Hi, Assalamualaikum | Hari kesepuluh rasa macam dah sejuta tahun tak keluar rumah. sambil sidai baju, termenung tengok jalan belakang rumah yang sunyi. Eh, tak ada la sunyi sangat. Kejap dengar la jugak bunyi kereta lalu, motor ke lalu. Acik 'pasar bergerak' lalu tet tet.. Tapi, apa boleh buat masih juga tak dapat keluar.
Hari ni kecoh rakyat slash netizen atas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh PM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin jam 3 petang tadi. Kecoh juga netizen #MakcikKiah ni. Alhamdulillah terima kasih PM dan kerajaan PN atas semua yang diperuntukkan.
Kita tak keluar rumah, jadinya rasa macam semuanya normal saja. Tak tahu macamana sunyinya kedai-kedai di luar tu jika tak tengok berita. Ada juga manusia yang degil rasa diri punya imun badan superpower masih bekeliaran. Eh, itu tak tahu. Apa yang Aien tahu, jiran baru sebelah rumah ni, anak-anak dia sokmo lelari pagi kejap, tengahari kejap, petang kejap, malam kejap. Ada la masa dia jika nak dibandingkan awal PKP dulu. Saban hari main di luar. Hish, stress juga dengar. Mungkin dia ada mak cik dalam kawasan kuarters ni, jadi boring-boring, dia lari ke rumah mak cik deme. Sampai Nayla pun pandai menjengah keluar kalau dengar bunyi bebudak tu berlari atau bersembang depan rumah. Aien ni jadi stress dengar suara di luar rumah tau. Sangka baik aje laa.
Haa, berbalik kisah Mak cik Kiah tadi, tak ada apa pun nak diceritakan cumanya saja nak ambil port pasal hal ni. Nak cerita betapa la dah tepu dok rumah, kiasan mak cik kiah pun boleh jadi hiburan. Apatah lagi kerajaan mengumumkan bagi duit untuk rakyat. Seronoknya. Tapi kena beringat, berapa lama tempoh PKP ni akan berlangsung? Minggu kedua ni pun sendu nya nak habis rasa. Bagaimana la minggu ketiga dan keempat nanti? Ada yang dah resah di kalangan para penjual yang risau sumber pendapatan mereka. Ada yang risau, anak-anak yang bersekolah dan bakal mengambil ujian besar seperti SPM, PT3 dan UPSR tahun ni bagaimana? Dan, macam-macam la.
Jika ditanya pada Aien, apa yang merisaukan Aien adalah, Adakah covid-19 ni takkan reda sampai kita raya nanti? Atau berlanjutan sehingga hujung tahun? Nauzubillah min zalik. Aien cuma mahu berjumpa keluarga saja ni. Walaupun kadang selalu juga di video call, tapi takkan pernah sama duduk semeja.
Risaunya juga jika, tahun 2020 ini berlalu dengan awan mendung yang susahnya beredar tanpa angin. Ibarat Aien lihat di laman sosial Twitter, ada yang mempersoalkan, bolehkah uninstall 2020 ni? banyak sangat virus.
Oh, jika semudah itu.. Pasti seronok. Risaunya anak-anak kecil bagaimana masa depan mereka nanti jika wabak pandemik ini tidak surut jua.
Masa ni ambik peluang merenung, di mana nasib kita? Tetiba rindu dengan zaman Aien bersekolah dahulu. Rindunya itu dengan nasyid daripada Qatrunada, Mawaddah dan bait-bait sajak yang ditulis oleh Almarhum Abuya. Bukan memuja, tapi serba sedikit apa pesanannya dahulu kian benar berlaku. Tak segera, perlahan-lahan mengambil tempat. Tapi, jiwa ini, jasad ini masih bergelumang dengan dosa. Allahu rabbi~ Diam-diam menangis sendiri. Apakah aku layak menjadi Ikhwan yang dirindui Nabi? Adakah aku ini layak mendapat syurgaMu ya Allah?
Terduduk memeluk lutut. Melihat anak-anak kecil hidup tanpa dosa, yang ada di depannya contoh yang serba kekurangan. Allahu rabbi....
Kenapa tetiba entry ini jadi sedih? Sebab sendiri tak punya harta sedikit pun jika ditanya, yang ada hanya dua ketul anak yang jika ditanya nasabnya itu buktiku. Bila kerajaan bagi bebanyak macam ni, terfikir sejenak.. Aku masuk golongan mana? Ketawa sekejap.
Rezeki Allah ada. Kata kakak. Jika tiada dalam list bantuan yang disebut PM, pasti ada di tempat lain. Oh.. Hilang sudah pergantungan pada ya rabbi. Masya Allah.
Jangan lupa yang kawan-kawan. Covid-19 ini datang tanpa khabar, perginya juga tiada jejak. Semoga perginya itu dalam kadar segera dan kita dapat bersama-sama berjemaah solat taraweh di masjid. Rindunya itu.. solat di pagi raya.
Pergi la dikau covid-19.. Bawa la segala dosa kami, kerana kau juga tentera Ilahi, untuk mengingatkan kami.
Semoga aku dan kalian terpelihara dari segala wabak penyakit ini. Moga kita daripada orang yang taat dan mendengar kata. Moga kita di antara orang yang bersyukur di atas nikmat-nikmatNya. Pasti semua ada hikmah di sebaliknya.
11 ulasan
famous mak cik kiah
BalasPadamKan... ^^
Padamsoal wabak ni memang makan masa nak kembali normal. slowly but surely insyallah janji kita semua alert dan beri kerjasama. mudah2an cepat berlalu dan kita semua kembali happy2..
BalasPadamKan... ^^ Mudah-mudahan laa...
Padamhusband cakap, atas jam 5 pm dah macam bandar zombie kk ni.
BalasPadamia... seramnya nak berjalan lepas tu ue..
Padamameen ameen atas doa ya...
BalasPadamarea rumah kamek yang dolok riuh 24 jam sebab kedai mamak betul2 depan rumah, kinek tok sunyi sepi bila dah lepas Isyak...terus rasa sik selamat kedak dolok udah…
moga semuanya akan berlalu dengan segera...ameen
kitak diam siney?
Aamiin.. kede mamak ya pun tutup dlok udah ka?? kamek area taman u tok.. hehe
PadamSemoga covid segera berlalu.. cik kiah mmg trending beberapa.hari.ni kan
BalasPadamAah~ selagi tak dapat BPN ni, memang trending habis.. ^^
PadamMemang terhibur dengan Makcik Kiah.. Suka bila PM tak guna bahasa2 yang advanced.. Bila PM guna perumpamaan makcik kiah nie, dekat sangat dengan rakyat..
BalasPadamYup.. kalaulah boleh uninstall, memang nak uninstall dan install balik.. Malangnya tak boleh.. kenalah hadap dan berdoa semoga mendung covid19 ini berlalu pergi..
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤