri beberapa screenshot yang Aien rasa deep betul la.. 

- Bila Song Xue, dapat tahu suami Yang Louyu ada skandal. Dan tipu la kata seorang isteri tak tahu kan?







Padahal dia masuk dalam bilik air, termenung sendiri fikirkannya.


satu lagi part bila masa, He Fanxing marah kat mak dia, sebab macam asyik mendesak dia berkahwin dengan lelaki yang ada stable life, yet bukan orang dia suka. So ayah dia nasihatkan He FanXing ni tadi. Well, seronoknya cara ayah dia nasihat ni, lembut. tapi menusuk ke hati.














Haa, kan banyak dah screenshot ni. Haha  k la. Uolls nak tahu apa cerita sebenarnya, Find yourself la..  Haha

#stayathome


13 ulasan

  1. Balasan
    1. mula gitu gak, tapi best la dia berlakon. hehe

      Padam
  2. Mcm best tok. Ada peluang nak ngga klk 😊

    BalasPadam
  3. ok, kelak kamek carik..hahaha..alang2 stay at home tok kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh² .. ne tauk lejuk tangga astro tek nak. haha

      Padam
  4. amboiii skana layan drama nampak! hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. semestinya saya dah drama berpisah tiada. ^^

      Padam
  5. Tengah bosan duduk rumah ni mesti dah banyak drama yang akak berjaya layan kan? ngeheh ;)
    .
    Thank you for the review!

    BalasPadam
  6. Rajin Aein layan drama. Selamat menonton.

    BalasPadam
  7. banyak juga kata nasihat tapi tak minat tengok drama china, suka drama korea je hahahhaha

    BalasPadam
  8. Adoi.. berair mata baca nasihat seorang ayah pada anak tu.. awesome.. 😭😭😭

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤