PERKAHWINAN | Persediaan Berkahwin Dengan Orang Jauh?

Isnin, Mac 09, 2020


Hi, Assalamualaikum | Cuti sekolah bakal menjelma, ramai orang mungkin akan memilih dalam waktu seminggu itu untuk melangsungkan perkahwinan. Tak kurang memilih untuk majlis apa-apa pun kerana masa itu punya waktu yang panjang untuk menjemput sanak saudara datang berkunjung. 

Mengambil peluang ini, Aien nak juga bercerita tentang apa persediaan harus dilakukan sekiranya pasangan kita itu orang seberang, atau berpisah lautan? Aien kongsikan ini berdasarkan pengalaman Aien dan suami. ^_^


Masa pertunangan

Ada sesetengah orang mungkin akan memilih untuk membuat majlis pertunangan lebih kurang dengan majlis aqiqah atau doa selamat. Yang kadang memerlukan rewang kecilan untuk hidangan para tetamu. Walaupun tak banyak, ianya akan memakan kos yang agak banyak jugak dalam sedar tak sedar. 

Jadi untuk buat dalam bajet, cukup sekadar menjemput orang terdekat seperti ahli keluarga pasangan atau lebih mudah, keluarga kita-kita saja. Apa yang perlu difikirkan; 

1. tiket penerbangan

Oleh kerana kita memilih orang jauh, pasti keluarga akan teruja menaiki kapal terbang. Ini bukan cerita mereka yang selalu pergi bercuti. Ini kisah mereka yang rakyat marhaen yang hidup cukup seadanya. Jadi, untuk itu, pasti kita harus menaja seluruh ahli keluarga untuk memeriahkan lagi. 

2. Homestay

Tempat tinggal sementara kita berada di sana. Mengikut pengalaman Aien dan suami, kami cuma mengambil masa 3 hari 2 malam untuk majlis ini kerana banyak juga nak kena fikir untuk majlis seterusnya. Boleh saja menginap di rumah bakal besan, tapi keluarga mentua Aien suka berdikari sendiri.

3. Kenderaan

Semesti wajib dicari kerana ini bakal memudahkan kita untuk bergerak tanpa menyusahkan keluarga bakal besan. Jika punya bajet banyak, boleh saja. Untuk Aien dan suami, kebetulan di rumah ada banyak juga pilihan kereta. Di sini bajet dah jimat. Tinggal tambah duit minyak kereta ja. 


Untuk kos hantaran, kami fikir untuk majlis pernikahan nanti, malas pulak nak fikir dua tiga kali. Pelamin juga tiada, sebab memang koboi habis sebab nak tabur duit masa majlis nanti. Al-maklum la, Aien pemula untuk berkahwin dalam adik beradik. Buat kali pertama mesti banyak hendak difikirkan kerana tiada pengalaman lagi.


Selesai sesi merisik dan bertunang, maka bergelar tunangan orang, jaga diri elok-elok. Orang tua kata, orang bertunang ni darah manis. Ramai yang mencucuk jarum. Jaga hati, jaga perasaan bakal suami moga berjaya mengikat hubungan yang halal sampai syurga.


Aien rasa setakat ini sahaja dulu perkongsian, mana yang berkenan nanti Aien sambung lagi.

Jaa Nee!

18 ulasan

  1. susah juga kahwin dgn org seberang laut kan? Mujurlah isteri abe kie di daerah sebelah je. Biasanya kami balik hari bila balik ke kg masing2. Jrg benar tdo sama ada di kg abe kie atau kg isteri sbb dekat je umah kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jodoh tak kemana.. Haha

      syiok la Abam kie ngan bini boleh ngelat.

      gurau je.

      Padam
  2. majlis dengan jarak yang jauh, dan wajib naik belon ni memang memerlukan perancangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. Dah planning elok² pun masih ada misplace jugak.

      Padam
  3. nice sharing.. boleh jadi panduan untuk bakal pengantin..

    BalasPadam
  4. sama la...kamek pun jauh, kamek bintulu, husband kedah...wakakaka...

    BalasPadam
  5. kahwin org jauh banyak cabaran... kahwin org dekat pun banyak cabaran.. rezeki masing-masing.. sy jelah tak kahwin lagi hehe

    BalasPadam
  6. Pengalaman Amir sendiri bila berkahwin dengan orang Besut dekat 10 tahun. Banyak yang nak difikirkan, tapi Alhamdulillah sebenarnya best juga kahwin dengan orang jauh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah lama dah ye.. Moga sampai ke syurga. ^^

      Padam
  7. good info mmemang kena cnsider semua tu kalau x kesian org jauh

    BalasPadam
  8. Banyak perlu consider dan bajet bila berkahwin dengan orang jauh ni. Tapi kalau time balik kampung tu terasa syok jalan jauh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok sangat. Excited dia macam pergi bercuti. Haha

      Padam
  9. Banyak persediaan nak kena dibuat kalau kahwin dengan orang jauh nie.. nice sharing Aien..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup,, orang jauh kena sedia mental dan fizikal ni.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤