JURNAL | Najmi detected allergic ikan bilis

Sabtu, April 11, 2020

Memberi makanan saat anak sudah boleh belajar makanan solid satu demi satu adalah satu detik yang paling ditunggu oleh setiap Ibu. Perasaan teruja pasti kelihatan ketika kita memilih apa jenis makanan sesuai untuknya. Yang mana satu harus diperkenalkan terlebih dahulu dan sebagainya.

Pada masa Nayla, kakak Najmi ni, Aien memang teruja habis. tapi blur itu sentiasa ada dalam darah. Tak tahu mana satu harus diberikan dahulu. Teruja nak perkenalkan semua makanan apatah lagi dia kelihatan berselera dengan apa sahaja yang dihidangkan kepadanya. Namun, bagusnya ketika Nayla dahulu, Aien perkenalkan dia bubur nasi yang telah dikisar sebagai makanan pertamanya. Ini kerana nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan ianya sangat mudah diperolehi. Namun, saat mx and match sekalian jenis sayur dan lauk, Nayla mula menunjukkan kebosanan. Apatah lagi sang Ibu ini hanya ulang mana yang nampak dia berkenan iaitu bubur nasi dicampur dengan kentang. Tidak lama kemudian, Nayla mengalami sembelit dan sejak daripada itu sang Ibu ini give up dalam memberikan solid food yang berkhasiat untuk sang anak.

Berbeza dengan Najmi, dia diperkenalkan dengan brokoli dahulu sebelum nasi. Ada tips kata bagus diperkenalkan buah atau sayuran terlebih dahulu. Ado~ konfius mak. Tapi, tak mengapa kerana selera Najmi kelihatan tidak terhad pilihannya.


Perjalanan makan solid food Najmi lebih berjaya jika dibanding dengan Nayla. Bahkan kini, kadang-kadang Nayla juga turut serta dalam menghabiskan bubur Najmi. Sedap kot. Ibu dah expert! Ha, sempat puji diri sendiri. Najmi naik 7 bulan, Sang Ibu membaca boleh diperkenalkan yang namanya Ikan bilis yang telah dijadikan serbuk pada baby. Saat itu, badan Najmi memberikan respon yang sangat pantas lebih-lebih lagi dia seorang yang sangat alah pada panas.

Baca sini: alergic Najmi trigger

Pada mulanya, doctor suspek cuma disebabkan virus namun, kali kedua Aien cuba berikan Najmi serbuk ikan bilis dalam buburnya, dan dia diserang dalam bulan yang sama. Wah! Pasti sudah. Memandangkan dia mewarisi Sang Ibu yang sangat mudah naik alergic cuma tidak kelihatan, pasti juga mengikut Pak Usunya (adik Aien) yang juga mempunyai trigger yang sama. Cuma, adik Aien itu dari kecil terlalu bergantung dengan ubat, sehingga kini alergicnya pasti naik sekiranya salah makan.

Hari ini, apa yang membuatkan Aien bercerita kembali? Kerana menu sarapannya bersama kakak Nayla adalah jemput-jemput kentang yang dicampur sedikit dengan serbuk ikan bilis. Haha Dan dia pun menjadi pikachu. Tahu kamuorang siapa PIKACHU itu?

Nah, ini dia. Jangan sedih Ibu. Ada yang kata, after his first year dah boleh kenalkan balik. Phew~ times will pass. Kan? Pengajarannya sekiranya ada trigger selepas makan, kenal pasti apa jenis atau menu yang diperkenalkan kepada baby. Ada yang berkata, jika menurun daripada susu Ibu itu sangat mustahil, jadi bila dia dah makan, lagi kena perhatikan betul-betul. Fuh, masa Nayla lain cerita, dan Najmi pula begini. Ya, pasti la. Next, Ibu kena details lagi. Ayam dan ikan biasa tiada juga masalahnya. Cuma ikan bilis. Yaa..


Ikan bilis ini, atau nama lainnya, pusuk, sangat sedap sama ada digoreng rangup begitu saja, ataupun dibuatkan sambal dan ia juga terkenal kerana sentiasa dalam pelbagai menu sebagai penambah rasa. Ish... lapar pulak cerita ni. Soon,, sabar Ibu..

17 ulasan

  1. Alahaiii ada juga yang elergik ikan bilis ek..siann dia..
    Kalau anak bujang Sis bukan elergik, tapi dia tak suka...kalau jmpa dalam pinggan, memang teritip di tepi=tepi tu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. laaaa, gitu yek... bis sambal ikan bilis makan tak dia?

      Padam
  2. Seronoknya ada anak... Semoga ibu2 tabah dalam membesarkan anak. nasib baik ikan bilis itu satu pilihan dlm hidup dan tak banyak menu guna ikan bilis... heheh

    BalasPadam
  3. aieee ada juak owh alergik ikan bilis..kamek alergik udang ngan ketam...dolok nang sampei teruk alu, kinek da besar macam makin ok...insya'Allah najmi pun makin besar kelak makin ok lah ya...

    *bukan makanan rugi aien, makanan ruji baruk betul..mun rugi, kedak merugikan jak makan nasik...😜😜😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa bah, done edit! thanks.

      Kenak sentiasa pantau la macamane pemakanannya.. heee

      Padam
  4. ala kesian pula tak boleh makan ikan bilis, sedap kot..hehe. semoga baby diberi kesihatan yg baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? tak ada setengah baby memang macam ni...

      Padam
  5. Senang bilandah Tau punca...so Boleh la dielakkan.. kesian dia

    BalasPadam
  6. Alergik ikan bilis mungkin sebab alergik garam/protein.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la tu. cuba nak peratikan lagi. tapi setakat ni kasi ayam dan ikan okay je..

      Padam
  7. Akak tak elergik pada ikan bilis, tapi jika ikan bilis tue ikan yang lama diperam, akak jadi gatal hidung.. sama jugak la kalau akak terbeli ikan lama (yang tak fresh) ataupun ayam lama, mesti akan gatal hidung.. kalau telur lama pulak, perut akan memulas dan terus muntah-muntah lepas tue cirit birit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa yang ni macam lebih kurang kita je kak.. hehe

      Padam
  8. alaaaa kenapa najmiiiii, ikan bilis tu sedap kot. Nanti dah besar sikit dah boleh makan kot, boleh merasa cucur bilis sedap ibu dia hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah besar pun la ni dia berebut dengan kakak dia punya.. Haha dia punya kosong. bawang semata, kentang semata. semata semua. Haha

      Padam
  9. susah juga allergic ikan bilis ni sebab kalau masak sayur guna ikan bilis sedap tu..tapi okay juga dah tahu dia allergic apa..senang next time nak memasak tu elakkan letak ikan bilis

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, kalau boleh memang tak elak, sebab sekali dia dah kena, lambat nak surut. kering je kulit dia.. tpi, dia suka rembat akak dia punya. haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤