I'm done! Servis Petpet Official di Shopee teruk!

Selasa, April 21, 2020

Betapa la aku bengang ya Rabb!! sekiranya korang pernah jalan sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bermula dan sejak aku rasa aku dah mula bengang dan tak sabar dengan sistem dorang. Aku mula boom! Dan hari ini, sesungguhnya aku dah tak ada lagi kesabaran itu. 

Aku tunggu. Order since dari 26/3. Ya, masa tu tak ada lagi kata sesiapa order barang online itu akan lambat sampai padahal shopee jugak promo Duduk rumah, shopee hantar! masa tu berharap sangat, husband tak payah la keluar angkut sorang-sorang pampers anak-anak sampai penuh troli sorang-sorang. dey! 

Jika diikutkan sekarang pun boleh je pihak courier hantar barang pelanggan kerana sudah pasti masa ni ramai yang akan membeli di atas talian. Terima kasih pada mereka barang kita sampai pada kita. Well, aku tak salahkan pihak courrier sebab ini bukan dorang punya masalah, tapi pihak Petpet Official sendiri yang mengatakan mereka telah kehabisan stok yang aku mahukan itu. Padahal ya, memang aku sempat rempat stok pampers tu masa shocking sales dorang. And for me, alasan dorang sangat tidak logik akal. sebab apa? kebiasaan shocking sales itu, stoknya adalah terhad. dan sekiranya anda berjaya membeli dan bayar, maknanya anda dah dapat kan? Betulkan la aku kalau salah. 

tolong la, damn emotional aku petang ni. sekiranya semalam is the best day, hari ini adalah the worst day ever bila aku tengok dorang tarik tarikh ship out itu sehingga 19/5. Ya tuhan,!!! 

Dah la, aku punya nak bertahan, supaya once aku dapat pampers tu, aku boleh tinggalkan jejak hitam di situ. Haha niat tak baik ,tapi kali ni aku dah tak tahan. Aku kenselkan order dengan alasan tukar fikiran. Suruh dorang proceed refund. Yang sebenarnya aku dah minta sejak 11/4 hari tu setelah dorang minta aku divertkan order tu. What the heck? 

Tunggu korang refund. Email kat petpet official pun sudah..  kali pertama aku rasa frusted betul dengan servis kat shopee macam ni. fuh! done bebel. 


Screen shot bila aku tanya  bila barang aku nak sampai. 


dan bila dorang suruh divertkan order tu, yang aku rasa macam tak la bagus, so asked for a refund. 


Halah, screenshot dah berterabur dek kerana aku panas sangat nih.  ahah


nah, hiburkan hati sendiri tunggu sampai 19/5 nanti.. 

Dan lakiku berkata, awak beriya nak beli online siapa suruh. kan dah jadi macam ni. ya, aku bodoh nak beli atas talian macam ni sebab fikir tak mau biar dia kuar merayau erti kata lain nak senangkan dia laa. Naa, sekarang bukan senangkan. susahkan ade la.  mendapat nangis bucu katil. bodo syiak!! 

Kau punahkan harapan seorang suri rumah yang suka nak beli online. werghhhh~ nah! nyah kau jauh2 umpama covid-19. takkan ku pandang apa jua di jualmu atas talian itu. 




14 ulasan

  1. Masalah betul store macam nie.. Kalau stok tak banyak jangan buat sale.. kan menyusakan pelanggan.. Rasanya boleh report dengan shopee nanti dia refund balik duit tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh yek report? nanti kita cuba ya. Stress tau macam ni shopping.. T^T

      Padam
  2. So far I've never experience something like this except for rude seller. well not really rude but i still think the seller is rude by the way they replied. i rarely shop online due to this. nak avoid this kind of thing from happening. hopefully i will not encounter one, because like you, i will also be super frustrated and probably not shop online anymore except for the ones mcm sephora etc mcm tu. since they're well established and more trusted. i hope you're problems can be solved asap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap sangat selesai. Malas beno nak senakkan otak mike benda gini. Kalau tak nak layan tulis aje on vacation. pe susah.

      Padam
  3. Eh sama keslah macam kita. 11/4 order sampai sekarang tak timbul. Bila cancel, lamanya tunggu diorang approve. Last2 , terpaksalah tunggu jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, so jawapan dia memang kita ni jadi penunggu ler. sama ada tunggu barang atau duit dia pulangkan. Huh!

      Padam
  4. aok, supposedly kedak giveaway kat blog lah, stock dah ada khas untuk giveaway ya...sik logik mun nya padah stok da habis..hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya la.. geram jak ati eh.. polah customer desperate kedak tok.. °…•

      Padam
  5. dapat seller macam ni memang tak best dan buat hilang mood nak shopping online. sabar Aien.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun. jadi trauma tau tak walaupun nak sangat beli barang. Mampu cuci mata ja laa.

      Padam
  6. Masa pkp mmg hancur delivery Diorg makannbeberapa minggu tapi kes Aien Ni teruk sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. hancur tak hancur tu janji sampai maa.. ini.. nasi dah jadi bubur dah. tgah tunggu duit direfund je ni..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤