Nama resepi kau munah, senang benar ni. Macamana la pejam mata pun boleh siap munah? Ajar aku.. Kata si Jemah.
Bahan-bahannya;
1 paket serbuk agar-agar (aku guna warna orange)
250 g gula
satu cawan susu cair
3 cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan. gaulkan sambil tunggu dia mendidih. Dah tu, letak dalam bekas. biarkan ia sejuk, Dah siap!
Senang kan? Ini namanya aku teringin benar agar-agar dalam minggu ni. Dok la ngintai pantry ada ke tidak agar-agar ni. Yang ada cuma serbuk agar-agar yang tersalah beli berwarna orange. Aku nak buat puding milo masa tu. Tak jadi le. Dalam pada masa yang sama berangan le jugak nak buat puding karamel. Tapi, Aluminium foil tak dak nak buat water bath stail bakar. Hurm.. Yang ini pun jadi la kan...
senang mudah seperti kira satu dua tiga. Dah siap~
aienienka
13 ulasan
Wahhh... nampak sedap je, nak cubalah nanti.
BalasPadamaah, kejap-kejap bukak peti sejuk colek satu. haha
Padamsekarang musim panas memang best kalau makan agar2 sejuk
BalasPadambtw dah lama tak buat agar2. selalu buat dulu time ada open house je
Iya. sebab tu buat jugak ler walaupun warna oren. haha
Padamtok pun nyaman makan petang2 sambil nanggar cita korea..haha
BalasPadamaok.. kejap jak sik sedar dah habis.. ^^
Padamamboiii buat sebelah mata je lah ni ye..cantik hasilnya Aien.
BalasPadamaah sebelah mata, sekali lupa nak masukkan dalam bekas dek layan bebudak, keras sendiri dalam periuk. haha thanks kak Fiza. ^^
Padamamboi pejam mata je na.. hehe.. betul la tu.. mudah je kan..
BalasPadamResipi agar2 mudah... boleh la buat masa puasa ni... hiks...
BalasPadampaling senang sofi. tak yah risau xcukup bahan, janji ada agar2. hehe
BalasPadamTu dia pejam mata pun boleh buat haha...jemput join segment resepi mama tu
BalasPadamHahha nak join tapi tu la..
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤