Hi, Assalamualaikum | Oh Tuhan, benar la sejak PKP hari tu, kerja seorang suri rumah yang memang sudah tersedia terperuk di rumah, makin bertambah bosan dia. Ceh! Dengan adanya cik suami yang baik hati jagakan bebudak, Ibu boleh buat beberapa favorite sweet untuk diri sendiri dan seisi rumah. Hee~ Baru sedar diri ni merupakan seorang sweet tooth. Suka benar makan benda manis seperti cake, tart dan seangkatanya.
Anak-anak pun asyik nak makan je serupa dengan mak dorang ni. Maka sejak asyik berjalan ke IG teman, AYBITES yang tak lokek share resepi makanan untuk anak dia, Aien nak cub buat biskut untuk baby. Resepi yang mudah dan sedap sememangnya nak cuba lagi. Masalahnya, mak dia yang habiskan sebalang. Anak-anak tak suka pulak. Hish~ padan la mak gemok cepat. Eh! lagi-lagi mak jenis tak memilih ni. Balun je semua benda.
Harap maaf ye, gambar asal tak ada. Yang ada ihsan dari Pexels sahaja. Seperti post lain Aien always mention yang fon rosak, tu yang banyak je kerja nak dibuat. HAHA Dan hari ni, final result, portable damage teruk, wayar charge dah kiok jugak. Nasib la labu. Cik suami baik hati sekali lagi, on hotspot untuk Aien on blog je la.
Selepas tu, Aien try buat dimsum. O M G! sedap nok. Eh! yang tak best adalah dia sangat leceh. Leceh nak nipiskan kulit dia. Baru buat doblas biji, bila dah dikukus, habis ngap sorang. Yang lain tak minat. HAHA. Sedih la omak nak makan asyik tak ada geng je. Resepi Aien cari di muka buku je. Jelas terang dan mudah untuk difahami untuk orang tak berapa pro nak masak macam Aien ni.
kredit: google |
Dan hari ni pulak, cuba lagi sekali untuk buat bingka labu. Ergh! stress kenapa rupa dia tak sama macam yang mak mentua buat? Hurm... Sedap tu, boleh la tekak makan. cuma tak jadi mungkin yang Aien nak dia ada lapisan sedikit gelap di atas, tapi apa yang Aien dapat, dia biasa-biasa saja.
Resepi ni juga hasil carian daripada muka buku. Aien kalau tak tahu resepi memang muka buku saja sumber dia. Kadang-kadang derhaka resepi sikit. Haha
Oh nasi lemak sarapan pagi tadi. Lama dah tak makan nasi lemak. Selalu buat nasi dia tak berapa nak jadi. Kali ni Aien cuba masak atas dapur dan selepas santan dah kering, Aien tambahkan air sikit. baru tutup masak macam biasa, menjadi pulak. Oh bahagianya dalam hati. Yeay~ dah pandai. - puji diri sendiri. Haha lepas tu lama tak buat nanti lupa.
Esok ingat nak buat karipap ke, tart telur ke. Adeh! Aien memang suka makan kuih-kuih macam ni daripada nasi gitu. Haa, dah la nanti korang marah pulak Aien membazir. K bai..
15 ulasan
hi,jom dengr lgu kite..
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/lagu-dia-putera-by-cuya.html
Jap, nanti dengar ye cuya.. ^^
Padammacam2 menu boleh try, habis PKP ni masing-masing dah boleh join masterchef pula..hehe
BalasPadamKan.. dah balik-balik ke dapur je kerja dia. Haha
PadamBelum ada kerajinan nak masak matcham matcham. hahaah..
BalasPadamSebab tekak sendiri tak makan, rajin la kot.. Haha
Padamnanti bertambah berat la kalau hari2 makan yg sedap2 je ni.....huhuhuhu
BalasPadamIsh bukannya tak lagi ni Abam Kie.. ^^
PadamWahh rajinnya kak Aien! ;) Kalau mak Hana paling favourite buat tart susu.
BalasPadamtart susu tu macamana??
PadamWaa rajin betul.aien
BalasPadamMasa rajin ke Mama buat semua. Kalau malas tak de cerita. Haha
PadamKelmarin buat karipap. tak menjadi. kulit karipap menggerutu teruk bila digoreng. give up ah tp masih goreng la bagi org lain makan. T_T buat donat lagi senang
BalasPadamkulit mengerutu tak apa, janji sedap amph! intinya begitu. Aien pun cuba banyak kali baru menjadi. ^^
PadamRajinnya Aien.. bagus bagus.. Mai anta sikit makanan tu.. hahaha
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤