Alhamdulillah si darling ibu sudah duploh tiga bulan sayang. serupa macam dah duploh tiga tahun sahaja hidup kan? Uish.. Jangan.. Anak itu tiap bulan adalah kelahiran dia. Ingat sebab angin monsun dia sentiasa berubah saban bulan. Jika anda terlupa, pasti konfius kenapakan juga dia ni meragam kan? Sampai dia masuk sekolah nanti, sampai dia akil baligh sampai dia sudah pandai berdikari, she always be your baby. Ingat!
Bukan mau marah bah, ni juga ingatan buat aku yang selalu terlupa.
Happy monthsary nayla. Tiap tahun, tiap kali Ibu dapat calendar baru mesti benda pertama Ibu tandakan adalah hari ulang tahun kelahiran semua orang yang terdekat dengan Ibu. Baik kamu itu, baik ayah punya baik acik-acik serta atuk dan opah. Mahupun nenek serta adik ipar duai. Haa, kadang-kadang tu adalah lupa. Hehe segan nak ungkapkan. Cuma doa dikirimkan.
Eh, lain pulak aku nak bercerita. Makanya anakku~ Bila tibanya Ramadhan Ibu sentiasa ingat perjalananmu untuk ke dunia. Segar gitu.. Kalau lupa, nah ibu kepilkan di sini sama.
Baca sini: Hello World~
Masa tu, Ibu ni tak pandai nak create tajuk yang gempak sikit. Bila dah makin pakar ni, alhamdulillah la jugak kan.
Buat anakku, puteri sulongku..
Dikau mengajar Ibu untuk menjadi Ibu.
Betapa Ibu melihat kau membesar depan mata mengikut tiap keletah luar sedar Ibu, membuatkan Ibu ingin sentiasa berubah dan menjadi lebih baik untukmu. Jangan kau ikuti perangai burukku. Tiada satu memberi faedah buatmu. Perlahan-lahan kita cuba. Moga kau dapat membesar dalam suasana yang baik untuk menjadi orang baik, solehah dunia dan akhirat.
love,
Ibu.
aienienka
12 ulasan
Happy birthday Nyla..moga menjadi anak yang solehah dan membanggakan ayah ibu...
BalasPadamTerima kasih sis Lin. ^^
Padamkenapa jugak bah ibu ko ni asyik cakap sabah bah..hahahah
BalasPadamhappy 23-month-day nayla!
Mala jak kenak sampok sabah nun. hAha
PadamHappy 23monthsary Nayla :)
BalasPadamthanks auntie. ^^
PadamHappy birthday cutie Nayla!! Selamat berpuasa jugak!! <3
BalasPadamthanks acik ^^
PadamHappy 23 months nayla.. bulanndepan 2 tahunndah ye
BalasPadamaah.. dah mula dah tunjuk tantrum dia.. ^^
Padamsemoga nayla membesar jadi anak yang baik ...
BalasPadamhi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
BalasPadamhttp://acuyuhan.blogspot.com/
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤