Hi, Assalamualaikum , macam janggal pulak nak mulakan entry tanpa gambar dahulu. Ini sebabnya Aien bebel dulu sebelum teruskan ke review, jom la kita lihat macamana benda ni diteruskan.
Drama ni mengambil masa dalam seminggu jugak nak habiskan. Biasa la, sambil-sambil ngurus rumah tengok kejap. Sambil-sambil belek bebudak ni, pasang kejap. Kadang tu, baru je nak pasang, Nayla dah chop dulu laptop tu. Macam tau-tau je Ibu dia ni nak konker. Bertuah punya budak. Lepas tu, bukan tengok pun kartun dia. Hampeh~ Nasib la labu. Makanya Ibu penuhkan storage Ibu ni dengan drama je la.
Melting Me Softly; tajuk drama yang ditayangkan sebelum Catch The Ghost . Mempunyai 16 episod yang berdurasi sekitar 1 jam 5 minit, membariskan pelakon terkenal seperti Ji Chang Wook, Won Ji-A, Lee Hong Ki, Yoon Se Ah, Song Ji Eun serta memperkenalkan pelakon Choi Bo Min dari kumpulan Golden Child. Sinopsis drama ini mengisahkan tentang Ma Dong Chan (Ji Chang Wook) dan Ko Mi Ran (Woo Ji A) dibekukan untuk satu eksperimentasi selama 24 jam. Tetapi, daripada 24 jam itu, mereka bangun semula setelah 20 tahun kemudian. Disamping harus mengekalkan suhu badan mereka pada paras 31.5° . Dan paling maksimum pada paras 33.5°…
Barisan Pelakon
Pada tahun 1999, Ko Mi Ran dan Ma Dong Chan dibekukan.
Mereka bangkit semula pada tahun 2019 ketika orang di sekeliling mereka sudah pun berusia dan mereka kekal muda belia.
Review Aien:
Lama rasanya nak tengoi cerita ni, tapi asyik terbantut je sebab tengok heroin dia macam tak kenal. Lagipun Chang Wook ni tak la berapa gemor sangat lakonan dia walaupun dia hensem. Dek kerena sinopsis dia boleh la dengan sains fiction macam ni. Moh ler kita layan.
Dengan kelajuan 150 di pemain MX Player, cerita ni boleh dikategorikan slow sangat. Phew~ penat la nak fast forward. Padan la macam tak dapat sambutan. Eh, ke Aien je tak dengar.. Haha
Cerita yang membariskan kebanyakan pelakon lawak, memang itu je rencah dia. Hari tu baca di blog siapa ya, tu yang teringat nak tengok balik. Sama ada Suraya atau Tiara. Mereka dua ni memang kaki drama review.
Pada Aien drama ni suam-suam kuku je la. Nak kata best sangat pun tak jugak nak kata tak best tu pun tak jugak.
Proses dia, Mi Ran & Dong Chan frozen > bangun 20 tahun > cuba nak adapt > keluarga Dong Chan dah down graded (padahal dorang kaya masa 1999 manakala keluarga Mi Ran kaya sebab dia sempat tinggalkan wasiat gitu. > Mi Ran cuba claim balik dengan syarikat produksi > Dong Chan masih Director > Ada orang jahat yang saudaranya dibekukan sama cuba nak bunuh dorang dua supaya saudara dia tak dibangunkan > Dong Chan cuba nak gali cerita sebenar > jatuh cinta dengan Mi Ran > bekas awek dia cuba nak balas dendam > Orang jahat kena tangkap > tapi ada terlepas > cuba nak bunuh Mi Ran > Mi Ran masuk frozen semula sebab tak boleh dibedah bila suhu dia rendah sangat > Happy family at home
Dah siap~ Ending dia macam kelam kabut sikit sebab pap pap pap dorang nak garapkan pengakhiran tu. Over all, boleh aje tengok. Time dah tak ada sangat idea nak tengok cita apa.
Favorite Aien masa episod 11 sebab sepanjang episod tu dengan tajuk keluarga, memang fokus pada keluarga pasangan cyronic ni la.
aienienka
Masa ni mak Dong Chan cakap kat Profosser Hwang - orang yang buat eksperimen frozen ni, kalau nak buat apa-apa buat kat dia dulu, daripada anak dia. Cukup la 20 tahun berpisah.
Penghujung
Drama ni sesuai la ditonton masa uolls dah tak jumpa sangat cerita apa nak tengok dan suka nak tengok cerita ngek ngok macam ni. Humor yang tak melampau, okay la.
Till next drama. Jaa Nee!
8 ulasan
Belum tengok lagi. Macam best je
BalasPadamLama juga nak amek mood tengok cerita ni.. ^^
Padamcerita baru ka tok? housemate kamek mintak chang wook ya...kelak nunjuk nya...
BalasPadamTaun lepas mun sik salah kamek la..
Padamwah sc fi mama suka cite mcm ni
BalasPadamBoleh la tengok untuk tempoh kuarintin ni. Hehe
PadamTak tengok lagi drama ni.. tak berapa memikat pula walaupun minat heronya..
BalasPadamsebab tu amek masa lama nak tengok drama ni. Haha
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤