Rabu, April 29, 2020

Resepi Ayam Masak Ungkep campak-campak


بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya dapat juga aku update post tentang resepi. Al-maklum la sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, masing-masing berjaya praktik untuk daftar diri dalam Rancangan Master Chef. Terutamanya aku ni ha, daripada tak pandai masak, la ni aku rasa dah expert sikit nak masak campak-campak. Kah! Lagi-lagi bulan puasa tak boleh nak merasa masakan, kang takut termakan terus. Nah, jawapannya, agak-agak je la. 

Resepi melayu jika dari turun temurun itu, kalau ditanya pada para mak-mak pasti akan jawab, agak-agak je kau letak. Sampaikan Gordon Ramsay pun konfius macamana rupa agak-agak ni.

Okay, back to our resepi.

Kali pertama aku makan ayam masak ungkep ni, sejak berkahwin. Mak mentua aku suka sangat buat ni. Masakan banjar kalau tak silap aku. Selalunya dia akan masak menggunakan ayam tua. Which is lagi sedap la, tapi aku tak makan. Sampai satu hari, mak mentua aku buatkan guna ayam biasa. Dan aku makan, phew~ sedapnya. Ala-ala masak rendang, tapi tak guna rencah rendang.


Seperti biasa, kalau aku ni masak mesti kena tengok resepi dulu di muka buku sebagai rujukan. Lepas tu, derhaka pada resepi. Haha
Sebab apa derhaka? Sebab aku masak untuk dua orang, dah kebiasaan resepi memang masak untuk ramai, jadi perlu diolah daripada resepi asal.

Nah, untuk sesiapa nak resepi aku, jawapannya agak-agak je. Kan dan expert masak, haha campak-campak dalam hati doa harap la jadi.


Resepi ayam ungkep versi Aienienka

6 ketul ayam (suka hati la bahagian apapun)

bahan A:
3 sudu bawang merah blender
2 sudu bawang putih blender
1 sudu rencah blender (serai,halia dan lengkuas)
2 sudu cili kisar ( bukan lada kering tu)

bahan B:
sikit serbuk jintan manis
sikit serbuk ketumbar
sikit serbuk jintan putih
sikit serbuk kunyit

200ml santan
Minyak untuk menumis
garam dan perasa


cara-caranya: 

1. Tumis semua bahan A dahulu sehingga naik bau.
2. masukkan segala serbuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan ayam ke dalam rencah. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan ayam serap segala rencah. Jangan lupa gaulkan.
4. masukkan santan dan sedikit air. (kalau suka jenis berkuah letak lebih sikit air.
5. masukkan garam dan perasa. Biarkan dengan api perlahan supaya air kering dan rencah serap masuk.
6. dah siap!

Senang kan? Kalau ikut resepi ada letak air asam jawa, Aien tak ingat ade letak ke tak, tapi macam tak ada. Kah! Anyway kalau ragu-ragu boleh letak.



Hasil kejadian yang cantik dan rasa pun ngam. Sebenarnya di sebalik kisah cubaan masak ayam ungkep ni, sebab dikatakan menu wajib mentua untuk laki aku ni. Ngam rasa dia, habis la lauk tu masa sahur. tak ngam ada lagi baki dan sayang. Sejak puasa dalam PKP ni, segalanya kurang. Makan pun sikit, minum pun sama. Jimat gitu. Kita aje tekak nak makan memacam.  😂

Isnin, April 27, 2020

4 Ramadhan, kenangan dua tahun lalu kembali menerjah.

Detik 11.59 pagi pada 4 Ramadhan 1439H yang lalu kembali menerpa fikiran. Memandang pada sang anak kian membesar, menjadi anak dara sulong pada kami. 

Aku lebih kepada sentimental. Suka nak mengingat benda seperti ini kembali. Pengalaman kata orang, yang tidak semua orang merasa benda yang sama. Pengajarannya juga berbeza. 


Jika seminggu yang lalu, Ibu mengucapkan selamat ulang tahun mengikut bulan berdasarkan kalendar masihi. Hari ini, Ibu ucap mengikut kalendar Islam. Dirimu buat Ibumu ini tak berpuasa sebulan. Ha Ha Ha Sehari saja lepas. Kemudian kau renyah mahu keluar ka tidak. Padahal ikutkan dirimu atu sudah over due tahu! 

Puas pusing satu Paradigm Mall saban malam yang kebetulan pada masa itu, ayahmu mencari telefon baru. Konon nak bagi jalan cepat buka, tapi kau masih sibuk bersiap. Belum lagi mahu keluar. 

Alhamdulillah, Ramadhan pertama Ibu berjaya puasa. Terima kasih mengizinkan Ibu puasa sekejap. Sahur puasa kedua, kau mula hantar tanda. Eh, Ibu ingat itu yang paling kronik sakitnya. Tak tahan punya pasal, Ibu gesa ayah ke Hospital Pontian. Admitted juga semalam, akhirnya doctor kata false alarm. Siap berpesan, sekiranya ada tanda lagi mohon terus ke Hospital Sultanah Aminah, kerana tak mahu mengambil risiko untuk Ibu. 

Naa, it's okay. Kita pun balik ke rumah. Ayah pun risau sampai ambil cuti seminggu. Ha ha Excited punya pasal tunggu anak dia keluar. Risau tengah kerja, bini kol kata sakit. Kang satu kerja lagi. Ya la, anak pertama. Ramadhan 3, ayah sahur di mcd sebab sekali lagi tengah malam kita ke HSA. Sebab, jalan belum clear, doctor minta balik saja. Suruh datang serah diri by date yang tertulis di buku pink. Iaitu 22 Mei. 

Tengah malam 4 Ramadhan, naaa kau serang bertubi-tubi. Akhirnya Ibu admitted ke wad sebab esok memang tarikh kita patut serah diri. Nah, sepanjang malam sakitnya. Sampai Ibu rasa macam nak nangis je. Ha ha 

Ayah pulak tak tenteram bila iBu kata gitu. Tak jadi dia balik rumah sambung tido. 

Pagi jam 9 masuk Labour Room, jam 11.59 pagi kau keluar. seminit lagi ting, jadi cinderella. Nasib tengahari, kalau tengah malam memang cinderella betul tu. 

Anyway, pengalaman tak dapat dilupakan. Ada ja ceritanya di SINi , saja nak ulang taip lagi.  Sama ke idok dengan cite asli? Satu-satunya cucu perempuan di sebelah ayah. Kalau sebelah ibu ni, ko dah saing-saing aje. Haha Mak lang ko tu tak nak kalah. 😆 

Bulan depan Ibu wish lagi. 

Sabtu, April 25, 2020

RAMADHAN KEDUA, Kita dahpun mula selesa dengan suasana


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah berjaya menjalani ibadah puasa disertai perjalanan bf si Najmi ni. Banyak juga disediakan tips untuk kekal segar dan susu pun tak drop. Korang boleh cari di carian google saja. Aku malas jugak nak share. Mood nak share sana share sini teda. Aku cuma mahu tulis jurnal sahaja untuk Ramadhan kali ni. Nak share resepi pun sangat, malas!

Ramai muatnaik gambar #donesahur, #doneiftar, #donetaraweh ni saja yang memeriahkan Ramadhan kali ini. 

Apa juga yang aku ambil untuk stay fit untuk puasa? Hari tu, Umi aku ada belanja ESP Shaklee bila aku ada bagitau dia, masa berpantang Nayla dulu aku ada consume minuman ni. Yela, sebelum Nayla lahir, aku sempat berkerja, jadi seronok juga nak beli supplement untuk diri sendiri. Bila dah turn Najmi, semua tangkap muat saja. Janji Ibu dan anak sihat udah ler. 

Korang kalau berminat, boleh roger agent Shaklee, jangan roger aku pulak. Sebab aku pengguna saja. Belum berani nak jadi agent dia. 

Makanya, aku amalkan apa yang aku kongsikan di SINI iaitu bersahur dan minum air masak banyak. Dan aku amalkan minum ESP Shaklee yang dicampurkan dengan milo, selepas makan sahur. Memang jenuh jugak nak habiskan secawan milo tu, padahal korang baru je makan nasi. Oh ya, bila sebut sahur bukan korang makan simple-simple tau. Kalau boleh makan nasi untuk bersahur . Jadi tenangnya berganda gitu. Survive la sampai jam 5 petang dan korang pun nak berbuka rasa macam sayang na...  Jangan lupa minum air masak secukupnya

Maka bermula perjalanan berpuasa sambil bf. Ini pengalaman pertama la berpuasa sambil bf ni. Tahun lalu pengalaman berpuasa semasa mengandung. Itu pun nak masuk trimester ketiga. Alhamdulillah berjaya. Walaupun hakikatnya ramai juga ibu-ibu bertanya soalan yang sama di group Kelab Ibu-Ibu Hamil tu.  Syaratnya kau boleh ke tak? Mindset tu jugak penting. Ehe, 

Bila kita dah rasa yakin dengan bayi ataupun badan kita, in shaa Allah proses puasa tu akan mudah. Walaupun diberi kelonggaran, tak berani juga nak gunakan sambil lewa kan.. 

Ramadhan kedua, kita semua masih dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, namun semalam Perdana Menteri, ayahanda Muhyiddin dah umumkan ianya bersambung sehingga 12 Mei. Jangan 13 Mei tu jadi pemberontak sudah la bila diumumkan sambung lagi ke fasa lima. Huhu 

Semua nak raya dengan keluarga, tapi jika masih ada yang pentingkan diri, penurunan pasti akan perlahan. Kan? Jadi, #stayathome #Ramadhanathome #staysafe 


Terasa kesunyian pada Ramadhan pertama.


بسم الله الرحمن الحيم

Terasa kesunyian pada Ramadhan pertama | Phew, dah lepas satu hari. Amacam rasa? Seronok tak? Taraweh sama keluarga. Buat mereka yang bersama keluarga. Namun, bagi aku terasanya sunyi itu kerana anak-anak pun turut terasa tempias. Eh, mana ada.  Dorang energy keep going la, tapi makan tamau! Geram tau! Penat Ibumu ini masak untuk kamu duak tu, kesudahannya kamu duak tu tamau makan. Apa da~ 

Main dari pagi sampai ke petang mereka ni, tak mau tidur. Eh, kenapa kan aku bercakap seperti sabahan ni? Adoii.. Aku ni Sarawakian. *face palm* 

Aku ingat nak up review drama, tapi... haha bulan Ramadhan ni, tak elok ajak orang. Nak buat jahat biar sorang. Buat baik pun kena diam-diam. Makanya lagi terasa la sunyinya atu.

Diam itu lebih baik daripada berkata-kata

Jadinya, aku ni cuma nak bagitau la korang mana yang sudi baca blog ni, like dan follow la instagram bisnes Ibu ni. 😆 jimmyscarves_JB  yang menyediakan pelbagai jenis instant shawl, sarung mahupun bawal. Korang nak tahu lebih lanjut boleh klik k. Sekarang tengah promo untuk tudung sarung limited edition sempena raya 2020 ni. 

Jangan segan-segan tau. Aku tak makan orang. Dah, jom bobok. Esok nak sahur. 

Khamis, April 23, 2020

Salam Ramadhan 1441H

kredit: carian google

Salam Ramadhan 1441H | Sebaik sahaja azan maghrib dilaungkan, maka masuk la bulan baru iaitu Ramadhan. Bulan yang diberkati Allah SWT. Bulan yang penuh kebaikan dan cuma di bulan ini sahaja para syaitan dan iblis diikat daripada menghasut umat Islam. 

Allahuma Solli Ala Muhammad, 

kredit: carian google

Ramadhan kali ini yang penuh beza kerana kali ini segalanya di rumah belaka. Jika sebelum ini, kita boleh bersiap-siap untuk menunaikan taraweh ke masjid mahupun surau tapi tidak untuk tahun ini. Jika sebelum ini kita berebut bazaar mana yang mempunyai juadah yang paling sedap, tahun ini kita cuma makan juadah air tangan sendiri. Jika puasa sebelum ini nampak lagi meriah, tapi kali ini kita meriahkan lagi dengan merapat silaturrahim sesama ahli keluarga. Sama-sama merebut peluang keberkatan pada bulan ini dengan harapan Ramadhan ini akan menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum. 

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat para sahabat di alam blog, para pembaca yang sudi singgah. Moga Allah SWT merahmati kalian dalam menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. 

kredit: carian google

CHINESE DRAMA: Skate Into Love (2019)


Tajuk: Skate Into Love 
Genre: Youth, Romance, Sport, Comedy
Episode: 40 (45 minute per) 
Cast: Janice Wu, Steven Zhang, Zhou Li Je, Vincent Wei, Han Jiu Nou, Zhang Lei
Sinopsis: 
A speed skating girl crosses paths with the ice hockey god of their school. Despite starting off on the wrong foot, they start on a journey to chase after their dreams.
During elementary school, the timid and cowardly Li Yu Bing had to endure his seatmate Tang Xue's constant bullying. Even so, they share one thing in common, a dream on the ice. When they meet again at Lin Da University, Li Yu Bing has become the school's ice god while Tang Xue's future remains hazy.

Li Yu Bing pulls a few strings to turn Tang Xue into his helper with the goal of getting payback for everything that she did. The more they spend time together, the more Li Yu Bing notices Tang Xue's good qualities. He realizes that his courage on ice is inspired by Tang Xue herself. In turn, he helps Tang Xue rediscover her dream in speed skating.
Problems arise when misunderstandings from the past catch up to them. Figure skating prodigy Yu Yan enters the picture. Tang Xue's first love Bian Cheng also returns all while school beauty Zhou Ran continues to make trouble. As they face roadblocks from disapproving parents and fierce competitors, they land in the crossroad that will decide their sports career. As the two impassioned youths put on their skates, they glide into the unknown but exciting future ahead. 
(Source: ChineseDrama.info)

~~   Adapted from a novel of the same name by Jiu Xiao Qi


Dari sisi penulis; 


Bercerita tentang zaman muda itu indah, apa yang mahu dilakukan, lakukan sahaja tanpa perlu ragu-ragu, tapi lakukan ia dengan penuh passion. Passion apa ya dalam bahasa melayu? Haha 

Drama ini juga berkisarkan dunia sukan ice skating sama ada ice hockey, speed skate mahupun figure skate. Seronok juga tengok sebab aku memang minat skating ni, cuma tak pernah pandai. Sebab kuncinya adalah; 

Ice skating is about not afraid to fall down

Nah, jika anda takut jatuh atau sakit pada mulanya, itu biasa la. 

Satu yang membuatkan aku kagum bila tengok dram ini adalah para pelakonnya skate ibarat pro athlete. Wow, sangat. Mesti lama juga praktis apatah lagi buat Prince figure skate, Yu Yan.  Kalau macam God Of Ice, Li Yubing tu, boleh konsider ibarat main hoki biasa, masih juga perlu kepujian la untuk yang berlakon drama yang bergenre sukan begini. 

Bermula dengan childhood sweetheart, Li Yubing sering dibuli oleh teman semejanya, Tang Xue. Dan demi untuk tidak dibuli oleh Tang Xue lagi, Li Yubing membohongi gadis tersebut dengan mengatakan ibubapa bercerai dan dia perlu ikut berpindah sekolah. Hakikatnya mereka berjumpa semula ketika di alam universiti apabila Li Yubing telah menjadi God of Ice, hero pujaan dalam Sekolah Sains Fizik. Kerana dirinya permata berharga, pihak pengurusan sekolahnya mencari pembantu untuk dirinya. Dan dalam ramai-ramai yang memohon, Li Yubing nampak nama Tang Xue itu, lantas memilihnya dengan hasrat dia dapat membalas dendam dengan apa yang gadis itu telah lakukannya pada zaman sekolah rendah dahulu. Ha ha

Dan bermula misery buat Tang Xue, yang kemudiannya, Li Yubing mula berlembut hati dengan Tang Xue apabila melihat sesi baik Tang Xue. Pada masa tu, Li Yubing dapat tahu yanh Tang Xue telahpun berhenti bermain speed skate tapi masih tidak tahu sebab sebenarnya sehingga cinta pertama Tang Xue, Bian Cheng sampai. 

Pusing-pusing situ la cerita dorang. Li Yubing dah pun suka dengan Tang Xue, namun belom berani untuk meluahkan, dalam pada masa yang sama cinta pertama Tang Xue, Bian Cheng mula cuba mendekat. Dan tambah Figure Skate Prince, Yu Yan, yang dilayannya seperti adik saja, turut suka pad Tang Xue.


Woah~ walaupun begitu, Tang Xue cuma layan perangai gila-gila dengan Li Yubing sebab dia selesa bersama lelaki itu sedari kecik.  Comel sangat. 

Manakala dari sisi Li Yubing pulak, dia disukai dalam diam oleh teman baiknya, merangkap Champion of Speed skate , Zhang Weiwei. Dan direbut oleh sepupu Tang Xue yang berhati busuk walaupun cantik, Zhou Ran. 

Sama ada Tang Xue dapat kembali menjadi juara dalam speed skate jom sama-sama kita tengok drama ni ye.

Edited:

Setelah habis menonton drama ni, terasa betapa hebatnya dorang ni buat drama tribute buat para atlet China dalam sukan musim sejuk ni. Terasa macam hebatnya semua para pelakon dan krew untuk drama ni. Walaupun 40 episode, merangkumi persahabatan, percintaan, kekeluargaan serta kerjaya selepas alam universiti dorang Li Yubing dan Tang Xue, Yu Yan serta yang lainnya. Bagaimana mereka menghadapi saat kritikal turun sesebuah impian tersebut.  Hal ni sangat bagus jika kita ambil dari sudut positif.

Zaman muda itu tiada siapa tak pernah buat kesilapan. Kerana dari kesilapan kita berjaya menjadi diri kita pada hari ini. ☺ 

Drama sebegini, bagus ditonton juga untuk ambil semangat positif untuk terus buat apa yang kita minat.

Done review. 😆 Jangan marah saya post entry ni half way menonton sebab masa tu tak tahu nak post apa dah. Kbai~

Rabu, April 22, 2020

Giliran Nayla turns 23 month!

Alhamdulillah si darling ibu sudah duploh tiga bulan sayang. serupa macam dah duploh tiga tahun sahaja hidup kan? Uish.. Jangan.. Anak itu tiap bulan adalah kelahiran dia. Ingat sebab angin monsun dia sentiasa berubah saban bulan. Jika anda terlupa, pasti konfius kenapakan juga dia ni meragam kan? Sampai dia masuk sekolah nanti, sampai dia akil baligh sampai dia sudah pandai berdikari, she always be your baby. Ingat! 

Bukan mau marah bah, ni juga ingatan buat aku yang selalu terlupa. 

Happy monthsary nayla. Tiap tahun, tiap kali Ibu dapat calendar baru mesti benda pertama Ibu tandakan adalah hari ulang tahun kelahiran semua orang yang terdekat dengan Ibu. Baik kamu itu, baik ayah punya  baik acik-acik serta atuk dan opah. Mahupun nenek serta adik ipar duai. Haa, kadang-kadang tu adalah lupa. Hehe segan nak ungkapkan. Cuma doa dikirimkan. 

Eh, lain pulak aku nak bercerita. Makanya anakku~ Bila tibanya Ramadhan Ibu sentiasa ingat perjalananmu untuk ke dunia. Segar gitu.. Kalau lupa, nah ibu kepilkan di sini sama. 

Baca sini: Hello World~ 

Masa tu, Ibu ni tak pandai nak create tajuk yang gempak sikit. Bila dah makin pakar ni, alhamdulillah la jugak kan. 

Buat anakku, puteri sulongku.. 
Dikau mengajar Ibu untuk menjadi Ibu. 
Betapa Ibu melihat kau membesar depan mata  mengikut tiap keletah luar sedar Ibu, membuatkan Ibu ingin sentiasa berubah dan menjadi lebih baik untukmu. Jangan kau ikuti perangai burukku. Tiada satu memberi faedah buatmu. Perlahan-lahan kita cuba. Moga kau dapat membesar dalam suasana yang baik untuk menjadi orang baik, solehah dunia dan akhirat. 

love, 

Ibu. 

Selasa, April 21, 2020

Agar-agar paling mudah, pejam mata sebelah dah siap~

Nama resepi kau munah, senang benar ni. Macamana la pejam mata pun boleh siap munah? Ajar aku.. Kata si Jemah. 


Bahan-bahannya; 

1 paket serbuk agar-agar (aku guna warna orange) 
250 g gula 
satu cawan susu cair
3 cawan air 

Cara membuatnya: 

Campurkan kesemua bahan. gaulkan sambil tunggu dia mendidih. Dah tu, letak dalam bekas. biarkan ia sejuk, Dah siap! 


Senang kan? Ini namanya aku teringin benar agar-agar dalam minggu ni. Dok la ngintai pantry ada ke tidak agar-agar ni. Yang ada cuma serbuk agar-agar yang tersalah beli berwarna orange. Aku nak buat puding milo masa tu. Tak jadi le. Dalam pada masa yang sama berangan le jugak nak buat puding karamel. Tapi, Aluminium foil tak dak nak buat water bath stail bakar. Hurm.. Yang ini pun jadi la kan... 

senang mudah seperti kira satu dua tiga. Dah siap~ 

I'm done! Servis Petpet Official di Shopee teruk!


Betapa la aku bengang ya Rabb!! sekiranya korang pernah jalan sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bermula dan sejak aku rasa aku dah mula bengang dan tak sabar dengan sistem dorang. Aku mula boom! Dan hari ini, sesungguhnya aku dah tak ada lagi kesabaran itu. 

Aku tunggu. Order since dari 26/3. Ya, masa tu tak ada lagi kata sesiapa order barang online itu akan lambat sampai padahal shopee jugak promo Duduk rumah, shopee hantar! masa tu berharap sangat, husband tak payah la keluar angkut sorang-sorang pampers anak-anak sampai penuh troli sorang-sorang. dey! 

Jika diikutkan sekarang pun boleh je pihak courier hantar barang pelanggan kerana sudah pasti masa ni ramai yang akan membeli di atas talian. Terima kasih pada mereka barang kita sampai pada kita. Well, aku tak salahkan pihak courrier sebab ini bukan dorang punya masalah, tapi pihak Petpet Official sendiri yang mengatakan mereka telah kehabisan stok yang aku mahukan itu. Padahal ya, memang aku sempat rempat stok pampers tu masa shocking sales dorang. And for me, alasan dorang sangat tidak logik akal. sebab apa? kebiasaan shocking sales itu, stoknya adalah terhad. dan sekiranya anda berjaya membeli dan bayar, maknanya anda dah dapat kan? Betulkan la aku kalau salah. 

tolong la, damn emotional aku petang ni. sekiranya semalam is the best day, hari ini adalah the worst day ever bila aku tengok dorang tarik tarikh ship out itu sehingga 19/5. Ya tuhan,!!! 

Dah la, aku punya nak bertahan, supaya once aku dapat pampers tu, aku boleh tinggalkan jejak hitam di situ. Haha niat tak baik ,tapi kali ni aku dah tak tahan. Aku kenselkan order dengan alasan tukar fikiran. Suruh dorang proceed refund. Yang sebenarnya aku dah minta sejak 11/4 hari tu setelah dorang minta aku divertkan order tu. What the heck? 

Tunggu korang refund. Email kat petpet official pun sudah..  kali pertama aku rasa frusted betul dengan servis kat shopee macam ni. fuh! done bebel. 


Screen shot bila aku tanya  bila barang aku nak sampai. 


dan bila dorang suruh divertkan order tu, yang aku rasa macam tak la bagus, so asked for a refund. 


Halah, screenshot dah berterabur dek kerana aku panas sangat nih.  ahah


nah, hiburkan hati sendiri tunggu sampai 19/5 nanti.. 

Dan lakiku berkata, awak beriya nak beli online siapa suruh. kan dah jadi macam ni. ya, aku bodoh nak beli atas talian macam ni sebab fikir tak mau biar dia kuar merayau erti kata lain nak senangkan dia laa. Naa, sekarang bukan senangkan. susahkan ade la.  mendapat nangis bucu katil. bodo syiak!! 

Kau punahkan harapan seorang suri rumah yang suka nak beli online. werghhhh~ nah! nyah kau jauh2 umpama covid-19. takkan ku pandang apa jua di jualmu atas talian itu. 




Isnin, April 20, 2020

20 April, the best day during my PKP.


Semua orang tahu, masuk fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masing-masing dah boleh adapt suasana untuk #stayathome. Buat aku, yang dua bulan sudah tidak keluar rumah, hari ini aku keluar juga! Yeay.. 

Keluar bukan saja-saja ya teman-teman. Aku keluar untuk temujanji bulanan Najmi yang kena pada tarikh ini. Bahagianya aku bila Encik Suami kata, 'habis, tak cari ke dia susu nanti?' saat aku bertanya, dia berdua saja ka dengan Najmi malam tadi. 

Bahagia itu sampai ke pagi, dan sehingga ke petang apabila telefonku order telahpun tiba. Pulang saja Encik suami yang keluar pada mulanya aku ingat dia cuma mahu membeli sedikit barang, rupa-rupanya.. sudah sampai! 

Makanya, hari ini hari terbaik aku!!! Alhamdulillah. Jika korang sering singgah ke mari, aku selalu sahaja sebut, yang telefon aku telah kembali ke rahmatullah dan aku survive hampir tiga minggu tanpa smartphone. Allah~ 

Tepuk sikit kau berjaya survive! Dan entry ini aku update melalui telefon baru itu. Yang skrinnya lebih panjang dan details sehingga aku rasa lubang hidung pun boleh nampak ke dalam kalau disnap gambarnya. Haha 

Semoga telefon ni kekal lama sikit la ye dengan daku. Jangan meragam awal sangat ye.. 

telefon apakah? 

xiaomi note 9s je. 

SEGMEN Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) by zzzyy.blogspot.com


Uish, kak ShirVen buat segmen yang betul-betul bernas masa aku dah tak ada idea nak buat entry apa dah. Yes! Found one. Okay. Dah boleh buat la ya..

SEGMEN ini berlangsung dari 19 April 2020 sehingga 28 April 2020. Jemput meriahkan segmen dan support rakan blogger yah.


Benda pertama yang aku nak buat selepas PKP ni adalah jalan-jalan cuci mata. Tak kisah la ke mana saja. Janji dapat masuk kereta, jalan-jalan, ambil udara luar. Rindu yang amat tau! Yang sebenarnya pada hari ni, baru dapat keluar setelah dua bulan aku terperuk di rumah. Eh, kenapa dah dua bulan? Pasal dari sebelum PKP lagi aku dah terperuk dalam rumah, yang mana seminggu sekali je baru balik kampung mertua, masuk pertengahan April ni, aku dah dekat dua bulan la. Cuma tadi dah keluar untuk monthly appointment Najmi, lega sikit rasa hati tengok orang. Eh, begitu sekali ya anak-anak. Uish, jangankan korang yang biasa keluar pun dah tau boring sana, bosan sini. Invorter macamana sekalipun korang, pasti ada sehari yang korang nak luangkan masa untuk jalan-jalan cuci mata, segarkan minda serta kepala. Haaa, apatah lagi seorang suri rumah yang kerjanya melakukan rutin yang sama, dan bergaduh dengan orang yang sama. Dia punya dapat keluar sekadar masuk kereta, pusing keliling taman pun dah bersyukur nak ui... Dapat pusing jalan-jalan!

Itu je la yang aku nak buat dulu. Kalau bagi list, ikutkan hati kamek tok eh, mok jak pulang ke Miri nun, nemu orang tua kamek nun. Kalo la diikutkan plan, raya Aidilfitri tok mekwang mok raya sama walaupun bukan di Miri, tapi di Melaka, janji mekwang dapat kumpul adik-beradik yang banyak di Malaya tok, pun syukur. Mun PKP tok sik habis juak sampe raya, maka di-refund balit agik tiket dak duak mak pak kamek yo~

Eh, terkeluar slang pulak. Apa-apa pun hasrat korang nak buat selepas PKP ni habis, yang penting sekarang ni, #stayathome #staysafe kerana untuk keluar nanti, inilah yang sangat penting ya. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak, dan semoga Ramadhan kali ini jadi yang lebih baik daripada sebelumnya.


Jaa Nee! Jangan lupa klik banner untuk join segmen ni. Seronok baca cerita orang ni kan.. ^^

Ahad, April 19, 2020

Bersalin dan menyusukan anak di bulan Ramadhan, apa harus dilakukan?


Menjadi permasalahan untuk ibu-ibu muda zaman sekarang, apatah lagi berjumpa due date sekitar bulan puasa, dan bertambah stress memikirkan bagaimana hendak ganti puasa? Larat ke nak puasa? Mari kita ulang kaji kembali bagaimana puasa itu jatuh pada seorang MUSLIMAH. Ya, aku tak bercerita tentang muslim, kerana puasa itu ada dalam rukun Islam dan semestinya wajib. Namun, tidak sama ceritanya pada muslimah yang terlalu banyak keuzuran yang terdiri daripadanya adalah;
  • datang bulan (darah kotor)
  • mengandung
  • bersalin (nifas)
  • menyusukan anak (breastfeeding)

Jelas? Eh, mende nak jelasnya. Ha Ha ha Sabar.. Aku cerita lebih senang inilah uzur yang sering mendatangkan kemusykilan serta keraguan kaum ibu muda seperti aku. Eh, mudakah aku? Yah, lebih kurang la. 

Untuk yang pertama; iaitu datang bulan (darah kotor) semestinya sebelum bergelar ibu, setiap muslimat yang sudah akil baligh akan dilanda masalah ini. Dan sekiranya anda dilanda bulan ini, pastinya, tidak boleh solat apatah lagi berpuasa. Syaratnya disini, solat itu tidak perlu diganti tapi puasa itu perlu DIGANTI. 

Nah, selesai satu masalah. Dan masalah ini senang nak faham. Permasalahan kedua, iaitu; Bersalin di bulan puasa, bersamaan anda berada dalam keadaan darah nifas. Jika dirujuk kembali pada beberapa artikel di carian, pasti anda akan jumpa bahawa jika berada dalam kategori ini, sama seperti anda datang bulan tadi. Faham kan? Konklusinya, sama seperti di atas. Namun, begitu, datangnya masalah apabila seorangi ibu itu menyusukan anaknya. Dan dia tertanya bagaimana hendak ganti puasa dia yang banyak ni. 

Dilema ini yang aku sedang alami. Apatah lagi, aku ini beranak rapat, iaitu = bersalinkan Nayla dalam bulan puasa, pada Ramadhan 4 (2018), sehingga kini, aku baru menggantikan dua hari. (tarikh entry ini dipostingkan) dan mengandungkan Najmi seterusnya menyusukan dia sehingga kini. Ceritanya adalah, saat aku mengandungkan Najmi (2019), alhamdulillah aku berjaya mengharungi 30 hari itu dengan jayanya. Tanpa culas. Nasib juga si Najmi memberi kerjasama. 

Bila mengandung, berpuasa itu menjadi keraguan bagi sang Ibu adakah dia boleh atau tak boleh berpuasa kerana bimbang pada kandungannya. Konklusinya begini, cuba dahulu berpuasa untuk satu hari. Syaratnya adalah: 

  1. Anda tidak lupa untuk bersahur, 
  2. jangan lupa minum susu kurma. 
  3. Pastikan air minum banyak sekitar sahur dan waktu berbuka kelak. 

Senang kan? ceritanya, kalau tak cuba mana nak tahu. Dan sekiranya anda berasa risau bayi dalam kandungan tidak bergerak, cuba bawa rehat. Kerana kita tidak makan pada waktu siang, tindakbalas bayi sangat perlahan. 

Pengalaman aku pada masa ngandungkan Najmi dahulu, aku cuba hari pertama. Aku bawakkan berehat saja. Haha boleh dikatakan melepek tahap teruk. Dan bawak baring saja. melainkan layan Nayla. Dan alhamdulillah, Nayla juga tak banyak ragam la untuk tempoh itu. Sangat memberi kerjasama. Aku risau juga Najmi tak bergerak ke apa kan, tapi kebanyakan bayi dalam kandungan, (pengalaman aku) jarang bergerak masa ibu dia aktif/ masa bekerja. Dan paling suka bergerak masa kita nak rehat. Jadi, kuncinya juga fahamkan / amati lah pergerakan bayi anda juga untuk kekal selamat. Masa mengandung ni juga, aku sudah tidak menyusukan Nayla, jadi selamat la satu kes.  

PERINGATAN: Sekiranya anda rasa tidak selesa ataupun ragu-ragu, baik jangan paksa. 

Dan seeloknya, bincang dengan bayi anda. Sesungguhnya dia sangat memahami Ibunya lebih daripada setelah dilahirkan. Aha~ 

Selamat sudah satu cerita lagi, dan bab yang paling musykil adalah dalam penyusuan ni. Adeh, aku sendiri masih stuck. Jika dibaca pengalaman orang, mereka kuat untuk kekal berpuasa dalam tempoh masa yang cukup. Telah aku cuba sehari, adeh, longlainya macam sebulan tak makan. Laparnya usah dibawa bincang. Haus apatah lagi. Lagi masa disedut oleh si anak, tak buleh. Tak buleh bukak. Aku kata nak cuba. Sudahnya kerja rumah semua tergendala. Aku cuma menguruskan masak, budak-budak dan selebihnya berbaringan. Macam bedsick pun ada. 

Di sini, sekiranya anda baca kisah ini, ini kisah aku. Aku juga ada baca Di Sini katanya tak perlu bayar fidyah. Dek kerana ragu-ragu aku cuba lagi baca mengikut mufti yang lebih arif lagi. Sesungguhnya yang ini la masalah aku. Konklusinya ganti puasa yang masa bersalin Nayla, yang telah langkau dua tahun.  Yang juga perlu dibayar fidyah juga. Untuk kali ini, masih menyusukan anak aku juga boleh gunakan keuzuran ini untuk tidak berpuasa pada ramadhan ini. Namun, jangan hura horey sangat, kerana perlu ganti pada puasa akan datang, tanpa perlu bayar fidyah. Untuk selamat, usaha la sebaik mungkin untuk puasa ya.. Sebelum berusaha menggantikan yang hutang Nayla punya. Huhu

Secara ringkas: 

  •  Mengandung: Fidyah (No) Ganti (Yes)
  • Bersalin (nifas): Fidyah (Yes) Ganti (Yes) 
  • Menyusukan anak: Fidyah (No) Ganti (Yes) 
  • Datang bulan: Fidyah (yes) Ganti (Yes) 

Jelas sudah? Moga ini dapat membantu aku dan juga korang. Simpan sini buat ingatan kot aku lupa besok hari kan. Al-maklum, wayar memori banyak dah sot dah ni... 
  •  


Sabtu, April 18, 2020

Blog dapat muka baru!!


Alhamdulillah, terima kasih buat adindaku, SOFIE ADIE tolong kekanda dia untuk edit. Memandangkan tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, asyik boring tengok blog sendiri, memang niat nak ubah, tapi otak ni tepu nak hadap coding tu semua, dan berebut dengan si kakak Nayla, minta la khidmat adik manis ni. 

Petang minta dia edit, esok pagi check, Waahhhh! sendiri teruja. CANTIKNYA! Eh, terima kasih sangat! Dari berwajah amatur,


dah serupa.. boleh dikatakan pro.. eh,, nampak je la kan.. moga kekal la yang ni..




Korang sudi-sudi la singgah blog adinda ni, moga dapat inspirasi. Bagi yang suka dengar podcast pulak, boleh dengarkan dia berbicara, di spotify. Nak tahu lebih lanjut, singgah la blog dia okay...


JURNAL | Najmi turns 9 month! Happy monthsary...


Lama dah tak bercerita perihal anak-anak dengan lebih details. Iya kah? Kau lupa kau baru bercerita minggu lepas? 


Oh, lupa! Jadi, masih juga la aku nak bercerita tentang Izz Najmi ni, yang bakal 9 bulan esok. Hari ni kan 18hb baru, dia masih fresh lagi belum kira sehari. Esok, secara rasmi dia dah 9 bulan. Kalau ikutkan Ibu nak tukar tekstur makanan awak, yet Ibu ni blur lagi nak pelbagaikan menu itu. Awak pulak renyah benar mengutip sisa kakak awak makan ye.. 

Izz Najmi, cerita dia fresh from oven A Late Post in the middle of Sept yang usai sesi berpantang bersama ibu mertua di kampung yang sememangnya tiada segala sambung internet. Jadi, cerita itu diabadikan bila Najmi dah berusia lebih sebulan. 

Sekarang apa yang Najmi pandai?

  • merangkak semesti, dah nak berdiri sendiri. 
  • yang penting, sangat suka nak memanjat! 
  • makan, dah boleh berubah tekstur kepada lebih keras, 
  • gigi belom ada lagi >.<
  • gusti kakak!
  • Babbling,  yahhhhh~ takkkkkk!  (ibu hilang....)

Oh, my son.. Macam tak percaya budak gedik sorang ni, sangat bambam. Urgh, ibu tak larat nak angkat walaupun. Geram juga bila dia asyik nak merengek but it's normal. Saja nak suaranya stress. Kah! Senyap-senyap dia dan Nayla pasti ada dikerjakan. 

20hb, baru nak pergi appointment seperti biasa, tapi masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni macamana la gayanya. Tak terbayang la. Dia pun sibuk nak keluar rumah. Sabar je la anak kecil pun dah tepu duduk diam rumah lama-lama. Nak buat macamana selagi covid-19 ni tak settle, kita masih la di rumah. Sampai bila tu, ntah-ntah sampai September nanti... 

Berbalik cerita Najmi, bila ada sepasang anak ni, jenuh jugak nak hadamkan sistem dorang. Memang tak boleh la kan nak guna taktik sama. Ibu pun tak kreatif sangat nak ajarkan kamu nak.. Kita sama-sama belajar ya.. Garang-garang Ibu pun Ibu masih sayang kamu harta ibu. Stay safe, stay sihat, semoga ibu sempat solat berimamkan kamu.. 

Love, 

Ibu.

NOVEL | Kerinduan by Pena Kayu




Tajuk: Kerinduan 
Penulis: Pena Kayu
Terbitan: Karya Seni Sdn. Bhd. 
Sinopsis: 

Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J’ saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan.

Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.

Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.

“Saya nak Aliff.” - Din

“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar

“Saya ayah saudara dia.” - Din

“Saya bonda dia.” - Hajar

“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din

Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.

Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.

“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar

"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din

Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.

-credit: goodreads


Baca semula novel di kala telefonmu tiada, dan kamu sudah tidak mempunyai apa lagi yang harus dilakukan. Yah, selongkar kembali stok novel yang ada di rumah ini. Jumpa la seketul dua. Antaranya novel ni. Dibeli pada mula berkahwin dulu, suka benar baca karya Pena Kayu ni yang boleh dikategorikan santai dan enak juga dibaca. Tak stress dengan over drama, dan senang kata SANTAI!

Oh, berdasarkan sinopsis kalian dah boleh bayangkan macamana kesudahan cerita ni. Antara Din dan Hajar. And, satu benda yang buat aku wonder? kenapa orang bernama HAJAR ini begitu malang hidupnya? No offense. Tapi, really? Boleh sesiapa jawab kan tak? 

Jika dibaca sejarah nama SITI HAJAR ini, banyak juga liku-liku berduri yang perlu dihadapinya. Bukan saja dalam novel ni. Bahkan sejarah nama itu sendiri. Yeah, sedih juga bila Hajar dibuli oleh Din yang jelas tak bercerita dengan lebih details. Penulis ni memang berjaya buat aku menangis part Aliff tak nak berpisah dengan bondanya. Walaupun begitu, dia juga tak mahu Uncle Din itu dirampas oleh Auntie Dahlia. Dan apa yang penting, watak antagonis itu sangat tidak boleh dijangka oleh seseorang yang pada mulanya unknown dan penulis berjaya juga la bawak watak Najah tu. Eh, alih-alih polis tahu dia yang buat semua kerja jahat.. hurm.. bukan senang ye kawan-kawan bila kita nak end the story.. 

Rasanya ada beberapa buku hasil karya Pena Kayu ni telah aku miliki. Tak ingat di mana lokasinya, sama ada di Melaka atau di Miri. Nanti kita cari semula.

Okay, konklusinya, novel ni best baca.  Ringan, santai dan boleh la buat sekali ngadap. Tak bosan sebab dia bukan meleret dan anda pasti terhibur! 

Jumaat, April 17, 2020

JURNAL | Kenapa masak kari tak pernah jadi ni???


Wah, stress aku nak masak kari macam ni! Sejuta kali aku masak, sejuta kali aku failed. Pasal apa? Pasal serbuk kari terlebih? pasal aku terletak serai dan lengkuas dalam masakan yang bernama kari ini? Pasal aku tak pernah suka kari? Pasal... 

Ah, semuanya. Aku rasa macam nak buang je kari ayam yang aku masak tadi. Maaf, tiada gambar dong. Al-maklum seperti kalian tahu, telefon aku ni dah sadaqallah sejak dua minggu lepas. Makanya, aku bercerita berdasarkan pengalaman aku dan ingin kalian membayangkan keadaannya. 

Bercerita tentang masak KARI? Sejenis masakan daripada India dan telah diadaptasi menjadi makanan kita warga melayu, dan diolah mengikut tekak masing-masing. Walaupun begitu, aku ni tak pernah lulus sejak bergelar tukang masak di kediaman rasmi Tuan Izwan ni. Sejenis aku yang mengenal pelbagai rasa kari itu, aku sukakan kari yang nipis cukup rasa seadanya dia. Dan bila aku masak kari itu tidak mencapai ISO yang aku mahukan, aku rasa macam nak buang je semua. Kan dah membazir. 

Kisah pada hari ni, tentang kari yang hakikatnya malam tadi aku bercarikan resepi roti puri dan juga resepi kari ayam. Sedap weh, telan air liur malam tadi tidur dengan membayangkan kedua menu ini untuk hari ni. Suami pun dah kurang makannya, sejak isteri dia ni asyik mogok masak pelik-pelik. AKU DAH BOSAN MASAK! Kata kakakku, kau order saja la. Adeh, order tu perlukan duit, duit itu perlu dijimatkan. Haha 

Bangun pagi, langsung aku sediakan ayam. Dan baca semula reminder yang aku note di buku kecil atas peti sejuk. Jangan letak serai dan lengkas dalam kari! Hah, sampai macam tu sekali ye, takut lupa! 

Sambil tanakkan bubur untuk Najmi, aku uli roti puri yang berdasarkan resepi yang aku salin. Iaitu roti puri bersama mauripan. Oh, untuk mereka yang tak berapa minat bau mauripan tu macam aku, mohon cari resepi yang tanpa mauripan, nanti bau dia pergh, hilang juga selera makan. Bimbang juga tak naik kan. Oh, tak apa. biarkan la. Done uli, aku mula masak kari ayam. Pap, pap campak. Haaa, terlebih serbuk kari! Apa nak buat, dalam hati sedih, aku meneruskan masak kari tersebut. Dah siap perasa, Aku gorengkan roti puri tadi dan makan. Mak, masinnya!!! Laju aku kembali ke dapur, panaskan kuali dan masukkan ayam tadi semula ke dalam kuali tanpa kuahnya. Dan tambahkan air sehingga warna yang aku mahu. Yes! berjaya. Biarkan mendidih. Alhamdulillah menjadi juga kari aku. Nampak sangat betapa banyak serbuk kari aku letak sampai aku boleh bagi dua rencahnya. 

Alhamdulillah, dah boleh makan la, roti puri cicah kari ayam tadi. Suami makan tambah oi. Senang hati tengok lagi-lagi roti puri yang diuli mengikut resepi tadi itu hasilnya banyak untuk makan dua orang. Haha  pengajaran: bahagi separuh je dari resepi tadi, walaupun nampak sikit je bahan dia. 

Dan giliran diri sendiri makan, uish~ memang sedap la. tak cukup sekeping je ni roti puri dia. Maka, selamat la hari ni kita cuma masak kari ayam dan mix and match bersama roti puri tadi. Jangan lupa masak nasi sikit, mana tau tekak tu masih nak makan nasi. Perut kenyang senang hati.. ye dok.. 

Jumaat terakhir kita zoya-zoya, minggu depan, in shaa Allah kita dah mula kerjakan solat taraweh bersama keluarga. Dan menyambut Ramadhan dengan penuh ketenangan, in shaa Allah. Tanpa fikir, apa nak makan. Nak pergi bazaar mana, dan segalanya yang lagha. Moga ramadhan ni, kita sama-sama baiki yang compang, untuk rapikan diri di sana kelak. 


Cerita kari telah pun tamat. Aku bukan graduan dari dapur mewah, baru bertatih masak sejak bergelar isteri dan ibu. ^^

SEGMEN | Segmen Pertukaran Bloglist oleh Abam Kie



Salam Jumaat yang penuh barakah. Mari la kita bersilaturrahim walaupun tidak dapat bertemu empat mata dua muka. Jom support dan join segmen by cikgu Kie kita  ni.. Heee..

Syarat senang dan yang penting tak penat pun nak taip. Dah, jom.. klik banner kat atas tu, bersama kita  berjalan dalam hutan yang lawa tu.


Khamis, April 16, 2020

SEGMEN | Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais



Memandangkan sudah ditag oleh OM, dan Aien heart sangat banner dia yang lawa, so kita support rakan blogger ni. Macam dah lama follow ye, dia pun baru nak aktifkan rakan blogger yang lain. Meh, join dan support di kala PKP masih diteruskan ke fasa ketiga ni. Yosh! 

Aien tag: 

Mamapipie

Hanachie

Kak Sha 

For those yang baru singgah ke mari, jangan lupa untuk follow yer.. hehe and klik the button like sebelah. Eh, 

KOREA DRAMA | Angel Last Mission: Love (2019)



Title: Angel Last Mission: Love
Genre: Romance, ballet
Episode: 32 (16 to be exactly)
Channel: KBS2
Cast: L, Shin Hye Sun, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi

Sinopsis:

Dan seorang angel. Nakal tapi sangat optimis. Yeon Seo seorang Ballerina yang sangat tidak percayakan cinta. Dan diberikan misi terakhir untuk membolehkan dia kembali ke Heaven semula. Iaitu mencarikan cinta sejati buat Yeon Seo. Namun, Dan terjatuh cinta pada Yeon Seo.


Hasil tontonan: 

Cerita yang agak klise jugak untuk angel-heaven ni bila dia ditugaskan untuk menjalankan misi pada Lee Yeon Seo. Drama ni telah diperam lama dalam wishlist ever since dia ditayangkan tahun lalu. Ini kerana pelakon utama wanitanya tidak menarik perhatian dan L juga lakonannya nampak kaku lagi. 

Bila Dan dijadikan manusia untuk melaksanakan misinya, dengan nama Kim Dan dia menggantikan setiausaha Lee Yeon Seo, Mr. Jo yang telah mati akibat kemalangan yang dirancang. Sepatutnya Dan tak menyelamatkan Yeon Seo, tapi nak dijadikan cerita tadi. Dia menyelamatkan Yeon Seo yang memang tertulis takdirnya akan mati di tangan orang jahat.

Cerita ni agak merepek la jugak kalau nak kira walaupun Aien ni boleh kata peminat cerita yang plot lebih kurang gini. Terlalu merepek, sampai Yeon Seo mempersoalkan orang atas, kenapa perlakukan dia begini. Sampai mempertaruhkan nyawa demi nak selamatkan Kim Dan. Begitu juga dengan watak hero kedua, yang dibawa oleh Lee Dong Gun (lama dah tak tengok dia berlakon) yang pada mulanya dia juga angel, tapi disebabkan dia jatuh cinta pada manusia, dia diberikan kehidupan yang tiada penghujungnya tanpa kekasih hati. Kesian. So, Yeon Seo itu macam kelahiran kedua bekas kekasih dia, dia jadi obses nakkan Yeon Seo jugak.

Sudahnya cerita ini, Dan berjaya jadi manusia, untuk setia berada di sisi Yeon Seon walaupun pada hakikatnya bukan dek kerana permintaannya yang tidak berkesudahan, tapi kerana kebaikan yang dia lakukan bahkan dia menolak untuk melakukan kejahatan ketika trial menjadi manusia.

Hurm.. Usah la tengok citer merepek ni. Haha melainkan saja nak tengok dorang menari ballet yang seem lovely, dan L yang masih berusaha kekalkan ketampanannya. Kah!  


Rabu, April 15, 2020

KOREA MOVIE | DOOR LOCK (2018)

kredit: hancinema


Genre: Thriller, horror, suspande
Release year: 2018
Cast: Gong Hyo Jin, Kim Ye Won, Kim Sung oh
Sinopsis:

Kyung Min seorang pekerja bank yang duduk sendirian di sebuah apartment studio. Satu hari, apabila dia pulang dari kerja, dia mendapati penutup kunci pintunya terbuka. Kerana berasa takut, Kyung Min menukar kata sendi pintunya. Namun, sebelum dia masuk tidur, dia mendengar seperti ada seseorang cuba untuk membuka kunci pintunya. Dia segera menelefon polis. Tapi, apa yang diperolehinya cuma kemarahan polis petugas yang menyangka dia cuba untuk meraih simpati dek kerana takut dengan bekas lelakinya. Beberapa hari kemudian, Kyung Min menjumpai lebih banyak petunjuk yang ada orang memang cuba untuk masuk ke dalam rumahnya. Itu pun selepas bossnya cuba dibunuh akibat menghantar dompetnya yang tertinggal dalam kereta selepas menghantar Kyung Min pulang. Menyedarinya bahawa dirinya tidak selamat, dan pihak polis tidak boleh dipercayai, dia cuba menyiasatnya sendiri. Penutup kunci pintu terbiar buka, bekas jari yang tidak diketahui di papan kekunci, serta puntung rokok dijumpai di hadapan pintunya, Ada orang di sini!

 -wiki


Dari Aien: 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, di muka buku tu, ramai sahaja yang berkongsi beberapa movie serta drama yang menarik untuk ditonton. Terjumpa di muka buku ada orang yang suggest movie ni. Maka kami menonton setelah anak-anak tidur petang. Wah! melompat-lompat Aien tengok movie jenis macam ni. Apatah lagi menambahkan debar di dada bila Kyung Min tu tak jumpa siapa. Adoo~ ngeri pun ada jika benda tu berlaku pada kita. 

Ceritanya Kyung Min ni memang cukup berhati-hati dengan orang sekeliling, perasaan dia sentiasa berjaga-jaga dengan sesiapa saja yang bernama lelaki. apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali. Dalam rumahnya juga disediakan beberapa helai baju lelaki, serta kasut sekali, sebagai langkah berjaga jika rumahnya dimasuk orang. Supaya kelihatan dia duduk bersama dengan lelaki. 

Memang twist plot bila orang yang memasuki rumahnya itu sememang psycho, dan sangat sakit mindanya, dan Kyung Min bukan lah perempuan pertama yang dia lakukan begitu. Seram shiak! Lagi-lagi bila kau report polis dan polis kata kau berlakon sok suci gitu.. Eh! 

Dari pertengahan movie, ingatkan boss dia, yang memang nampak suka pada Kyung Min ni yang acah baik tapi salah sangka bila dia juga dibunuh oleh pyscho ni. Bila dilihat dari susuk tubuh di awal tayang ketika produser cuba bagi hint, macam boss dia. Rupanya bukan. Pekerja di tempat Kyung Min kerja semua sangka buruk dengan dia, berlagak seolah dia mangsa, tapi dia yang bunuh, sehingga Kyung Min diberhentikan kerja. Nasib rakan sekerjanya, banyak membantu. 

Cerita ni patut tengok sebab lakonan Hyo Jin ni tak pernah mengecewakan walaupun dia tidak la memiliki susuk rupa paras yang tipikal Korea. Lagi-lagi kaum wanita, diminta la sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua keadaan. Kita takkan pernah tahu siapa yang busuk hati terhadap kita. 

Sabtu, April 11, 2020

JURNAL | Najmi detected allergic ikan bilis


Memberi makanan saat anak sudah boleh belajar makanan solid satu demi satu adalah satu detik yang paling ditunggu oleh setiap Ibu. Perasaan teruja pasti kelihatan ketika kita memilih apa jenis makanan sesuai untuknya. Yang mana satu harus diperkenalkan terlebih dahulu dan sebagainya.

Pada masa Nayla, kakak Najmi ni, Aien memang teruja habis. tapi blur itu sentiasa ada dalam darah. Tak tahu mana satu harus diberikan dahulu. Teruja nak perkenalkan semua makanan apatah lagi dia kelihatan berselera dengan apa sahaja yang dihidangkan kepadanya. Namun, bagusnya ketika Nayla dahulu, Aien perkenalkan dia bubur nasi yang telah dikisar sebagai makanan pertamanya. Ini kerana nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan ianya sangat mudah diperolehi. Namun, saat mx and match sekalian jenis sayur dan lauk, Nayla mula menunjukkan kebosanan. Apatah lagi sang Ibu ini hanya ulang mana yang nampak dia berkenan iaitu bubur nasi dicampur dengan kentang. Tidak lama kemudian, Nayla mengalami sembelit dan sejak daripada itu sang Ibu ini give up dalam memberikan solid food yang berkhasiat untuk sang anak.

Berbeza dengan Najmi, dia diperkenalkan dengan brokoli dahulu sebelum nasi. Ada tips kata bagus diperkenalkan buah atau sayuran terlebih dahulu. Ado~ konfius mak. Tapi, tak mengapa kerana selera Najmi kelihatan tidak terhad pilihannya.


Perjalanan makan solid food Najmi lebih berjaya jika dibanding dengan Nayla. Bahkan kini, kadang-kadang Nayla juga turut serta dalam menghabiskan bubur Najmi. Sedap kot. Ibu dah expert! Ha, sempat puji diri sendiri. Najmi naik 7 bulan, Sang Ibu membaca boleh diperkenalkan yang namanya Ikan bilis yang telah dijadikan serbuk pada baby. Saat itu, badan Najmi memberikan respon yang sangat pantas lebih-lebih lagi dia seorang yang sangat alah pada panas.

Baca sini: alergic Najmi trigger

Pada mulanya, doctor suspek cuma disebabkan virus namun, kali kedua Aien cuba berikan Najmi serbuk ikan bilis dalam buburnya, dan dia diserang dalam bulan yang sama. Wah! Pasti sudah. Memandangkan dia mewarisi Sang Ibu yang sangat mudah naik alergic cuma tidak kelihatan, pasti juga mengikut Pak Usunya (adik Aien) yang juga mempunyai trigger yang sama. Cuma, adik Aien itu dari kecil terlalu bergantung dengan ubat, sehingga kini alergicnya pasti naik sekiranya salah makan.

Hari ini, apa yang membuatkan Aien bercerita kembali? Kerana menu sarapannya bersama kakak Nayla adalah jemput-jemput kentang yang dicampur sedikit dengan serbuk ikan bilis. Haha Dan dia pun menjadi pikachu. Tahu kamuorang siapa PIKACHU itu?

Nah, ini dia. Jangan sedih Ibu. Ada yang kata, after his first year dah boleh kenalkan balik. Phew~ times will pass. Kan? Pengajarannya sekiranya ada trigger selepas makan, kenal pasti apa jenis atau menu yang diperkenalkan kepada baby. Ada yang berkata, jika menurun daripada susu Ibu itu sangat mustahil, jadi bila dia dah makan, lagi kena perhatikan betul-betul. Fuh, masa Nayla lain cerita, dan Najmi pula begini. Ya, pasti la. Next, Ibu kena details lagi. Ayam dan ikan biasa tiada juga masalahnya. Cuma ikan bilis. Yaa..


Ikan bilis ini, atau nama lainnya, pusuk, sangat sedap sama ada digoreng rangup begitu saja, ataupun dibuatkan sambal dan ia juga terkenal kerana sentiasa dalam pelbagai menu sebagai penambah rasa. Ish... lapar pulak cerita ni. Soon,, sabar Ibu..

Jumaat, April 10, 2020

JURNAL | Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020


Sudah terduga bahawa ianya akan bersambung. Walaupun begitu, pasti ramai yang menanti pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin ibarat menunggu pengumuman raya. Dalam hati dah risau, 20 April nanti Najmi nak pergi annual check up ke Klinik Kesihatan. Macamana ni ya? 

Semoga rakyat Malaysia sangat PEKA dan #stayathome bersama-sama. Jangan sibuk fikir nak buat list untuk buat biskut raya, cari baju raya dan sebagainya walaupun kita sendiri tak pasti dengan bagaimana dan bila covid-19 ini akan berakhir. 

Bila baca di media sosial, ada kluster terbaru mengenai rakyat Malaysia pulang dari luar negara tapi tidak mengurung dirinya sendiri di rumah dan menyebabkan kematian orang lain, sangat-sangat pentingkan diri dan ada juga baca cerita seorang pesakit positif covid-19 buat pengakuan di media sosial tentang perjalanan dia keluar negara bulan lepas. Nasib juga dia faham dan terus menguarintinkan diri serta suaminya di tempat berasing daripada keluarga. Ada juga beberapa komplain tentang sumbangan makanan untuk mereka yang kuarintin setelah dibawa pulang dari luar negara dan juga untuk pelajar IPT. Fuh, fuh fuh fuh... 

Nasib ku baik, telefonku rosak. Cuma baca seketika membuat darahku zzzuppp! naik tahap pecah kepala. Saat begini, ada juga ya.. #alhamdulillah aku masih cukup makan, masih sihat dan masih juga dikurniakan nafas oleh ya Rabbi.

Sebelum tu, nak juga mengomel bahawa Pampers anak-anak yang diorder melalui shopee dikensel oleh seller dengan alasan dah tak ada stok. 


URGHHHH!!!! dari 26-03-20 order tau. Atas sebab Duduk rumah, shopee hantar! punya tagline. Sudahnya kebanyakan shipping slow down dek sebab PKP fasa kedua tadi. Dan cerita pampers bebudak ni tadi, ingatkan nak pakai untuk sesi April ni, sudahnya terpaksa beli di kedai dengan harga yang tak berapa nak murah sangat la. Pada hari beli tu, rate kedai 5 bintang. Hari ni tadi, tengok ada yang bagi 1 bintang kerana cara seller deal dengan customer seperti kami ini endah tak endah. Aku faham la sebab PKP ni kan. Tapi, kalau customer tak tanya, dorang tak ada informkan. Eh, aku salah kah? Ibu is stress! 


sudahnya dibalas begini dan mengharap agar diberikan rate yang baik dan berharap semoga dapat berkhidmat dengan kita lagi. Oh~ 

Aku nampak refund aje. Nak tunggu dia check stok tu berapa lama lagi memandangkan pampers bebudak ni dah sipi-sipi je. Menunggu BPN yang tidak juga nampak bayangnya. Ah~ ku menunggu, ku menunggu... 

Makan tak dak hal, ini barang bebudak penting. Setiap bulan, barang dorang mesti tak boleh culas. Sebelum berabis membeli stok dapur dan bahan kering rumah, pasti barang mereka didahulukan. Bila bahagian mereka jadi macam ni, kita susah hati bebenor la hai... 

Done la membebel. Ini kalilah aku membeli pampers di shopee ni. Ambik pengalaman ye dak. Murah macamana pun, bagus shopping di mall daripada menunggu janji yang tak pasti. Kah! 

Aku; sang penunggu. sekian.