Hi, Assalamualaikum | Sebelum tu, jom belanja mata tengok ladang tulip di netherlands dulu ye.
Wah, rasa macam lama tak ada update jurnal selepas
Kisah lalu: Februari | Bulan mencabar selepas percubaan
Disebabkan hari ni manyak happy, Aien nak la sambung tulis jurnal ni. Nanti boleh hadap apa yang berlaku sepanjang hidup aku dalam 2020 ni. Kah!
Terutamanya, terima kasih kakakku, serta adik iparnya sudi singgah berambeh kata orang Sarawak ke rumah kecil kami.
Sebenarnya, satu-satu kakak Aien ni telah pun berhijrah dari Februari lepas dari Melaka ke Johor Bahru yang serba mencabar ni. Sekarang ni pun tengah struggle nak cari rumah sewa di sekitar kawasan Bandar Baru Uda - Larkin. Korang sesiapa yang ada contact rumah sewa hello, hello la Aien ye.
Eh, sempat lagi kau ni ye. Disebabkan dia nak tengok anak-anak buah dia, bermalam la hujung minggu di sini.
Kakak ngajak keluar yang mana perkara yang Aien takkan tolak apapun sebabnya. Haha
Sasaran tempat kami adalah Paradigm Mall Johor Bahru. Which is agak lenggang jugak di hujung minggu. Tak apa. Lenggang lagi bagus. Kakak nak mengajak Aien cuba Mykori yang agak baru bukak di Paradigm ni. Dan menghabiskan voucher yang dia dapat sebelumnya.
Sayangnya, Aien tak dapat nak amek gambar sebab phone penuh dengan drama la pulak. Apa da~
Kaison Paradigm Mall, JB
Boleh dikatakan memang Aien suka nak cuci mata di kedai deco bajet ni. Mampu cuci mata, aim dulu la mana berkenan. Nak beli menumpang ikut orang. Bajet pun masih tabung cap ayam.
Masuk-masuk je, Nayla dah rembat mainan seguni. Hurm, halal la. habis pusing. O M G~ tengok tu, dah terbayang deco rumah sendiri. Tengok tu, nak sambar. Eh, bahaya la macam ni. Nasib dalam poket tak ada duit ungu. Kalau tak memang tak nampak dah jalan keluar ni.
Tunggu ye. Saba ye. Next~
Mykori Paradigm Mall, JB
Seperti yang Aien katakan, maaf tiada gambar. Hanya tulisan mengambarkan suasana dan perasaan teruja cuba makanan hispter. Kah!
Selepas pesan, Chocolate Tiramisu Kakigori se, Kenko Kakigori Yogurt Ice which is not very my taste and Passion Fruit Frappe sebagai bekalan untuk En. Suami yang ditinggal -me time- sendiri. Terbalik la pulak. Haha
Terlupa la pulak Tiramisu itu, basednya adalah coffee, tapi sedap. Tak menolak walaupun Paradigm Mall tu sejuk. Haha Habis makan. Seronok la bebudak Mak Long dorang belanja KFC yang berada di seberang Mykori ni. Tak lama lepak, orang pun mula memenuhi Mykori ni, dan kami beredar untuk mengosongkan meja.
Secara keseluruhan untuk Aien yang cepat berpuas hati ni, puas la. Lain kali nak cuba kek dia.
Cuci mata di SSF
Wah, wah sakan kau berjalan ya. Sebenarnya nak sangat buat story IG but, again my phone is dying like hell. Urgh! Stress. But nevermind. I record it with my eyes and keep it in my mind. Haha
Kalau boleh Aien ni, keluar mesti nak tengok port-port deco ni tau. Mak mak be like. Hurm, umur pun nak masuk 3series, berubah la pulak.
Kalau tadi dah singgah Kaison, lepas makan singgah la pulak SSF yang dikatakan kedai perabot bajet jugak. Tapi jujur Aien cakap la kan, tak juga bajet la jika dibandingkan dengan IKEA. Kata orang, kena pandai bandingkan harga. Biar alah membeli, lama memakai. Gitu~
Jalan-jalan cuci mata masuk di satu kawasan showroom dia, which is so homey~ macam nak tinggal situ je. Pergh. Kenot describe my feeling when step inside that house. Dan Nayla pulak enak masuk macam rumah sendiri terus duduk di sofa. O M G~ dalam hati. Kau doakan Ibu ayah kau ni murah rezeki ya kak, nanti kita duduk rumah yang lengkap.
Dan terdetik juga sekarang tika menaip ni, apa yang membuatkan sebuah rumah itu rasa homey? tahukah korang apa rasa homey itu? Jika sekarang, Aien tengok (mungkin sebab Aien follow jugak) banyak para ibu-ibu sibuk nak mendeco rumah bagi cantek dan selesa serta indah di mata orang. Tapi, apakah ianya rasa seperti berada di rumah?
Bukan nak cerita pasal deco la pulak. Adeh~ Apa la.. boleh la cari pasal macamana nak jadikan rumah rasa rumah? Eh, kata omputihnya, A house feels like home. Nah, beza kan?
Apa yang penting syukur kerana kita punya rumah untuk berteduh. Ada orang mungkin lagi susah dari kita we never know.
Last but not atleast, makan lagi. Kerja ompuan ni memang makan aje ler. Jalan, makan, makan jalan. Itu je la. Jangan ditanya duitnya ntah kemana.
Myeong-dong Topokki, Paradigm Mall JB
Ini juga atas suggestkan kakak dan adik iparnya. Mereka memang suka cuba-cuba makan ni. Memang dari zaman teman serumah sampai jadi kakak-adik ipar. Katanya pernah cuba di Melaka, nak la jugak cuba topokki yang lain pulak. Wah~ segannya dibelanja aja ni. Moga murah rezeki korang ya.
PS: gambar tak molek sangat ye.
Amek port yang tersembunyi sikit, senang nak bf si Najmi yang dah lelah berjalan. Eleh, padahal didukung. Ahah Port yang senang jugak si Kakak main. Cumanya, tak best which is penghawa dingin tak terasa dalam shoplot dia. Berpeluh-peluh kami duduk makan di sini, seolah makan di street pulak rasanya.
Adik ipar kakak pesan menu Dol-sot Bibimbap yang dia teringin nak cuba. Terpengaruh la tu tengok drama selalu dok bukak peti sejuk amek je segala side dish dan masuk dalam nasi gaul. Masya Allah~ ceritanya yang kami gelar -nasi anjing- digaul semua ibarat nasi goreng yang tak digoreng. YUM. Sedap licin. Cuma hangit sikit. Kata kakak , Myeong-dong Melaka juga hangit. Agaknya memang trademark chef Myeong-dong ni.
Portion yang besar juga, kami bertiga boleh kongsi. Plus Nayla sikit. Tekak Banjar susah nak masuk makanan pelik-pelik ni.
Aien order Myeong-Dong Topokki Cheese yang ingatkan sikit je. Rupanya besar jugak. Siap tapau bawak balik. Topokki yang memang diperbuat daripada tepung beras, agak liat sikit. Tekak Nayla tak ngam. Maunya nasi jugak. Secara keseluruhannya boleh la lepak sini. Price pun kenyang perut.
Lain kali mungkin boleh pergi lagi. Staff majoriti melayu. Siapa nak join? Ahaha
Popular Bookstore
Salah satu tujuan asal kakak Aien nak ke mari. Sekali pusing Aien sibuk tengok novel Anjell atau Rin Ahmad terbaru, hilang dah dari radar kakak dan adik iparnya. Haa, sudah~ mana. Haha lupa yang dia kata nak pergi cari buku untuk budak-budak tempat dia mengajar. Apa laa~
Done jalan di dalam Paradigm Mall sekitar 4 jam kemudian. Phew~ penatnya. Nasib jumpa jalan balik. Nak cari lauk lagi. Stok seminggu. Singgah la KipMall, Tampoi.
KipMall, Tampoi
Seronok berbelanja di sini, lengkap semua barang basah. Banyak kali orang tua datang singgah rumah, baik mak sendiri mahupun mak mentua, masing-masing dibawa singgah ke mari. Ya la, orang tua. Mana suka nak berbeli lauk ke mall macam kita, asal jumpa ja beli. Mereka mahukan yang segar dan boleh tawar-menawar.
Masa dengan adik-adik Aien datang ke main lagi mereka puji murah di sini. Bawak RM100 boleh beli lauk serta sayur untuk seminggu dan ada bakinya lagi. Sekali lepas Raya Cina Aien dan En.Suami pergi tak ingat kedai mana kena cekik wei. Sayur stok seminggu kena RM50. Menangis jap air mata darah. Udah ler lauk pun tak ada ikan, apa yang lain. Adanya ayam je. Haha Tobat lahum jap nak ke sini lagi. Tu la ni meyinggah lagi. Cuba nasib lagi. Fuh, jumpa dah kedai mana pergi ritu murah. Haha Set !ingat. Kang esok lusa lupa lagi.
Haa, sampai tertido Nayla kepenatan bila cari lauk. Cukup la tu jalan setengah hari tinggalkan ayah. Jom anak-anak kita balik.
ps: jarang Aien jalan tinggalkan laki ni. Haha
8 ulasan
Wah! Hebatnya aien pi tawaf segala mall di JB. X apa sekali-sekala layan kakak yg dtg berkunjung ke rumah.
BalasPadamTak ada la tawaf mall. Tawaf semua kedai dalam mall mungkin. Haha
Padamhabis menjelajah satu mall dalam sehari, balik mesti penat giler..hehe ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamsekali sekala, hilang penat tu. ^^
PadamMall yang ada kedai buku, walaupun mall tu hidup segan mati tak mahu, I can spend hours in it sebab ada book stores.
BalasPadamInshaAllah ada rezeki ke JB lagi, Tqa singgah sini :)
semestinya kan... tapi sejak dah jadi mak-mak ni, selalu masuk daiso, kaison, dah seangakatannya. hehe
PadamHamboi.. sakan tawaf mall tu.. hehehe
BalasPadamSesekali kan aien..
sekali dalam beberapa bulan kak.. hehe
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤